Friday, September 3, 2010

Kos2 yang Tokey Rumah Kena Bayar

(sumber : http://www.matjoe.com/2010/04/pemilik-rumah-yang-kene-bayar.html)

First korang dah baca enrty in belum? Sesi property jumaat. Minggu yang busy, entry tetap ada. Seronok tgk traffic up bila ada entry. Harap2 bermanfaat laa apa yg aku tulih. Entry kali ni nak kesah pasal apa yang tuan rumah kene bayar untuk rumah yang dimilikinya.
Here we go


  • Installment Dengan Bank - Unless ko bayar cash utk beli rumah (which is stupid act), bilanya beli dgn bank kene laa bayar bulan2. kalau umah sekitar rm70k bulan2 sekitar rm340
  • Maintence & Sinking Fund - Kalau rumah apartment laa, mmg ada maintence fee utk cover tukang sapu, guard, lampu jalan, lift. Mahal ikut facility. Kalau ada gym, ada kolam renang, mmg lagi mahal ler maintenance dia. Sinking fund ni aku pernah tanya, mtce ofis cakap utk cat balik aparment kalau cat dah teruk. Sapa ada xtra info leh share
  • Cukai Taksiran - Ataupun Cukai pintu. Ni kene bayar kt majlis bandaran. lagi mahal rumah ,lagi byk kene bayar. Setahun 2 kali, umah mentari cour aku setahun kene rm187.20. Kalau lambar bayar, kene denda next bill. rugi oo

  • Cukai Tanah - Ni bayar kt pejabat tanah. Kalau apartment, cukai tanah kene bayar dekat maintenance office, dan maintenance office yg bayar kt pejabat tanah. Biasa bill akan dikeluarkan oleh pejabat maintenance. Utk aparment, cukai tanah tak mahal.Sekitar rm20 ke rm30 jer.
  • Fire Insurans - Kalau aparmentment kene bayar tetiap tahun kt maintenance ofis setelah maintenace office keluarkan bil. Bayaran sekitar rm70 setahun, depend harga rumah gak lerr. Ni kalau rumah terbakar ker, ada la insurans cover
  • Indah Water - Ni bil pembentungan sebulan rm8,setahun rm96. Setengah tuan rumah suruh tenant bayar. Depend laa
NK INVEST RUMAH NI NAK KENE ANTICIPATE ALL THE COMMITMENT KT ATAS JUGAK.

tak semudah kira cashflow = duit sewa - byr bank - maintenance jer

sekian. kalau ada yg aku ter'miss' boleh tokok yer.

( Haa ingat jadi Tokey Rumah ni just kutip sewa je? Banyak oo benda nak kena bayar..thats y penting kena buat kira2 tu betul2...jangan salah kira plak...tingtong tingtong kira rental break even dengan installment n maintenance...terus kata rumah tu berbaloi untuk dibeli..pastu gebang kat orang investment rumah tu bagus sebab atleast break even...huhahuha)

11 comments:

palie said...

bro...1solution ada provide service ni x?? utk owner yg tinggal luar kl...umah beli lelong ada d kl...

mdizone said...

Palie : tu memang fokus utama Satu Solution...sebab kitorang tahu ramai pelabur2 di luar KL yang berminat nak melabur tapi terhalang disebabkan isu logistik.

Boleh refer kat blog rumahlelongpanas.blogspot.com untuk senarai perkhidmatan yang ditawarkan..

Kalau kira2 balik kos, perkhidmatan kami jauh lebih murah berbanding kalau nak buat semua sendiri...just bayangkn, kos nak turun kl just semata2 nak survey rumah pon dah berapa kan...tu tak campur nak pergi bidding lagi etc...

Anonymous said...

setengah2 apartment dah masuk skali premium fire insurance + cukai tanah dlm maintenance fee.... cuma sebagai owner kita kena double check dgn pejabat management especially bukti certificate fire insurance nie....
:-aLCapone-

Anonymous said...

ko punya blog ni pd pndpt aku antara yg informatif la di kalangan blog 1solution.. keep it up bro

mdizone said...

thanks mr anonymous...Semua blog 1 solution amat berinformatif dengan cara masing2...yang penting kita semua dapat manfaat... :)

Barkhan said...

Thanks bro.. Aku always wonder berapa nak bajet cukai tanah and cukai pintu apartment..

Anonymous said...

salam...boleh saya print utk rujukan...dan satu perkara nak tanya ...fire insuran tu...wajib bayar ker....kalau nak buat insuran TAKAFUL sendiri boleh ker..tak mo bayar kat...maintenace office sebab tak pasti dia pakai "insurance Konvensional".

kopiahlembik

wadie7990 said...

fire insurance ni hanya cover utk kebakaran kat luar rumah jer kan? kalau terbakar kat dalam rumah dia tak cover, betul tak?..itu yg aku faham, pls advice me if i'm wrong. Thanks.

JunLee said...

Fire insurance and sinking fund penyewa kena bayar atau tuan rumah encik ? boleh share tak advise?

hujan_panaz said...

Itulah tertanya juga ni... Tapi ikut logic la... Owner kena bayar .tnggungjwb dia la.kita sekadar bayar sewa sahaja.

hujan_panaz said...

Sinking fund penyewa bayar.. insurance owner..