Thursday, September 2, 2010

Prinsipal pertama untuk berjaya...

Prinsipal tersebut ialah bertanggungjawab 100% terhadap apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak kira baik atau buruk.

Jangan ada fikiran sebagai mangsa atau victim. Bila kita act macam victim, kita tidak akan kemana2. Kita akan sentiasa menyalahkan orang lain dan membuat pelbagai alasan. Akhirnya kita masih di takuk lama.Kejayaan hanyalah satu mimpi sahaja.

Tapi bila kita mula merasakan kita bertanggungjawab terhadap diri kita, kita akan mula memikirkan langkah penyelesaian dan mengambil tindakan terhadap sebarang masalah atau halangan yang dihadapi. Kita tidak ada masa nak menyalahkan orang atau perkara lain sebab minda kita terlalu sibuk untuk memikirkan langkah2 penyelesaian. Dalam minda kita tidak ada konsep alasan kenapa kita tidak boleh melakukan apa yang kita hendak lakukan.

This is all about mentality.

Sebagai contoh, kita bekerja di pejabat. Ada krisis berlaku seperti gaji tidak naik, bonus tak dapat sedangkan raya dah nak dekat, dah keje bertahun tp tak naik pangkat etc. Kalau kita berfikir seperti mangsa keadaan, kita akan salahkan majikan yang jahat, salahkan pihak pengurusan yang tak reti buat kerja, salah kan bos yang tak menghargai apa yang kita buat. Tapi apa yang kita dapat akhirnya? kita masih juga dalam keadaan yang susah.

Apa kata kita ubah sedikit cara kita berfikir. Kalau majikan kita tak kasi bonus , tak kasi gaji naik, tak kasi promotion, apa yang kita boleh buat? Mulakan dengan rasa bertanggungjawab terhadap diri kita dan masa depan kita sendiri. Kalau dari segi kewangan, kita amalkan prinsip kewangan peribadi yang berhemah. Kita buat simpanan yang mencukupi. Kita cari sumber pendapatan yang lain.Kita berbelanja dengan berhemah. Yang penting kita bertindak. Bila kita tidak bergantung harap pada duit dari majikan semata2, kita tidak kisah jika majikan tak beri apa yang kita harapkan sebab kita sebenarnya sudah boleh berdikari.

Kesimpulannya , Dont think like a victim, take 100% responsible for you life and you will feel the difference...Fokus pada apa yang ada dalam lingkungan kuasa kita dan jangan runsing/rungut benda2 yang diluar kawalan kita.

(sumber : The 25 principles of success by Jack Canfield)



5 comments:

Unknown said...

betul... betul... betul!

Anonymous said...

betul tu .... tapi kalau masih dapat bonus lagi baeekk, kan dah dekat nak raya nie....
:-aLCapone-

mdizone said...

Kalau dapat bonus lagi la bagus...rezeki tu...hehe...

Tapi duit bonus tu jgn joli habis...seeloknya simpan untuk masa depan sebab tahun depan kita taktau dapat bonus lagi atau tidak...

Unknown said...

tak tahulah bila bonus nak masuk ni...:)

mdizone said...

wakif , jangan mengharap...nanti kuciwa hehe