Wednesday, June 9, 2010

Penambahbaikan blog rumahlelongpanas

Setelah berhari2 terlantar akibat demam, baru la aku rasa ada pencapaian sedikit hari ni.

Actually aku baru je improve blog rumahlelongpanas dengan meletakkan online form untuk kemudahan bakal2 pelabur hartanah yang berminat nak register untuk membida. Sebelum ni kalau ada pelabur yang berminat, terpaksa bukak n hantar email atau call aku direct untuk bertanya dan register. Pastu aku akan ulang2 tanya soalan yang sama macam nama penuh, alamat, phone etc. Bila pakai cara lama ni, secara tidak langsung akan ada yang bertangguh untuk membuat pendaftaran sebab kadang2 malas nak bukak email atau nak call. Biasa la tu kan. Pastu bila dah nak dekat tarikh auction, baru kita tersedar dan dah terkocoh2. Bakal pembida susah, aku pun susah.

So diharap dengan adanya borang ni, lebih ramai yang akan tampil untuk membida. Listing yang aku letak kat dalam blog tu InsyaAllah semuanya bagus2. Aku dah tolong filterkan untuk korang dah. Cuma tinggal pilih hartanah mana yang korang minat pastu buat kira2 sendiri untuk verify maklumat yang aku berikan. Kalau puas hati, terus je register. Kalau nak aku provide service2 lain seperti survey n pergi bidding pon boleh.

Diharap lepas ni perjalanan perkhidmatan lelongan aku ni akan lebih teratur dan kemas. Ada banyak lagi idea yang aku nak implement untuk perkhidmatan yang aku tawarkan ni. Ada yang masih dalam kepala, dan ada yang dah aku tulis. Tape pelan2 kayuh. Yang penting aku kena make sure aku focus ON the bisnes, not IN the bisnes :)

4 comments:

Matjoe said...

good improvement n nampak lebih profesional.


bro, link exchange boleh? www.matjoe.com

blog ngko dh lama ada dalam bloglist aku

mdizone said...

oo thanks mat joe..banyak lagi yang aku nak buat ni...aku bukan tere dalam hal2 internet marketing ni..baru je nak belajar2...

ok aku letak blog ko dalam link aku...xde hal punya :)

semang said...

Teruskan usaha...

dah sihat ker...semoga cepat sembuh...

mdizone said...

oh dah sihat alhamdulillah..ko apa citer semang? bila nak tambah rumah lagi?