Sunday, June 27, 2010

Stuck Dalam Lif

Korang pernah ada pengalaman stuck dalam lif?

Aku baru first time kena 3 hari lepas. Masa tu aku buat survey rumah kat pangsapuri kayu ara untuk aktiviti hartawan hartanah. Aku pergi bersama seorang lagi rakan sepasukan. Kitorang pergi waktu malam.

Area tu mmg area flat. So korang paham2 je la kan cemana keadaan perumahan kat situ. Dari segi maintenance, agak kureng la. Lif pun dari luar nampak macam tak best je. Cuma masa time nak naik, lif ok. So kitorang naik la tingkat 14 untuk ke rumah yang nak ditengok tu.

So lepas dah setel tengok2 rumah, kitorang pun gerak la ke lif untuk balik. So time ni yang kitorang stuck dalam lif tu. Bukan ramai pun dalam lif tu, cuma ada 5 orang je. Baru gerak dalam 10 saat, tiba2 lif bergegar. Pastu terus senyap. Tekan apa2 button pun tade reaksi. Aisey, time ni plak la lif ni nak problem kan. Lagi 3 orang yang dalam lif tu memang penghuni kat situ. Rilek je diorang ni. Aku tanya salah sorang brother tu, dia kata ni perkara biasa je. Memang selalu lif kat situ stuck2 macam tu. Pastu brother tu kuarkan handphone, ntah sapa la dia call.Cakap jawa. Sah bukan orang sini. Pastu dia cakap nanti ada orang bukakkan.

Terpaksa la menunggu macam orang bodoh kat dalam lif tu. Time tu tade la cuak pun sebab dah tau ada orang nak datang hehe. Cuba kalau aku ngan member aku tu je ada dalam lif tu, berpeluh jugak beb. Nak call sapa kan? bukan aku kenal orang maintenance yang standby kat situ. Seb baik la stuck bersama penghuni flat. Hehe

Lepas menunggu dalam lebih kurang 15 minit, baru la aku dengar ada orang ketuk pintu lif dari luar. Dia kata soh ke belakang skit sebab dia nak bukak pintu lif. Perghh lega oo time tu. Rupa2 nya lif ni stuck antara dua tingkat. Time tu kira adventure jugak la nak kena menyelit keluar lif turun ke tingkat bawah sebab ruang pintu lif yang ke tingkat bawah tu lebih luas. Lepas sorang2 kuar, aku yang paling last. Konon gentleman la haha...poyo la plaks.

Bila dah kuar tu, ingat mmg serik la nak turun naik lif. Sekali tengok2, aku kat tingkat 17 daa...aisey nak turun tangga malas la plak. Cuma aku ingat lagi masa time naik tu, aku naik lif bomba. So aku tunggu la lif bomba n turun guna lif tu. Alhamdulillah lif tu ok. After this aku pun pk jugak la kalau nak beli rumah area tu. Kesian penduduk kat situ nak mengadap masalah lif ni hari2 kan.






4 comments:

Matjoe said...

that's bad bro. tu laa, tenant aku duk tinggak 16. once in a while mmg kene panjat tinggi kalau lift rosak

mdizone said...

ohss ko pon ada rumah kat situ? kesian kat orang2 kat situ...tapi bila dah biasa, jadi lali plak...kita ni yang jarang kena, bila terkena sekali, boleh cuak jugak..

nuestra familia said...

Aku dah terbayangkan Final Destination Izwan.. Tiba-tiba lif tersangkut tu turun bawah mendadak.. Zass..

..

Occupational hazard tu..

mdizone said...

wah scary giler....