(sumber : http://www.facebook.com/notes/pak-di/bnm-dan-spekulasi-sektor-hartanah/423957388234) --> Pakdi
Bank Negara Malaysia (BNM) melihat ada spekulasi yang berlebihan sedang berlaku dalam sektor hartanah. Pinjaman / pembiayaan hartanah perumahan di Malaysia menyumbang kira-kira 26.6% industri pinjaman / pembiayaan dan 49.8% dari keseluruhan pinjaman / pembiayaan isi rumah.
Malah, bank-bank di timur tengah juga mengalami penurunan untung apabila sektor hartanah merudum seperti yang berlaku di Dubai. Krisis sub-prima juga ada perkaitan rapat dengan industri hartanah.
Barangkali BNM melihat kegiatan flipping (spekulasi) ini perlu dibendung dengan mengurangkan margin pinjaman / pembiayaan ke tahap yang lebih rendah.
Melalui dasar sedia ada sekiranya kita mahu membeli hartanah bernilai RM 100,000, secara umumnya kita memerlukan paling kurang RM 10,000 untuk memulakan proses pembelian.
Tetapi sekiranya BNM menetapkan 80% pembiayaan / pinjaman maksima misalnya, maka untuk hartanah RM 100,000 kita memerlukan paling kurang RM 20,000 untuk mula membeli hartanah.
Dengan dasar baru sebegini, BNM berpandangan ia boleh mengurangkan aktiviti spekulasi perumahan.
Pelbagai pihak khususnya pemain industri hartanah dan pihak bank sendiri kelihatan tidak setuju dan mereka mencadangkan agar hartanah bernilai RM 500,000 ke atas sahaja dikenakan peraturan sebegitu.
Kita selaku pelabur kecil dan bukan pemain besar dalam industri ini perlu bersedia dengan apa-apa perubahan yang bakal berlaku. Malah, sekiranya kalian tidak melabur dalam hartanah sekalipun, ia akan memberikan kesan tertentu kepada ekonomi negara.
Contoh paling mudah sekiranya BNM memperkenalkan dasar ini, andaikan kalian merupakan pasangan muda yang baru berkahwin, mahu membeli apartment bernilai RM 200,000, maka kalian perlu mempunyai paling kurang RM 40,000 untuk membolehkan anda membeli apartment tersebut.
Ya, RM 40,000 sebelum campur kos guaman, insurans, cukai, ubahsuai dan lain-lain.
Maka adakah kalian rasa cadangan BNM ini langsung tidak memberikan apa-apa kesan sedikit pun kepada kalian?
Ya, mereka yang bijak dan berpengalaman pasti boleh melihat peluang yang bakal muncul sekiranya apa yang sedang dirancang ini berlaku.
(Apa kesannya kalau BNM melaksanakan peraturan 80% margin financing ni pada korang? Mari kita bincang...
Sebagai pelabur, aku konpem pening kepala la sebab COCR tak cun. Banyak guna duit sendiri untuk beli hartanah. So nak dapatkan breakeven jadi lebih lambat.
Cuma at the same time, aku budget harga hartanah akan berkurang sebab ramai yang tak mampu beli rumah mahal. So penjual terpaksa juga letak harga rendah sekiranya memang terpaksa nak jual hartanah dia. Di sini mungkin ada peluang untuk dapat good bargain.
Selain dari tu, apa lagi yang korang rasa akan berlaku? )
5 comments:
Kalo hrga property drop pn, dlm range brape berapa %?? Any estimation or prediction?? Hehe..Mknanya utk rumah lelong, MV pn akan turun lah yekk..??
fulamak...sini pun guna contoh rumah RM200,000...
aku pun guna contoh yang sama.
Berita Buruk
rumah 200k tu senang nak kira kot...tak pening2 hehe
x finalise lagi ni
tu la pasal...seeloknya2 teruskan melabur as long calculation kita tu ok...ada buffer kalau ada perkara2 tak diingini berlaku...
jangan terlalu takut dengan rumors kalau kita tahu apa yang kita buat...
tapi at the same time, jangan terlalu berani pula...sampai jadi gopoh...buruk padahnya...
Post a Comment