Friday, June 18, 2010

The Richs Invest to Win

Dah lama aku tak cerobel pasal self development kan? Asyik bz dengan keje2 auction je. Memandangkan sekarang ni nampak macam kerajaan kekurangan budget, aku slowkan dulu kerja2 sales multimedia n tumpu pada perkembangan bisnes auction. Kita kena pandai menyesuaikan diri dalam persekitaran kita. Kalau satu industri kurang memberangsangkan, kita kena carik industri lain yang boleh bagi pulangan yang baik. Jangan keras dan kaku dan tidak peka kepada perubahan sekeliling. Nanti kita jugak yang susah.

So berbalik kepada topik self development, sekarang ni aku tengah baca buku " Secrets of Millionare Mind". Buku ni memang bagus. Aku pernah mention kot sebelum ni. Kalau bukan dalam blog, aku sebut dalam facebook. Banyak benda aku boleh share tapi aku pun tak habis baca lagi. So just share setakat apa yang aku baca dulu la ek.

Bila sebut pasal game pelaburan, ada perbezaan antara pelabur yang ada minda jutawan dengan minda orang2 biasa. Orang yang berminda jutawan, dia akan melabur dengan niat untuk menang. Berbeza dengan orang biasa. Orang biasa melabur untuk tidak kalah. Nampak tak perbezaan antara keduanya? Perbezaan yang ketara ialah cara approach mereka terhadap satu2 instrument pelaburan. Orang berminda jutawan lebih agresif (offensive approach), orang biasa pula play safe (defensive approach).

Orang yang berminda jutawan tidak takut untuk rugi sebab dia nampak keuntungan besar yang bakal diperolehi dengan mengambil calculated risk. Apa la sangat rugi beberapa ratus bila sekali berjaya, untung puluh2 ribu. Lepas tu orang berminda jutawan tidak mudah putus asa. Bila sekali rugi, mereka cuba lagi dan cuba lagi sampai berjaya. Dalam minda mereka hanya nampak kejayaan. Mereka tak focus pada kerugian kecil yang dialami.

Orang biasa pula takut rugi. Mereka fokus kepada kebarangkalian untuk rugi berbanding fokus untuk mendapat pulangan yang besar. Bila asyik fokus pada rugi, memang rugi la jawabnya (Law of Attraction). Tu pasal orang2 biasa prefer play safe. Selain tu, ada juga satu penyakit yang merbahaya. Orang2 biasa bila melabur, nak untung besar! tapi tanak amik risiko langsung. Tu yang ramai2 berduyun2 masuk skim cepat kaya. Bila dengar ada pelaburan boleh kasi pulangan 20-30% sebulan tanpa buat apa2 kerja dan dijanji tidak akan rugi, sumer pakat labur. Lepas tu lebur.Kalau bercerita pasal hartanah pula, orang2 biasa lebih fokus kepada masalah2 pelaburan rumah seperti penyewa bermasalah, modal yang besar etc. Padahal untung berpuluh ribu yang boleh diperolehi diorang tak nampak.

Tu pasal aku suka nak advice. Kalau ada sesapa nak memulakan langkah pertama untuk buat pelaburan (tak kisah la bisnes ke, hartanah ke, stock ke), make sure mindset tu ditunekan dahulu. Latih minda untuk berfikir dan melihat macam mana orang berminda jutawan berfikir dan melihat. Jangan mula melabur selagi minda masih berfikir macam orang2 biasa. Memang tak kemana la pelaburan kita tu...

4 comments:

Matjoe said...

extry xde title bro

mdizone said...

hahaha...terlupa nak letak...

Rohaniah Noor said...

betul tu.. subconscious mind yg menentukan lebih separuh kejayaan kita

mdizone said...

tapi nk train subconscious mind tu yang sukar. Tak ramai yang berjaya. Ramai yang tahu cakap je tapi tak buat.