Monday, September 13, 2010

Instant Office

Aku baru balik dari Damansara Intan tadi. Pergi buat survey untuk tengok ruang pejabat instant yang ada kat situ. Pergi berdua dengan member aku.

Tujuan pergi tu sebab nak tengok2 option untuk ada satu pejabat sendiri yang proper. Bukan apa, keje kat rumah ni banyak cabaran. Dengan katilnya yang dekat, dengan astro yang sentiasa terpasang, anak aku pulak dok sibuk ketuk2 pintu time2 aku buat keje, banyak sangat cabaran untuk dapatkan kualiti masa bekerja. Actually masalah utama ialah aku sendiri yang kurang disiplin kot hehe...

So harapannya, bila dah ada opis yang proper ni, elok sikit la keje aku. Tade sangat gangguan2 katil , tv etc. So fokus tu jadi lebih baik. Alamat opis pun cun la jugak dalam namecard. 1st impression orang pun jadi bagus la.

Cuma banyak benda nak kena pikir kalau ada opis sendiri ni. Banyak kos2 yang perlu dikaji macam kos sewa, kos pengangkutan etc. Kena kira betul2 untuk pastikan adakah ianya langkah yang benar2 berbaloi. Opis kat rumah ni mmg seronok sebab jimat banyak belanja, takyah redah jem, boleh bekerja sambil pakai suar pendek hehe..

Banyak benda nak kena kaji dulu sblm aku boleh buat keputusan. Tengok la cemana nanti...







1 comment:

mdizone said...

Hi bird! thanks for the info...aku tak sangka ko pn sudi baca blog aku yang tak seberapa ni hehe