Tuesday, March 23, 2010

Perdana View Condo

Tadi aku baru balik dari jalan2 tengok rumah kat damansara perdana. Perdana View Condo. Cantik nyer tempat ni. Aku nama je dok area damansara perdana tapi tak pernah masuk pn area2 kondo mahal ni. Ni baru la ada peluang. Actually member aku nak survey rumah kat sini untuk duduk. Tak lama maybe setahun lebih. Lepas tu plan nak kasi sewa.

Area ni memang best. Mengikut feedback member aku tu, rumah kat sini dijual macam goreng pisang panas. Iklan baru je dalam seminggu. Bila call dah sold out. Kalau setakat satu unit tade la pelik kan, maybe nasib baik. Ni sampai 4 unit dijual dalam masa less than 2 weeks. Tu subsale tu. Nak jumpa lelong memang susah sangat kot. Rental agak tinggi. Setakat nak +cf tu rasanya tade masalah. Cuma modal kena besar la. Harga seunit dalam rm300k tu biasa je...huhu..sapa la agaknyer yang beli rumah2 kat sini kan. Kita nak beli rumah dalam rm150k pon pikir 10 kali...

Aku dah set lepas ni aku pn nak upgrade jugak. Nak start tengok2 n survey2 rumah macam ni. Ni dah kira different game and market. Ye la takkan selama2nya asyik nak layan low-mid cost je kan. Kita mesti la improve as time goes by.

Aku tak pandai la nak describe lawa kondo ni cemana. Pada aku lawa la sebab aku tak biasa masuk area kondo. Senang citer, layan gambar je la...














4 comments:

semang said...

satu jer soalan saya....

berapa maintenance fee dia...+rental...

mdizone said...

Sewa tgk unit size.range dlm rm1400-rm1800.tgk fully furnish ke tak.
Maintenance dlm 0.25 per sf

Matjoe said...

it's different game already. kene btul2 strong ada duit n never make mistake.

mdizone said...

matjoe, aku setuju part memang cash holding kena kuat.nak main property high end, duit mesti mau banyak. kalau nak bayar duit legal pon dah berpeluh, manyak susah la...

cuma part never make mistake tu aku tak berapa agree. kalau boleh sedaya upaya elakkan la buat mistake yang BESAR sbb nak recover susah. Thats y main yang kecik2 dulu sbb bila jd beginner ni, mmg selalu buat silap. Once dah tere skit, baru la upgrade game. Jgn la stay kat game yang sama je..tapi kalau orang yang terlalu takut dengan mistake, he wont learn anything at all...