Semalam aku join satu kelas yang dikelolakan oleh En Zaidi Ismail yang merupakan seorang mentor personal finance yang terkenal. Beliau merupakan pengasas kepada forum urusinsan yang memfokus kepada pengurusan kewangan peribadi yang berhemah. Kelas ini telah diadakan di pejabat Satu Solution yang terletak di Pusat Komersial Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri Cheras.
Kehadiran boleh dikatakan full house ( tak ramai pun sebab memang sengaja dihadkan jumlah peserta) supaya lebih fokus. Sessi yang berlangsung boleh dikatakan lebih kepada suasana perbincangan di mana komunikasi diadakan secara 2 ways ( banyak sessi soal jawab dengan speaker).
Walaupun tempoh masa kelas ini tidak lama, tapi ilmu yang disampaikan amat bermanfaat terutamanya kepada pemilik2 rumah dan juga pelabur2 hartanah. Dengan hanya mengambil tahu jenis loan yang dimohon dan membuat sedikit adjustment, kita dapat memjimatkan kadar faedah sehingga beratus ribu ringgit! Bukan susah mana pun, hanya perlu sedikit tindakan dari pihak kita sahaja untuk mengambil tahu dan membuat perancangan yang sepatutnya. Di sini pentingnya strategi pelaburan dan ilmu pelaburan. Bank2 memang suka nak kenakan interest banyak2 kat kita dan kalau kita tidak prihatin, memang senang2 la kena makan dengan pihak bank. Secara logiknya, pihak bank tak suka kalau kita ni pandai sangat, sebab menyusahkan diorang dan juga mereka tidak berpeluang untuk buat duit lebih menggunakan kita.
Malangnya aku tidak dapat stay lama dalam kelas ni. Malah aku terpaksa balik awal sebab aku ada kelas lain dengan Chester Properties. Boleh clash la plak jadual. Hampeh sungguh. Kalau tak clash, konpem aku akan dapat yang terbaik dari kedua2 kelas.
Harap2 akan ada lagi kelas2 macam ni di masa akan datang supaya lebih ramai lagi individu akan ada peluang untuk mendapat manfaat.
Kalau korang rasa loan2 yang korang amik sekarang ni mahal, interest tinggi etc, cuba2 lah fikirkan option2 untuk refinance kepada pakej loan yang lebih baik. Jangan buat tak tau atau tak endah. Being ignorance about your finance is bad for your financial health. Korang penat2 cari rumah investment, bank sedap2 je amik untung dari korang. It is time to let the bank know sapa sebenarnya customer/bos.
No comments:
Post a Comment