(sumber : http://kadikluang.blogspot.com/2009/09/ayam-arnab-puyuh-lintah-ketam-keli.html)
Dalam topik Mazidul hari ini cerita pasal ayam http://mazidulakmal.blogspot.com/ . Saya nak cerita pasal pengalaman orang kita berusaha untuk berjaya dalam kerjaya untuk jadi usahawan. Kebanyakan orang Melayu tidak begitu tetap pendirian dalam berniaga, cepat putus ada dan suka menukar dan mencuba sesuatu yang baru.
.
Sekarang nak ternak ayam kampung organik dan macam-macam lagi nama ayam kampung. Mudah-mudahan yang dah ceburi bisnes ini akan terus berjaya dan jangan buat sekerat jalan saja. Tapi sesiapa yang belum ceburi, jangan terus ceburi, kena buat kajian terperinci dahulu sebelum masuk ke dunia ini. Bukan saya nak patahkan semangat, tapi saya cerita dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah lingkup.
.
Sebelum ini orang Melayu pernah bela arnab, katanya daging arnab ni bagus dan boleh dikomersialkan. Akhirnya bisnes ini merudum, orang tak berapa lalu makan arnab, ditambah pula banyak penyakit arnab seperti kurap, siapa nak makan arnab kurap.
.
Lepas tu bisnes burung puyuh, sekerat jalan, untung tak seberapa, telur puyuh pula banyak kolestrol, tidak baik untuk kesihatan.
.
Lepas tu tanam cendawan, separuh jalan, pasaran susah, orang semput dan lelah tak berapa boleh makan cendawan. Lepas tu masuk bisnes tanam sayur dalam bekas (kalau tak silap saya nama dia hidropony, lebih kurang gitulah bunyinya), yang duduk kondo pun boleh tanam. Kemudia hasilnya tak seberapa, dah agak-agak besar, sayur tu pulak layu tiba-tiba.
.
Lepas tu, orang ajak bisnes ternak lintah, katanya boleh untung ratusan ribu dalam masa 6 bulan. Ramai buat pinjaman termasuk pinjaman Tekun, majlis perasmian pula dipanggilnya YB untuk suntik semangat. Akhirnya lintah tak membiak, tak besar-besar dan banyak yang hilang.Banyak tempat, sekarang orang kita rugi dan meninggalkan hutang.
.
Ramai juga yang terpengaruh dengan ketam batu, kononnya boleh diternah dalam tangki air. Dah masuk akhbar dan tv pun, ramai yang kerugian puluhan ribu masuk perniagaan ini. Yang untung adalah syarikat yang buat kursus dan membekalkan peralatan.
.
Kawan saya ternak ikan keli dalam tangki, mula-mula bersemangat dan ajak saya join sama. Lepas tu, bila ikan dah besar, takde pasaran pulak. Yang peliknya dia sendiri tak makan ikan keli, kalau saya makan juga, tapi dia tak hantar pun kat rumah saya. Bisnes dia rugi lebih 20 ribu buat pinjaman bank.
.
Ada kawan saya bisnes ternak cacing, sampai dalam bilik dia pun dibela cacing. Dia tak sedar pada mulanya, tanah dan makanan cacing itu adalah tahi lembu. Maka bau taiklah bilik tidur dia. Lepas tu cacing mati satu persatu, akhirnya dia kasi makan ikan puyu kat rumah dia saja. Rugi habis.
.
Nasihat saya, kepada orang Melayu dan Islam, dalam berniaga kita perlu ada ilmu, bukan mudah ikut-ikut. Nabi Muhamad SAW adalah contoh perniaga yang berjaya. Wanita juga hebat berniaga, Siti Khadijah contoh wanita yang berjaya. Semoga berjaya dalam perniagaan.
(menarik posting ni. Harap kita semua akan dapat pengajaran.)
6 comments:
Bagus posting kali ni. mmg betul, mungkin sebab org kita tak didedahkan dgn bidang perniagaan ni dari kecil. amat mudah 'terkena' di sebalik keuntungan yg diwar-warkan oleh pihak2 yg tertentu untuk memanipulasikan dan yg berkempentingan ni..kerna, sebelum ni aku dah terkena..
pada pendapat aku lah...
kena tekun buat satu2 bnda tu
kalau hangat2 tahi ayam belom jadi hasil dah mengalah. tu yang susah..
Inilah akibat kalau buat satu2 benda hanya berdasarkan cakap2 orang sahaja..tak buat kajian yang mendalam sebelum menceburi satu2 bidang...
dalam hal hartanah juga sama..orang lain masuk, pastu war2 untung, dia pun nak join jugak. invest ribu riban...pastu rugi plak...then start blaming orang lain etc...
sepatutnya bila dah mulakan somehting, kena focus sampai berjaya...bila dah berjaya atau stabil, baru start venture lain...
satu lagi maybe yg ko tertinggal... bisnes burung walit (layang2)... byk kursus2 yg ditawarkan... pinjaman pun disediakan... modal puluh2 ribu kalau tak ratus ribu... rumah burung layang2 ni ada dimana2... burung pun sudah pening nak bersarang kat mana...
p/s: kat kampung wife aku ada tak kurang 5 rumah layang2 ni...
kalau betul untung tade masalah kot wakif...as long bukan hangat2 tahi ayam dah la..
pada aku tiada perkara as bad businesses...yang ada cuma bad bisnesman hehe
Kalau bisnesman tu bagus, sampah pun dia boleh jual dan dapat untung besar..
kalau bisnesman hampeh, kasi bisnes yang monopoli market pun boleh jadi rugi...(remember MAS? hehe)
pendapat aku la; orang Islam ni ada dua asbab untuk capai matlamat dia;
1. nizam zahir; kena belajar betul2 ttg apa yang nak dibuat, ape masalah dia bagaimana nak selesai dll.
2. nizam/kaedah ghaib; kena solat, zikir, tunai hak orang lain, beri sedekah(senang cerita buat amalan yang Allah Taala suka la) jangan buat dosa, kalau buat gak, kena itighfar/taubat berkali-kali! InsyaAllah berjaya. Bejaya ke gagal ke tu kerja Allah so buatla amalan yg Dia suka...bab ni ramai yang cuai dan tak faham!
Post a Comment