Sunday, March 14, 2010

RHB Mega Auction 13 March 2010

Sabtu lepas aku pergi ke lelongan mega RHB kat KL. Selalu aku pergi auction sebagai buyer. This time untuk pertama kali nye, aku pergi selaku agent. Aku masuk bid untuk dua unit rumah. Satu kat Blok 21 Pantai Dalam dan satu lagi apartment Lili Taman Bukit Subang. Aku mewakili satu client untuk kedua2 unit rumah ni.

Seperti biasa, RHB Mega Auction pasti akan menarik ramai peminat2 lelongan. Suasana kat tempat lelongan tu dah jadi macam pasar borong. Hiruk pikuk. Nak jalan pun susah. Ada yang sibuk tengok papan lelongan, nak cek kot2 unit diorang kena call off. Ada juga yang sibuk register. Yang mana dah ada kad bidding, terus booking tempat siap2 kat bilik lelongan. Takut tak dapat tempat duduk. Memang sitting pon tak mencukupi untuk menampung bilangan orang yang datang hari tu.

Aku punya unit ni dua2 dikendalikan oleh Ng Chan Mau. Good for me. Tak perlu la aku lari kesana kemari. Duduk diam2 setempat je. Pedal bidding pun guna nombor yang sama. Pastu nasib aku pun agak baik, unit yang aku nak bid ni merupakan antara unit yang terawal. So lepas habis bidding, boleh la terus cabut balik. Tak sanggup la aku nak dok situ lama2. Pening oo..

So cerita pasal unit blok 21 ni, Aku dah agak memang ramai yang akan masuk bid. Aku dah siap sound client aku pun jangan mengharap sangat untuk menang walaupun dia letak max yang tinggi. Bila sampai turn unit ni, 10 bidder yang participate. Gelak je la. Dari harga reserve yang rendah iaitu rm75k, last price naik sampai rm110k. Dah hampir sangat dengan market value. At the end, cuma aku n sorang bidder lain yg fight. Memandangkan target client aku pon cuma rm110k sahaja, aku letgo je la unit ni (sbb kalau aku angkat tangan, harga naik jadi rm102k). Biar la bidder lain tu yang menang. The rest 8 bidder tu aku taktau citer. Kalau ada niat nak menang RP, kesian la. Rumah ni memang hot.

Pastu tiba turn apartment lili plak. Haa yang ni memang rezeki client aku la.Tade orang masuk langsung! Dapat reserve price! Dah la murah plak tu! RM56k untuk apartment 850sf. Lantai marble lagi tu. Market value takyah tanya la.Cuba semak posting2 aku yang lepas. Ada aku citer skit2 pasal apartment lili ni.

Mari layan gambar dulu....





Lepas habis urusan auction tu, aku terus cabut balik rumah parent aku. Sebelah malam ada plak nak makan ikan bakar kat Jeram. Aku pergi restoran Aroma Ikan Bakar Jeram. First time pergi tempat ni, saje je nak cuba. Lagi pun kira nak celebrate la dapat kemenangan pertama jadi agent. Beginners luck kot.

Aku tak sempat nak amik gambar food yang aku order sbb dah lapar. Makanan sampai je terus zaass.. Yang aku boleh komen food memang superb la. Ikan fresh, masakan pun sedap. Memang puas hati. Next time nak datang lagi..

Ni gambar2 yang aku amik sementara nak tunggu makanan sampai..









6 comments:

tuanbri said...

wah...tahniah!

1st time jadi ajen dah berjaya..wow wee

1 minggu 7 unit, dah masyuuuk beb!

Matjoe said...

congrat bro, dpt RP mmg masyuk. kengkadang org fokus utk yg hot2 jer, padahal tmpt2 lain pon hot jugak

mdizone said...

wau kalau 1 minggu menang 7 unit, masyuk tahap gaban tu hehe..tu level korang la...aku dapat 1 seminggu pon dah best giler

Wida said...

Eezone orang Jeram, Kuala Selangor ke?

mdizone said...

eh tak lah...saya orang shah alam...tapi tau la ada ikan bakar best kat jeram..kira dekat la banding kalau nak pergi bagan lalang atau port klang

Anonymous said...

tahniah gak....drpd first customer!!!

sgt informative and helpful!!! recommended agent!! :)

semang