Wednesday, September 30, 2009

Yahoo! Cek KWSP dah kuar!

Pagi tadi aku terima call dari KWSP. Sebelum raya, aku submit application untuk keluarkan duit akaun 2 untuk langsaikan principal pinjaman perumahan. Ada la skit duit dalam tu. So dari dok beku dalam akaun kwsp tu, baik aku kuarkan untuk kurangkan baki pinjaman perumahan.

Bagus betul KWSP ni. Masa aku submit application, diorang cakap jangka masa siap dalam 21 hari bekerja. Kalau tade masalah, lagi awal la. Aku submit betul2 sebelum hari raya. Raya hari ahad kan? aku submit dokumen sumer hari jumaat. Dua hari sebelum raya. Hari ni dah siap isu cek. Memang puas hati betul la. BTW aku berurusan dengan KWSP jalan Gasing.

Actually aku ada hidden plan hehe. Bukan saje2 aku nak buat pengurangan pinjaman perumahan ni. Ada trick yang aku nak buat. Ala trick biasa2 je. Bukan hebat mana pun.

Sebenarnya, directly selepas pinjaman aku dikurangkan, aku terus apply untuk refinance rumah. Haa...so apa yang berlaku, duit kwsp tadi bukan lah semata2 akan digunakan bagi mengurangkan baki pinjaman. Aku akan dapat balik duit tu masuk akaun aku sebab aku refinance rumah tu ikut market value. Korang paham ke apa aku cerita ni? Kalau tak clear aku try wat senario la.

Katakan....

Baki pinjaman perumahan : rm 70k
Market value rumah : rm100k
baki akaun 2 kwsp : 10k

so apa aku buat, aku apply la kat kwsp nak kurangkan baki pinjaman. Dapat la kuarkan 10k tu terus buat pengurangan baki.

So sekarang ni baki pinjaman perumahan jadi = rm70k - rm10k = rm60 k

Pastu aku buat refinance plak ikut market value.( 90% margin of financing)

Jumlah pinjaman baru = 90% x rm100k = rm90k

duit extra yang aku dapat = rm90k - rm60k = rm30k.

Kalau aku tak buat pengeluaran kwsp , duit extra aku cuma = rm90k - rm70k = rm20k

Ni kira trick nak keluarkan duit kwsp la ni. Kalau tak guna cara ni, mana bole senang2 korang nak keluarkan duit kwsp kan. So kena bijak la manipulate.

Aku tak galakkan cara ni kalau korang nak guna duit kwsp tu buat benda bukan2 macam shoping2 atau guna untuk vacation. Sebab KWSP ni simpanan hari tua kita. Mana bole sebarang keluar2 nanti time bersara, duit tade. Haru jadinya.

Unless kita dah ada plan nak guna duit tu untuk generate duit lagi. Secara purata, KWSP cuma bagi dalam 4% return je setahun. Agak pathetic la. Pastu tak kasi kita invest duit tu sendiri plak. So sian duit kita dalam kwsp tu. Tak keje keras. So better kuarkan duit tu ( kena ada cara yang betul ) pastu invest duit tu kat tempat lain. Paling busuk pon boleh letak dalam ASB. Dapat gak return 7-8%. Kalau lagi best, kasi rempit beli rumah sewa la. Boleh dapat Cash on cash return sampai 30%.

Oh ya, lupa plak nak citer. Buat masa ni rumah aku ni bagi positive cashflow. (duit sewa > duit installment). Lepas aku refinance ni plak, positive cashflow aku lagi tinggi sebab installment lebih rendah pasal aku dapat reduced interest rate and panjangkan loan period berbanding loan asal. Ini maknanya, aku dapat cash segedebuk and at the same time higher positive cashflow for the same property.

Haiya...wa manyak syiokk la ini hari... :)

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah...Akhirnya!!

Alhamdulillah.

Setelah berpenat lelah naik turun bank buat bank draft ( ada la dalam 14 kali) , pada hari ni aku telah berjaya memenangi lelongan sebuah unit apartment di taman bukit subang. Unit ni aku baru je survey 2 hari lepas. Pastu pagi tadi buat bank draft. Petang tadi masuk auction. Memang gile gamble la.

Area bukit subang ni dah lama aku kenal jugak. Ayah aku pernah buka restoran dekat area ni. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Cuma sekarang ayah dah jual restoran ni sebab dah tak larat nak jaga. Penat sangat berniaga kedai makan ni. Aku pun pernah la jadi tukang buat air masa lepas grad dulu. Tukang buat air berdegree tu! hehe...

Memang mencabar betul la untuk aku kalau nak menang auction. Banyak betul dugaan. Pagi tadi masa aku nak pergi bank buat bank draft, aku dah tulis siap2 cek. Tinggal nak bagi kat kaunter jer. Buku cek pun main tinggal je kat opis. Punya la konfiden. Sekali bila sampai kaunter bank, laa boleh tersalah tulis penama cek plak. Patut aku tulis nama bank yang nak issue bank draft, sekali aku pergi tulis nama bank pelelong plak. Haru betul... dah la hujan plak tu. Terpaksa la aku patah balik opis amik buku cek. Pastu datang balik bank tu buat bank draft. Memang mencabar iman sungguh. Kakak kaunter tu gelak je sbb ni bukan pertama kali aku buat bank draft. Dah berbelas kali. Pun boleh buat silly mistake gak.

So masa auction tadi, as usual la aku tak meletakkan harapan tinggi. Cuma aku harap tade orang masuk sbb area ni macam tak fames. Tak macam penara, pantai dalam etc. Sekali tiba time rumah aku tu nak dilelong, ada plak 2 bidder lain. Cuma masa rumah tu nak dilelong, terpaksa ditunda kejap sebab ada masalah teknikal. Aku pun tak sure masalah apa. Yang aku tau, dari 3 bidder , tinggal 2 bidder je. Aku dengan lagi sorang. Duduk plak selang satu kerusi je sama row. Aisey kacau2. Punya la banyak tempat lain, boleh plak aku berjiran dengan pesaing aku. So bila dah nak start bid, aku cakap la kat mamat tu nak kaw tim. Aku nak kasi die rm1k. sekali die kata die takleh accept sb die bid utk bos die. Bos die plak ada kat depan. Laa..pesaing aku tu rupanya pelelong yang kat depan tu. Boleh jugak macam tu ye...

Cuma dah memang rezeki aku kot. Mamat tu just angkat sekali je. Mebe die target nak RP. So aku pun angkat la lagi sekali pastu terus menang. Macam tak caya gak sbb aku dah naikkan target aku. At the end, aku menang dengan beza rm2k dari harga rp.Ok la tu, boleh consider menang murah jugak la.

Price aku menang rm50k. RP48k. MV aku survey dalam rm100k. Apartment tingkat 4 850sf. Official valuation aku tak buat lagi so agak2 macam tu je la.

Alhamdulillah, rezeki raya...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Dum Dum! Hari Raya Dum Dum!

Sempena dah nak dekat raya ni, aku nak mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 taulan yang mengenali diri ini sama ada kenal direct atau pun indirect.

Terima kasih juga sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Masih ingat lagi masa mula2 menulis dulu. Aku bukannyer jenis yang suka menulis. Kalau tengok gaya tulisan pun, aku tulis macam cakap dengan kawan2 je. Bersepah.

BTW aku dah start cuti dah. Semalam lagi dah start. Wohoo!! Mana la ada orang yang semangat keje dekat2 nak raya ni. Cuti lagi best. Boleh lepak rumah tido sepanjang hari (ini contoh jangan ikut lor. Tarak bagus).

Plan raya plak masih belum difikirkan. Rumah parent dengan inlaws tak jauh so memang sapu sumer sekali untuk raya ni. Cuma tgh plan2 untuk balik kampung batu pahat. Harap boleh la selit2. Dapat la jumpa sedara mara sumer.

Aiyak! duit raya tak tukar lagi la. Bank ada lagi ke simpanan duit kecik ni. Ok la aku nak gerak g bank dulu nak tukar duit raya. Adiosss....

Selamat hari raya! Maaf zahir batin!! :)

Seminar Renesial Long

Last nite aku pergi seminar property Renesial Long. Pada sapa2 yang tak kenal, beliau merupakan antara tokoh property yang terkenal kat malaysia ni. Dari apa yang aku diberitahu semalam, jumlah property dia around 80 unit dan passive income dah cecah 6 figure sebulan. Ratus ribu sebulan tu! Goyang kaki tak hingatnyer. Memang travel je pon keje die ni. Tu pasal seminar die pon setakat 3 kali je setahun.

Masa talk semalam tu, tak banyak input baru yang aku dapat. Banyak intro je. Kalau beginner mungkin dapat info banyak kot. Banyak info tu kita boleh baca dalam buku etc. Kawan2 pon dah ramai yang tere.

Cuma aku interested nak join seminar ni sbb nak belajar pasal commercial property. Tu different ball game compared dengan residential property. Risiko pon lagi tinggi tapi return superb masyuk. Kalau dibandingkan, 1 property commercial yang bagus boleh celen 4 rental apartment yang bagus in term of return. Cuma tak reti lagi nak masuk line commercial ni. Peluang pun susah nak jumpa.

Kos seminar tu dalam 5k plus jugak. Lebih kurang kos seminar money mastery. Tak kisah sangat la 5k tu kalau dibandingkan dengan ilmu yang aku boleh dapat (harap2 berbaloi la). Dah plan nak join untuk next year punya class. Sekarang tak boleh nak join lagi sebab masih in the middle of stabilizing career path. Tanak la nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir pulak.

Pada semua readers yang dihormati, kalau u all ada maklumat tentang seminar ni, boleh la share2 ye. Aku mengalu2kan sebarang input.

TQ Very Much

Tuesday, September 15, 2009

Test Drive Honda Civic 2.0

Ahad lepas aku pergi honda centre kat kg penchala. Milik Mofaz. Saje je nak riki2 harga kete baru ngan rasa bawak kete honda tu. Asyik dok tgk orang bawak je. teringin gak aku nak drive. Nak beli belum decide lagi so belasah kete test drive je la dulu.

Masa sampai kat centre tu, tade sorang pun customer. Belum masuk pintu lagi sorang sales girl ni dah terpa pintu tolong bukak kan. Bagus betul respon. So start dari pintu masuk die dah tanya aku carik kete apa. model apa etc. Bagus PR die. Aku ngan wifey selesa la dengan layanan yang diberikan. Aku cakap aku nak tengok honda civic 2.0. Nak survey kete ngan harga.

Kitorang di bawa ke bilik pameran kat situ. Ada 2 tingkat. Tingkat 1 sumer kete honda civic. Kat tingkat bawah ada honda city baru ngan crv. Kat showroom tu takde plak honda civic 1.8 so takleh nak buat comparision. Aku tak kisah sangat pun sbb memang dah target nak civic 2.0.

Perghh bestnyer masa 1st time dapat duduk kat tempat driver. Hitech sungguh interior die. (jakun la skit. Selama ni naik kete nasional je). Display board, stereng, gearbox sumer cun. Memang tangkap cintan la hehe. Leather seat plak tu. Banyak gak function2 kete ni. Boleh auto cruise, boleh tukar manual gear, radio 6 cd changer etc. Tapi ikutkan bukan aku kisah sangat pun sumer benda tu. Saje je syiok2 hehe

So lepas tu sales girl tu bawak la kitorang utk test drive. Cantik kete test drive tu. Dah siap dengan body kit modulo. Cantik. Nampak sporty. Kitorang pusing2 area penchala je. 2 round. Handling kete ni mmg superb. Enjin pun senyap je. Macam rasa merayap je kat atas jalan. Cuma aku pun tak bawak laju. Tak cecah 100kmph pun. Sales girl tu siap sound aku cermat bawak kete. La memang la cermat bukan kete aku. Dibuatnyer bergesel ngan divider, pengsan aku nak bayar. Lepas dia tgk pemanduan aku, dia kata aku sesuai gak kalau amik 1.8 sebab aku bukan jenis performance driver lebih kepada family driver. Hmm tapi 1.8 tade spec macam 2.0. Tak syiok aaa. hehe. Nafsu2. Masa test drive tu siap test guna gear manual lagi. Honda ni die punya style gear tak macam kete biasa. Gear tukar kat stereng. Ala macam stereng F1 tu. Boleh la berangan skit.

So lepas test drive, kitorang discus plak pasal payment plan. Beza harga antara 1.8 ngan 2.0 cuma dalam 15k. So bila convert masuk loan, beza dalam rm100 plus. Tak terasa sangat. So aku pikir better aku amik 2.0 terus kot. Cuma bulan2 die tu rm1400 la. Hehe. Mana la aku nak cekau rm1400 utk kete ni. Ding dong ding dong cecah rm2000 sebulan untuk kete ni aje (campur minyak , maintanence etc) . Part ni la yang mentor aku sound. Kita kena letak kan diri kita dalam keadaan tak selesa baru kita akan ada drive untuk maju ke depan. rm2000 extra sebulan tu beb! Otak mesti mau ligat pk ni.

Teringat petikan kata2 dalam buku richdad

" When poor minded people want something he cant afford, he said ' i cant afford that'. When rich minded people want something he cant afford, he said ' how can i afford that' "

Sunday, September 13, 2009

Rumah sewa kena masuk pencuri

Kepada rakan2 tokey rumah sekalian, pernah tak rumah sewa korang kena masuk pencuri?

Aku dah kena dah. A few months back. Kesian penyewa aku. Sumer budak2 pompuan. Student U. Rasanya memang dah lama kena target ni. Ye la sebab semua pon pompuan. Kiri kanan rumah pulak sumer laki2. So nampak obvious la rumah ni budak2 pompuan yang duduk. Tengok kain ampaian dah kenal dah.

Rumah aku tu memang bergrill. Cuma kat pintu depan dengan dapur je. Tingkap ruang tamu memang tak pasang grill. Masa tu fikir tak logik orang nak masuk ikut tingkat ruang tamu. Tingkat 15 tu beb! Kalau jatuh sure mati. Nak cari tempat berpijak kat luar tingkap tu pun susah. Balkoni memang tade la.

Just nak jadi cerita, unit rumah sewa aku ni dekat dengan tangga. Walaupun dekat dengan tangga, still sangat susah nak masuk rumah sewa aku tu thru tingkap. Spiderman pon pk 2 - 3 kali kot. Memang tade tempat nak berpijak untuk cross over ke tingkap rumah aku.

Malangnya dah nak jadi cerita, ( ni budak penyewa aku tu citer la). Diorang tengah tido time tu. Dalam kol 4 am kot. Salah sorang dari diorang tersedar macam ada orang dalam bilik diorang tengah macam selongkar2. Die pun terkejut la! Terus menjerit. Si pencuri tu panik terus lari ke arah tingkap. Sempat jugak la die amik a few wallet. Yang menjerit ni tadi terus kejar dan sempat pegang tangan si pencuri ni masa dia dah panjat keluar. Muka pencuri tu tak nampak jelas sebab gelap. Pencuri tu siap boleh cakap 'eh eh'. Hampeh tul. Budak pompuan yang pegang tangan tadi tiba2 macam takut. Takut mamat ni jatuh. Baik betul budak pompuan ni hehe. Ye la kalau la betul jatuh, mesti dah tak best life lepas tu sbb somehow menyebabkan kematian orang. Walau pun penjenayah, tp still tak best jugak la kan. So budak pompuan ni pun lepaskan la tangan pencuri ni. Dia nampak pencuri tu cross over pergi ke tangga. Taktau la cemana die buat. Memang berani mati betul.

Lepas kejadian tu, terus diorang mintak pasang grill kat tingkap ruang tamu tu. Aku bila dah dengar citer ni, memang terus order la. Tak kisah la rugi skit pon. Keselamatan ni! Tu seb baik mencuri je, kalau jadi kes rogol ke bunuh ke, lagi pening. Tak laku kang rumah sewa aku tu.

Report polis dah buat tapi ye la, kawasan tu pon mmg hot area jugak utk kes jenayah die. Tempat terlalu padat. Walau pun criminal hot area, orang still nak duduk gak kat situ sebab strategik. Budak2 pompuan tu pon masih stay kat situ lagi walau pun trauma. Rezeki aku kot. Diorang mmg penyewa contoh. Duit sewa tak pernah lewat walaupun dah jadi kes pecah rumah. Diorang pon tak salahkan aku sbb tak pasang grill kat tingkat ruang tamu tu sbb mmg tak logik orang boleh masuk ikut situ.

Sampai sekarang pun aku tak naikkan sewa. Tak sampai hati sbb penyewa aku tu bagus. Dah 2 tahun dah. Biar la. Win win situation. Sewa sekarang ni pun aku dah selesa dengan margin positive cashflow die. Nanti bila penyewa aku tu decide nak pindah, baru la aku pikir naik kan sewa.

Tuesday, September 8, 2009

Masa oh masa

Salam semua,

Hari ni aku tergerak untuk menulis tentang masa.

Selepas aku menghadiri seminar money mastery tempoh hari, team diorang ada menghantar beberapa email susulan untuk mengajak aku untuk join course diorang. Part ni aku respek sangat. Internet marketing yang pawe. Aku sendiri pun dah mula berkira2 nak join.

Actually salah satu email yang aku terima tu agak menarik untuk dikongsi bersama iaitu tentang masa.

Kita semua ni memang sibuk. Sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan urusan keluarga dan bermacam2 hal lagi. Yang buat2 sibuk pun ramai jugak. Akan tetapi pernah tak kita berhenti sejenak dan cuba nilai apa yang kita sibukkan ni. Penting ke pada kita? Apa nilai perkara yang kita sibukkan tu untuk diri dan keluarga kita?

Pada yang workaholic dan berusaha keras untuk climb corporate ladder, cuba2 renungkan. Korang sibuk2 tu untuk sapa? Meeting sana, meeting sini. Report sana report sini. Pastu bila keje tak habis kat pejabat, bawak balik rumah pulak. Kesian kat anak isteri. Sibuk sangat nak jaga KPI. Nak kan bonus besar, naik gaji banyak. Nak naik pangkat. Tapi betul ke sumer2 benda tu akan membawa kita ke destinasi yang kita nak?

Aku nak kongsi satu part dalam email money mastery yang aku terima.

2 lumbermen were felling trees on a typical workday. One was sawingmore furiously than the other. The foreman came over to check theirwork and found the one who did not seem to rush actually saw downmore trees. After speaking to the unhurried lumberman, he went overto the very hardworking one, On hindsight, the foreman knewimmediately what was wrong, so he asked this lumberman, "Do youknow what you can do to saw down trees as fast as your buddy?"

The lumberman answered, "Yeah, sharpen my saw."

"So why didn't you do it?"

"Because I got no time to sharpen my saw mah!"

So pengajarannya, jangan la menyibukkan diri secara membuta tuli. Buat penat badan je tp hasilnya tak seberapa.

Saturday, September 5, 2009

My Near Future Toy




Cantik kan kete tu? Tu la Honda Civic 2.0 i-VTEC 8th Gen. Dah lama dah kat malaysia ni. Since 2006 rasanya. Masa first time ternampak kereta ni, terus jatuh hati. Masa tu taktau lagi kete apa and tade la nak amik tau sangat sebab sure tak tercapai dengan kemampuan kewangan pada masa tu. (Self assumed)





Cuma sekarang ni pilihan untuk memiliki kereta ni macam agak terbuka sedikit. Ada sebab kenapa aku nak dapatkan kereta ni. Sekarang tengah study sama ada betul ke aku mampu nak beli kereta ni. Perkataan mampu tu besar scope die. Cukup ke budget nak bayar installment yang lebih rm1k sebulan. Tu baru installment, tak kira minyak lagi, insurance lagi, road tax lagi, maintanence lagi. Ikut kiraan kasar, boleh la rasanya nak sambar sebijik tapi berpeluh jugak. Kalau tak kena gaya, boleh tergolek kewangan aku.





Kenapa aku nak beli kereta ni? haa..itu pun atas nasihat mentor aku. Dia kata kalau nak buat marketing and sales, kereta memainkan peranan penting. Rumah biasa2 pun tape, janji kereta mau pawe. Kalau tak pawe pun, orang kata senonoh skit la. Die cakap honda ni tahap toy car je sebelum upgrade dengan kereta yang lagi pawe. Ish panas hati aku. Ada ka patut cakap kete tu level toy car je.Dream car aku tu! Bertahun aku tunggu nak dapatkan sebab yang kuat untuk beli kereta ni hehe.





Tapi aku tak deny pendapat die tu. Aku sendiri menyaksikan macam mana orang lain melayan orang yang bawak kereta2 mahal. Treatment die lain sedikit walaupun mungkin tanpa disedari.





Citer die macam ni...

Ada la satu hari tu, aku bawak mentor aku ni nak pergi meeting dekat putrajaya. Time tu aku tumpang kereta die. Mercedes SLK 230. 2 doors 2 seater.Rupa dia macam gambar kat bawah ni...



Kete tu tade la baru pun. Kete tahun 98. Dah lama dah. Ok back to the story. Time tu kitorang sampai la kat pintu guard nak amik pas. Actually tempat tu pelawat kena parking luar, pastu amik pas then baru boleh masuk kompaun pejabat. Ikut pengalaman aku selepas beberapa kali datang situ la. Tapi hari tu lain plak jadinya. Lepas amik pas tu, kitorang pun nak masuk la pintu pagar. Sekali guard tu tanya tanak bawak kereta masuk ke? Eh! Selama aku datang sini sorang2, tade pulak guard tu nak kasi masuk. Pastu banyak jugak kete lain yang tak masuk. Tapi guard tu siap offer plak nak benarkan kitorang bawak kereta masuk parking kat dalam. So kitorang pun bawak je la kete masuk.

Masa dalam kete tu mentor aku cakap la. Die bawak kete ni bukan sbb nak menunjuk2. Tapi somehow kereta tu membantu secara tidak langsung. Bila kita bawak kereta2 jenis macam tu, orang somehow akan respek lebih skit walaupun kita tak mintak. Secara tidak langsung, hal2 macam ni memudahkan dia nak buat deal etc.

Logik la jugak kan? Kata kan la kita kat kedai mamak. Citer projek juta2. Gedegang gedegung. Sekali time balik orang tengok kita bawak kancil je.Eh boleh caya ke manat nie? sure diorang akan tertanya dalam hati. Lain la kalau kita dah memang ada track record. Kalau Syed bukhari bawak kancil pon orang still respek die sbb dah terkenal. Kalau orang biasa macam aku ni? Orang nak caya ke? Sure berfikir beribu kali.

Benda macam ni memang dah takleh nak elak. Pemikiran masyarakat memang macam tu. Bila orang pakai kereta besar je, sure orang ingat mamat ni berjaya. Kalau citer projek juta2, ada nampak kredibiliti.

Pada aku yang penting niat la. Kalau niat nak beli kete besar untuk memudahkan urusan kita ( bina kredibiliti, tingkatkan imej etc) dan bukan untuk menunjuk2, mungkin boleh dipertimbangkan. Tade salahnya dengan syarat kita mampu.Itu pun tengok nature of work. Kalau setakat pergi keje duduk kat opis je dari pagi sampai malam, bawak kete biasa pun dah cukup kot (ni mentaliti aku selama ni).Duit extra tu better simpan buat pelaburan.

Hai bila la aku bole angkat sebijik civic ni...

Lelongan Rumah Kos Rendah

Salam semua,

Patutnya petang tadi aku nak masuk bid satu unit kos rendah dekat pantai dalam. Bank draft sumer dah prepare. Harga pun tade la murah mana. Agak dekat dengan market value. Cuma area pantai dalam ni tenancy rate agak bagus. Dekat dengan UM dan KL. Ramai orang suka menyewa kat sini. Kepadatan penduduk toksah citer la. Sapa2 yang takleh terima tengok double parking, jangan la bawak kete masuk area ni. Silap gaya tak keluar la korang.

Masa dah nak dekat2 pergi tu, tergerak plak aku nak call auctioneer tanya sama ada unit ni masih up for bid atau dah kena call off. Masa dapat bercakap dengan officer tu, die cakap unit masih on for bid. Ok la tu. Just lepas tu die tanya soalan2 lain plak. Aku keje mana, dah kawin ke belum, gaji berapa etc. Eh banyak pulak soalan dia. Aku tanya la nape die soal benda2 tu? Selama aku masuk bidding, tade sapa pun kisah aku punya detail. Sekali die cakap unit ni ada restriction rumah kos rendah. La ye ke? Aisey bank draft dah wat ni.

Antara restriction yg aku ingat :

1. Kena berdaftar dengan unit perumahan kos rendah dbkl ---> aku tak pernah register
2. Income suami isteri tak lebih rm2k sebulan ----> income aku dah terlebih..skitttt je la hehe
3. Mesti dah berkahwin ---> dah ada nak sorang. ok la tu kot
4. Mesti tidak ada rumah dalam radius 30km dari unit yang nak dibeli -->loh! aku ada sebijik dalam 500m dari rumah tu :P

Ish kes berat ni. Kiranya aku tak layak beli rumah tu. Tapi seingat aku, kalau beli subsale atau lelong, restriction2 tu dah tak dikira dah. Aku pun tak sure pasal part ni. Nak selidik lebih2, masa plak dah tade. So aku amik keputusan untuk tak jadi bid. Takut pergi sana sia2 je. Lagipun aku tade alasan nak lari dari opis. RP pun dah hampir2 dengan MV. So tape kot kalau let go. Banyak lagi property lain bulan ni.

Just terkilan skit la sbb area rumah ni dah lama aku target. Korang pernah face tak isu2 macam ni? ke dah terbeli tapi takleh proceed sbb tak lepas syarat? Aku musykil ni...

Wednesday, September 2, 2009

Queen of Auction In Da Making






Gambar2 di atas diambil pada hari sabtu lepas. Aku bawak Wifey dan Ema pergi auction MBSB kat Bangsar. Plan hari tu nak masuk 2 unit rumah apartment dekat kajang. Seperti biasa, dah tak letak harapan tinggi dah. Kalau ada rezeki, dapat satu pun dah alhamdulillah.

Lelongan ni dibuat oleh SWT Management. Aku pun tak pernah dengar auctioneer ni. Yang datang hari tu pun macam tade la ramai sangat. Macam ada harapan je ni...

Masa tengah belek2 rumah2 yang dilelong kat notice board,terserempak pulak dengan si Asri. Geng lama PMC. Borak punya borak, rupa2nya unit yang aku nak masuk ni pun pie nak bid sama. Aisey lawan sifu la plak. Lomah den. Dua2 unit plak tu. Macam mana nak menang ni. Budget aku tade la tinggi sangat. Tapi aku cool je. Asri pon rilek je. Kawan tetap kawan. Bidding pon tetap bidding gak. Mula2 ingat nak kawtim je takyah lawan2, tapi unit ni ada lagi 3 orang pun masuk. So option kawtim dah kira burn. So terpaksa la lawan je.

One of the bidder tu company. Apa ntah nama die aku pon tak ingat. Tapi ni la first time aku lawan bid dengan company. Selalunya lawan orang persendirian je. Teringin gak nak ada property holding company ni. Macam best jer. Tape part tu kita citer next time. So berbalik pada bidding tu, auctioneer ni pelik skit. Time bidding, peserta kena duduk kat depan. Diorang dah prepare kerusi khas untuk bidder. Tak boleh nak duduk belakang sbb takut jadi isu macam tak nampak angkat pedal etc. So logik gak. Tade hal la duduk mana pun janji boleh bidding.

Budget aku untuk apartment ni tade la tinggi mana. RP dalam rm75k. Max aku dalam rm90k. Still ada untung skit. Masa lawan bidding tu, aku baru tau Pie budget dalam rm85k je. Sifu nak maintain profit margin tinggi. Sori la pie, tade rezeki hari tu. Yang menang bidding tu ialah si company tadi. Budget die tinggi. Menang pada rm97k. Time tu dah tade sapa nak lawan dah. Tape la untuk unit pertama ni die menang. Kot2 ada rezeki untuk unit kedua.

Sekali unit kedua ni pun die masuk jugak. Hampehs tul. Sumer die nak menang. Dah la budget tinggi. Untuk unit kedua ni aku dah geram. Disebabkan unit pertama aku tak menang, aku punya budget pon dah boleh increase skit. Masa awal2 aku ngan asri je lawan angkat2 pedal. Dalam hati dah tau takleh menang punya sbb si company tadi sure angkat lagi tinggi. So bila dah sampai rm90k, tinggal aku dengan company tu je lawan. Aku time tu dah mmg budget kalah dah sb aku tanak la menang tapi margin rendah. Time tu mmg dah niat dengki dah hehe. Jahat betul aku. Alang2 aku tak menang, jangan harap aku nak kasi si company tadi harga rendah. Si Asri pon dok cucuk2 aku. (time tgh bidding tu aku ngan asri siap gelak2 lagi hehe). So akhirnya rumah tu terjual dengan harga rm98k. Mahal skit dari unit sebelum ni. Memang tinggi betul budget si company ni. Duit banyak kot.

Down jugak hari tu.Masuk dua unit, dua2 pon kalah. Tapi bila tengok Ema dok sibuk main pedal, sejuk plak hati. Ema siap sengih2 lagi ajak main pedal tu. Buat kipas. Tape ye Ema, nanti ayah ajar macam mana nak buat duit dengan auction property.Dah besar nanti beli rumah banyak2.

Next week pon ada lagi unit aku nak masuk bid. Kata je dah cool off dengan auction. Tapi masuk jugak hehe. Agaknye dah sebati kot property dengan jiwa. Susah mau tinggal.