Masa weken lepas, aku wakilkan sorang client aku untuk bidding rumah. Dah nama pun rezeki, menang plak walaupun terpaksa berlawan dengan pembida2 lain. So minggu ni aku dah start kena bzkan diri la untuk uruskan pasal rumah tersebut. Nak kena collect POS, nak setelkan urusan loan n legal dan pecah rumah. Nak tanak, terpaksa la bergantung dengan rakan2 sepasukan aka Macha Faris dan Tuan Bri yang sememangnya otai dalam bidang lelongan.
Lepas tu plak, ada permintaan baru dari dua client aku untuk survey n bidding rumah. Sorang client aku tu plak client outstation. Everything kena deal thru email. Seronok betul ada client2 macam ni. Rupanya client aku ni silent reader blog aku. Lepas asyik dok baca je, tergerak hati nak invest dalam hartanah di kl. Tahniah! Anda berjaya mengorak langkah. Jarak tidak sepatutnya menjadi halangan untuk melabur. Yang penting kena ada azam dan usaha. Iallah semua boleh jadi kenyataan.
Selain tu, aku pun dapat call dari contact2 aku di jabatan2 kerajaan yang mintak aku datang jumpa diorang. Nak diskas pasal few minor jobs multimedia. Terkejut gak aku sebab setahu aku, kerajaan sekarang terpaksa berjimat sebab budget dah kurang. Ada juga jabatan yang masih menyimpan budget. Tapi ni pun baru sessi diskusi, lepas ni nak kena prepare proposal plak. Cuma aku tak buat la keje2 teknikal, aku ni kira macam jambatan je. Lepas dah habis diskusi, all technical things aku handover pada production team. Yang trickynyer, nak kena set appointment tu supaya tak ganggu kerja2 auction yang sedang berjalan. Auction ni mmg keje rushing sebab ada tarikh auction, mana boleh tangguh2. So nak tanak, kena la pandai manage masa. Setakat ni sumer berjalan dengan lancar. Seronok2...
So apa plan lepas ni ek, rasanya seperti biasa, update lagi listing untuk lelongan akan datang. Pastu update / contact client2 multimedia aku sebelum ni untuk bertanya khabar. Mana la tau kot2 ada lagi jabatan lain yang masih pening sebab taktau nak habiskan budget kat mana.
No comments:
Post a Comment