Sempena nak raya esok ni, aku nak mengambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ni...
Selain dari tu, aku pun nak mintak maaf banyak2 jika ada sebarang silap kata atau menyinggung perasaan mana2 pihak.Kalau ada tu, ianya amat tidak disengajakan. Lepas ni 0-0 k...
Pada yang balik kampung jauh tu, patuhi la undang2 jalan raya, bawak kereta elok2 dan cermat. Kalau mengantuk, tido dulu kat mana2. Dapatkan rehat yang cukup. Yang penting, mesti sampai ke destinasi dalam keadaan yang selamat dan dapat beraya dengan gembira bersama orang2 yang tersayang
Selain tu, aku pun nak ingatkan diri aku gak dan pada rakan2 semua, berbelanjalah dengan berhemah di raya ni. Jangan terlalu ikut nafsu. Belanja ikut budget. Pastu tolong la jangan beli barang2 style kredit kalau kita tak mampu nak beli. Buat personal loan la, beli perabut tanpa cengkeram la etc. Aisey geng, Raya sehari je setahun tapi personal loan ikat sampai 2-3 tahun. Tak logik bro...Tu sumer aktiviti tidak sihat untuk kedudukan kewangan kita. (unless korang nak try court mammoth 3 bulan tanpa bayaran tu, lepas raya korang pulangkan balik...agak2 court mammoth tu ok tak? aku teringin gak nak try ni hehe)
Aku plak, tade kemana2 raya tahun ni, lepak kat lembah klang je.Parent pun memang kat sini. So tade la melonjak sangat semangat raya berbanding orang2 yang nak balik kampung jauh2 macam kelantan, kedah etc...Kalau ikutkan, aku lebih prefer nak keje huhu...sejak keje sendiri ni aku fobia skit dengan cuti panjang :p
Oh ya, lepas balik raya nanti, jangan lupa singgah kat blog lelongan aku.Ada banyak hartanah2 menarik untuk dilelong. Ada Armanee condo, panorama condo, Vista pinggiran etc. Harga reserve superb punya cun...rugi kalau korang tak amik peluang untuk increase investment portfolio...
Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..
No comments:
Post a Comment