Thursday, September 2, 2010

Bersedekah dan Berzakat

(Sumber : Newsletter Irfan Khairi)


Izwan,

Tak lama lagi kita akan menyambut hari Raya! Seminggu je lagi...

Ramai dah mula melakukan persiapan dan persedian menyambut bulan Syawal. Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, jangan lupa juga pada mereka yang kurang bernasib baik.

Walaupun melalui newsletter ini dan blog, sering menyebut tentang cara menjana pendapatan dan menambhakan kekayaan, tetapi, apa yang amat penting untuk kita ketahui juga maksud hadis mengatakan bahawa harta dan kekayaan kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat dan bersedekah.

Kita lihat sahaja ramai yang berjaya dan bergelar jutawan seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, bumiputra terkaya di Malaysia dan tokoh Maal Hijrah yang sentiasa memberi balik melalui zakat dan sedekah termasuk kompleks Al Bukhary yang bernilai RM400 juta untukmenempatkan anak-anak yatim serta warga emas dan pusat perubatan yang diberikan secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan. Begitu juga dengan University Antarabangsa Al Bukhary bernilai RM500 juta yang dibina khas untuk mereka yang cerdik, tetapi tidak berkemampuan.

Adakah hartanya berkurangan apabila lebih daripada satu billion disedekahkan? Sudah tentunya tidak!

Izwan, mungkin kita tidak mampu menderma berjuta seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, tetapi, dengan apa yang kita ada, tak semestinya wang tunai, mungkin pakaian-pakaian lama, peralatan rumah yang masih berfungsi tetapi kita ingin tukar, barangan elektrik, peralatan kanak-kanak atau baby, apa sahaja yang kita miliki yang boleh kita sedekahkan pada mereka yang kurang bernasib baik.

Teringat juga saya pasa satu kajian di USA, oleh Dr Thomas Stanley yang mengkaji prinsip-prinsip jutawan,prinsip seseorang jutawan adalah, banyak memberi. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima apabila kita akan rasa dalam hati kita bahawa harta di dunia adalah abundance (berlebihan).

Untuk musim perayaan ini, sering fikirkan bahawa harta tidak akan berkurangan sekiranya bersedekah dan berzakat. Rezeki kita juga akan bertambah berkat.


(Aku sendiri pun pernah mengalami peristiwa di mana lebih banyak aku beri, lagi banyak aku dapat balik...aku yakin ada antara kita yang mengalami pengalaman yang sama...

Teringat satu kisah, rasanya 4-5 tahun yang lepas semasa aku buat kerja outstation di Perak.

Pada masa tu, aku berada di Ipoh. Buat keja di salah satu pejabat kerajaan. Bila dah habis kerja tu, aku terus menuju ke kereta. Bila nak start enjin, datang seorang pakcik tua yang bawak keropok ikan yang belum digoreng. Dia kata dia menjual sambil menderma untuk sekolah tahfiz kot (yang ni aku tak bape ingat plak). 3 bekas keropok kecik berharga rm10. Kalau ikutkan macam tak berbaloi, tapi time tu aku terasa macam nak beli jugak dari pakcik tu sebab kesian tengok dia jalan2 tengah panas nak jual keropok.

So lepas setel tu, aku bergerak la ke Lumut. Ada keje kat situ plak. Jalan dalam Ipoh - Lumut memang fames ada roadblock polis. Semasa dalam perjalanan tu, aku tak sedar aku dah potong garisan berkembar sebab aku follow dekat belakang lori. Actually garisan tu untuk jalan masuk simpang ke kanan. Aku guna jalan untuk belok ke kanan tu tapi aku jalan terus je (kira macam memotong jugak la ni).

Tup2 dah kena tahan dengan pakcik polisi. Dia cakap aku dah buat salah, aku cakap la aku tak perasan sebab memang betul aku ikut belakang lori so tak nampak garisan jalan. Polis tu pon memang tahu sebab dia nampak. Pastu dia tanya aku keja apa, aku cakap aku keje TM. Then polis tu tengok depan belakang kete aku, pastu terus dia tunjuk signal soh aku jalan terus.
Tade cakap apa2 pun. Aku pun apa laga terus je la chow sambil cakap terima kasih kat polis tu. Kalau kena saman tu mau terbang rm300.

Pastu time tengah drive tu, aku teringat pasal derma yang aku kasi kat pakcik tu. Terus aku rasa goosebump sebab dengan menderma rm10 tu, aku dah save rm300. Somehow aku rasa benda ni related. Kalau korang tanak caya pon takpe, terpulang pada pandangan masing2.

Cuma kita kena yakin, bila kita rajin memberi, Iallah kita akan dapat lebih dari apa yang kita beri. )

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana mengingatkan.... bro, kau dah bayar zakat fitrah blum tahun nie....? aku blum lagi la.... plan esok nak g bayar....
:-aLCapone-

mdizone said...

alhamdulillah....dah selamat bayar...elok bayar awal takut terlupa plak nanti...

Farid Adam said...

lebih elok kalau kita bayar zakat kat sedare mare kita yang miskin...bertambah erat silaturahim...

mdizone said...

Thanks Farid...cadangan yang bernas tu...lagi puas hati sebab kita pasti duit kita tu sampai kt golongan yang memerlukan...

Anonymous said...

alhamdulillah dah p bayar zakat fitrah tadi.... lapang rasa hati nak balik raya bila dah bayar nie .... skrang nak buat budget utk bayar zakat pendapatan pulak..... boleh dapat pelepasan income tax nanti....
:-aLCapone-