Sunday, July 28, 2013

Mari Mengira Kos Legal Sales and Purchase Agreement

Kos legal merupakan salah satu kos utama dalam pembelian hartanah. Pernah ada client saya yang bertanya " kalau saya ada cash cukup2 untuk deposit rumah, boleh ke saya beli rumah?".Saya cakap jangan beli rumah dulu. Sediakan duit secukupnya untuk perkara2 lain seperti kos legal khususnya. Terutamanya kalau beli rumah lelong. Kalau tak kena gaya, silap hari bulan deposit kita burn rumah tak dapat. 


So macam mana nak kira kos legal ni? Dalam posting ini, saya cerita part legal Sales and Purchase Agreement (SNP) dulu. Jika apply loan untuk pembelian rumah, ada lagi kos legal untuk loan documentation yang perlu diambil kira. 



Kos Legal (SNP) ni ada 3 komponen utama iaitu legal fees, stamp duty dan 'kos2 tambahan'. Legal fee adalah kos profesional fee lawyer. Stamp duty pula merupakan cukai yang perlu dibayar pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan 'kos2 tambahan' pula adalah kos2 lain yang ditanggung lawyer seperti kos pengangkutan, kos postage, kos admin etc. Dari ketiga2 komponen ni, kos legal fee dan stamp duty merupakan penyumbang terbesar dalam quotation lawyer. 




Mari kira kos legal fee 


Consideration or Adjudicated ValueScale of Fees
For the first RM150,0001.0% (subject to a minimum fee of RM300)
For the next RM850,0000.7%
For the next RM2,000,0000.6%
For the next RM2,000,0000.5%
For the next RM2,500,0000.4%
Where the consideration or adjudicated value is in excess of RM 7,500,000Negotiable on the excess
(but shall not exceed 0.4% of such excess)

Jadual di atas merupakan skala fee lawyer yang telah ditetapkan oleh badan yang menjaga profesionalism peguam2 di malaysia.

Mari ambil contoh rumah berharga rm550k

1st rm150k ----> legal fee = rm 1500
next rm400k ---> legal fee = rm 2800

Total legal fee = rm 4200 (1)

Mari kira kos stamp duty pula

Consideration or Adjudicated ValueScale of Fees
First RM100,0001%
Next RM400,0002%
Thereafter3%

Jika rumah berharga rm550k, 

1st rm100k --- > RM1000
next rm 400k ---> RM 8000
next rm50k ---> RM 1500

Total Stamp duty = RM 10,500 (2)

Untuk 'kos2 tambahan' pula, ianya bergantung kepada lawyer sendiri dan biasanya dalam sekitar beberapa ratus hingga beberapa ribu ( pecahan2 yang diberi oleh pihak lawyer dalam sebutharga)

So dalam kes di atas, untuk rumah berharga rm550k, total kos legal SNP untuk legal fee dan stamp duty sahaja dah mencecah rm 15k...

Banyak kan? 

Itu belum masuk lagi kos legal untuk loan documentation pula ( jika apply loan untuk pembelian tersebut. 

Ni saya sertakan satu contoh quotation legal SNP dari lawyer saya (harga rumah rm 350k)



Monday, July 15, 2013

Pelaburan Hartanah : Projek Baru VS Lelong

Satu isu yang menarik...

Mana satu lagi best untuk investment? 

Geng yang layan lelong akan kata new project ni risky...

geng yang layan new project plak akan kata sebaliknya untuk hartanah lelong...

so mana satu yang betul ni? 

Ramai yang akan blur dan ragu2 nak buat pelaburan hartanah terutamanya pelabur2 baru...

Saya nak ulas panjang2 berkenaan topik ni pun rasanya tak cukup nak muat dalam satu posting blog. Ilmu yang saya ada pun tade la hebat mana. Cuma kalau nak sentuh isu ni secara permukaan maybe boleh la kot.

Mari kita compare kedua nya dari segi baik buruk

New Project

Kebaikan

- Downpayment rendah ( minimum capital)
- ada diskaun2 menarik
- developer include pakej2 menarik seperti free kitchen cabinet, aircond etc etc
- boleh dapat bulk discount kalau beli ramai2
- peluang untuk enjoy capital appreciation yang banyak ( kat sini ramai pelabur projek baru buat duit kaw2 punya)

Keburukan

- ada potensi projek terbengkalai ( memang nightmare pelabur hartanah)
- tade track record tentang potensi pulangan rental 
- banyak bergantung kepada faktor kitaran pasaran (faktor luar kawal)
- kebiasaanya bila siap, rental income susah nak cover kos bulanan (installment, maintenance etc)
- sekarang ni harga rumah baru memang mahal...di luar jangkaun ramai pelabur terutamanya pelabur2 baru


Hartanah Lelong

Kebaikan

- potensi untuk beli hartanah di bawah harga pasaran (kunci utama pelabur untuk buat duit)
- ada track rekod yang boleh dikaji
- rumah dah siap ( tade risiko terbengkalai)
- banyak faktor boleh dikawal ( kadar sewa, berapa harga nak bid etc)


Keburukan

- capital besar ( seeloknya kena ada cash dalam 20% dari harga rumah yang ingin dibeli)
- rumah hancur, kos repair tinggi
- tunggakan2 yang tinggi
- owner lama tanak keluar
- nak kena lawan bidding ( sekarang ni lagi susah nak menang rumah lelong pada harga yang munasabah sebab persaingan terlalu sengit). Kena persistent kalau nak dapat rumah lelong. kalau setakat cuba sekali dua pastu give up, toksah beli rumah lelong..sila simpan duit dalam asb/ tabung haji/fix deposit dan gunakan masa yang ada tu untuk buat benda lain.


Kesimpulan

Saya ada kenalan pelabur hartanah yang melabur dalam hartanah lelong dan juga new project. Memang beliau buat duit kaw2 punya. Untuk new project, beliau enjoy capital appreciation yang besar dengan modal yang sikit. Bayangkan berapa % pulangan apabila untung rm100k ( gross profit ) bila rumah tu siap dengan hanya bermodalkan beberapa ribu ringgit sahaja ( tak sampai rm10k kot)... ni kes betul ni, bukan simulation...

Untuk hartanah lelong pula, beliau masih buat untung yang agak handsome dari segi rental dan juga profit bila jual ( beli harga below market). Beli rumah harga rm70k, market value sekarang dah rm160k, positive cashflow dari rental dalam rm400 sebulan...best juga kan? 

So pada saya, sebagai pelabur hartanah yang bijak, kita kena tahu strategi mana nak guna untuk capai matlamat kewangan kita...tidak kira sama ada new project atau hartanah lelong...dua2 cara tu memang boleh buat duit kalau kena gayanya...kalau dapat sinergykan, lagi ganas potensi pulangan yang kita boleh capai...




Thursday, July 11, 2013

Kisah Di Booth Cubic Sky , KLCC ( 7 July 2013)

Last weeken saya ditugaskan untuk menjaga booth projek Cubic Sky di KLCC sempena IPROPERTY EXPO...



Apa benda projek cubic sky tu? Boleh refer di sini

Masa saya jaga booth tu, saya didatangi oleh seorang prospek (awek) dan perbualan kami agak menarik dan saya kongsikan di sini...( saya cut and paste dari fb post saya)


Dia datang seorang...dari gaya nampak macam seorang yang sofistikated dan penuh keyakinan...muda juga rasanya...

Lepas saya intro sedikit sebanyak pasal cubic sky, saya ajak awek tu untuk duduk di kerusi untuk discussion lanjut...

Saya : cik nak buat investment kan? saya rekomen projek cubic sky ni sebab kalau bumi buyer ada 7% + 7% diskaun, freehold, tepi ktm komuter..harga just dalam rm200k je...

Awek : Bape besar? 

Saya : paling kecil 435sf...harga dalam range rm230k..before diskaun...

Awek : ish mahal nye! dah la kecik je...

Saya : harga ni dah kira ok...trend sekarang memang developer suka buat soho yang kecik2 bagi membolehkan lebih ramai orang beli...kalau buat saiz besar, harga pula mahal...orang merungut juga sebab diluar jangkauan...

Awek : tu la pasal...harga property sekarang dah mengarut...ejen2 hartanah macam awak ni yang buat keadaan jadi macam ni...fikir untung je...

Eh?! ni apa citer plak ni...(saya berkata dalam hati)

Saya : maaf cik, kami ejen2 ni just menjual je...bukan kami yang set harga...developer yang set harga...dan ada pembeli yang membeli pada harga yang ditetapkan...so willing buyer willing seller...saya tak nafikan harga rumah memang agak tinggi pada ketika ini...maybe kita tak membeli, tapi orang lain tetap membeli...

Awek : Memang la macam tu...yang membeli pun banyak spekulator...harga rumah makin mahal...bukan genuine buyer pun...

Saya : Saya pun seorang pelabur juga cik...personally, saya rasa projek ni memang satu peluang pelaburan yang baik kalau dari kategori new projek...part harga mahal tu subjektif sebenarnya...so terpulang pada diri masing2...kalau rasa mahal, jangan beli...duduk sideline...kalau rasa ok, then boleh beli...dulu pun orang kata harga rumah dah mahal, tapi harga masih mendaki lagi...sbg contoh: sapa yang beli rumah baru pada 2010 dan siap sekarang, mereka memang enjoy capital appreciation yang agak banyak...padahal dulu masa mereka beli, orang pun kata harga rumah dah terlalu tinggi...

Awek : So awak sokong lah kalau harga rumah terus meningkat? bagaimana pula nasib dengan genuine buyer yang betul2 nak beli rumah tapi tak mampu? kalau awak terus menyokong orang membeli rumah, memang la harga rumah terus meningkat...tapi kalau fikir dari segi keseluruhan, situasi ni tak ethical...sepatutnya kita bantu orang2 yang tak mampu ni beli rumah dengan menurunkan harga rumah...

Aish..awek ni bukak isu ethical la plak ( kata saya dalam hati sambil menggaru kepala)

Saya : Isu ethical atau tidak, saya serahkan pada keadaan pasaran untuk tentukan...begitu juga dengan harga...kalau cik rasa ragu2 dengan pasaran hartanah sekarang, saya advice cik jangan melabur dalam hartanah...ada banyak lagi pelaburan lain yang menarik juga seperti saham, komoditi, precious metal etc...semua pelaburan tu boleh menjana keuntungan dengan syarat kita tahu apa kita buat...sekarang ni wave hartanah masih dalam peringkat mendaki...sama ada cik nak ride the wave atau duduk sideline, its up to u...kalau time kita ride the wave, suddenly kita jatuh lemas...kita kena terima hakikat tu...akan tetapi kalau kita duduk sideline dan kita lihat orang lain ride the wave and make lots of money, jangan kita salahkan orang tu pula sbb dia buat duit atau salahkan kerajaan sebab tak kawal harga rumah etc etc...

(time ni awek tu muka dah masam kot..maybe sebab dia tak dapat info yang dia nak atau dia dah tersalah cakap dengan agent yang macam saya, saya sendiri kurang pasti...)

Awek : ok tape la macam tu...saya nak pusing2 lagi...

Saya : ok silakan...ni phamplet untuk projek cubic sky...ada no saya kat belakang, kalau berminat boleh call ye...

Awek : ( terus berlalu tanpa sebarang kata2)...

Saturday, June 15, 2013

Sessi Ulangkaji (2) : Panduan Pada Hari Lelongan

Salam sejahtera semua! 

Ok kali ini saya akan borak pula tentang persediaan pada hari lelongan. 

Persiapan sebelum lelongan ada saya cerita di sini.

So masa yang ditunggu2 sudah tiba...homework semua dah buat...budget pun dah ditetapkan...so lepas ni apa yang buat ye? 


Pada Hari Lelongan 

Jika pergi bidding sendiri

- Call Pelelong dulu sebelum bergerak ke tempat lelongan untuk pastikan unit yang ingin dibida tu masih berstatus aktif dan bukan call off. Kalau call off, penat je pergi tempat bidding tapi tak boleh nak buat apa2

- Pastikan bank draft dah siap sedia, ic pun dah compile bersama. Jangan pula dah sampai tempat lelongan, ada pula benda yang tercicir.

- Sampai ke tempat lelongan tu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum lelongan bermula. Kalau lelongan mahkamah, lagi elok kalau datang sejam lebih awal. Kita tidak mahu situasi kelam kabut sebab nak kejarkan masa tutup pendaftaran

- Pergi ke kaunter pendaftaran, isi borang yang sepatutnya (jika ada), serahkan bank draft dan ic kepada pegawai pendaftaran lelongan.  Dapatkan pedal bidding. 

- Duduk di dewan lelongan dan tunggu sehingga giliran unit yang ingin dibida tu. 

- Bila lelongan nak mula untuk unit tersebut, pastikan kita faham apa yang telah ditetapkan oleh pelelong ( berapa harga mula, berapa kenaikan harga setiap kali pedal diangkat etc). 

- Lawan lah sehingga limit anda. Kalau ada orang yang bid lebih tinggi, relakanlah... kita tidak mahu membeli rumah lelong dalam keadaan ber emosi. Nanti kelak merana diri...

- So kalau kita kalah, pergi ke kaunter pendaftaran untuk ambil bank draft kita semula dan boleh cuba lagi di masa yang lain. 

- Sekiranya kita menang, pergi ke kaunter pendaftaran dan sign dokumen-dokumen yang diperlukan. Bayar duit stamping ( nilai ni berubah2 mengikut pelelong) dan perbezaan harga deposit jika ada. Kebiasaannya kontrak jualan yang telah di stamp boleh diambil pada 'next working day' di pejabat lelongan tersebut. 


Jika menggunakan agen sebagai wakil

- Part ni saya tak perlu ulas panjang rasanya. Boleh liase dengan agen anda tu sendiri minta dia terangkan hehe...

Thursday, June 13, 2013

Sessi Ulangkaji (1) : Panduan Beli Rumah Lelong

Kebelakangan ini saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan yang baru berjinak dalam bidang pelaburan hartanah lelong. 

Ramai juga yang bertanya soalan-soalan asas seperti bagaimana nak memulakan langkah dalam pelaburan hartanah lelong, bagaimana nak beli rumah lelong etc. 

Kadang tu ada yang call saya dan berbual lebih 20 minit menerusi phone. Saya sendiri kurang pasti sama ada apa yang saya kongsikan itu berkesan atau tidak. 

So saya terpanggil untuk tulis balik blog menerangkan perkara-perkara asas yang perlu diambil tahu oleh para pelabur hartanah lelong terutamanya pembeli-pembeli baru. 

Ok apa langkah-langkah yang terlibat dalam pembelian hartanah lelong ?

Langkah 1

Kenalpasti hartanah yang ingin dibida dan dapatkan alamat penuh hartanah tersebut. 

Jika anda refer blog saya atau menerima mailing list saya, saya dah sediakan alamat hartanah dalam listing tersebut. 

Langkah 2

Dapatkan kontrak jualan daripada pihak agen anda ( saya la tu hehe) untuk mendapatkan butiran-butiran penting dan mengesahkan status lelongan tersebut

Langkah 3

Buat site survey.

Tengok rumah dari luar

Kenalpasti penghuni ( jika boleh)

Dapatkan info tunggakan2 jika ada

Langkah 4

Buat kajian mengikut objektif masing2 seperti mengira kos2 yang terlibat. 

Tetapkan had maksima bidaan

Langkah 5

Sediakan Bank draft mengikut arahan dalam Kontrak Jualan

Sediakan ic pembida

Langkah 6

Tunggu sehingga hari lelongan. Sekiranya anda ingin agen mewakili anda, hubungi agen anda dan maklumkan kepada mereka seawal yang boleh agar agen anda dapat membuat persiapan yang secukupnya.



Sessi Ulangkaji seterusnya : Panduan pada hari lelongan...apa yang perlu anda buat? 



Tuesday, May 21, 2013

Potensi Pulangan Sehingga 250% Dalam Masa 3 tahun!

Salam sejahtera semua!

Haha bersawang lagi blog ni...lebih2 lagi bila hosting pun dah berubah...terpaksa pakai nama lama semula...

This time saya nak post pasal satu projek baru di Shah Alam yang dinamakan Cubic Sky. Dah pernah promote kat FB page tapi ye la kalau post kat FB, posting tu tak stay...so rasanya bagus juga kalau post kan kat sini.

Some details pasal projek tersebut :

Promo slide

Artist Impression

Features of Development




Harga
Dalam lingkungan RM200k ke atas 


Lokasi
Berhampiran dengan JPJ Shah Alam dan Puspakom (High traffic area)
5 minit drive ke I-City Shah Alam, UITM Shah Alam, UNISEL, INTEC etc
5 minit jalan kaki ke KTM Padang Jawa


Ciri2 Menari :
Status : Pegangan bebas ( Susah sebenarnya nak cari Freehold property kat Shah Alam. Ni adalah salah satu daripadanya)
Early Bird Discount (7%)
Bumi Discount (7%)
Yuran Guaman SPA Percuma
Percuma kabinet dapur


BOOKING
RM 5000 sahaja ( full refund sekiranya loan rejected)

Potensi Pulangan
Dari segi Cash on Cash Return (COCR), boleh mencecah sehingga 250% dalam masa 3 tahun! (ASB hanya bagi 8% setahun)



Salah seorang pelanggan Cubic Sky


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh turut serta untuk menikmati pulangan seperti di atas, boleh hubungi saya di 019-2488883 atau email : mdizone@gmail.com

Kita boleh set appointment dan saya akan terangkan potensi pelaburan tersebut. 






Tuesday, March 12, 2013

Rules are made by the Rich, for the Rich...

Cut and paste je dari posting FB...

Buat modal nak update blog hehe...

adeh..dah tercemar skit minda malam ni lepas baca blog yang asyik dok blame pihak lain sbb kekurangan diri...

isunya lebih kepada hak pekerja

antara point yang diutarakan : 

"kerajaan sepatutnya melindungi hak pekerja yang ditindas oleh majikan..pekerja disuruh kerja teruk, long hours dan diberi gaji yang rendah bla bla bla bla...kerajaan hanya tahu melindungi tokey2 besar dan bukan golongan bawahan....tapi ramai golongan pekerja takut nak bersuara dan mengadu kepada pihak2 yang sepatutnya seperti badan pelindung hak pekerja ( ada ke badan ni? aku pun tak sure) sebab mereka takut kehilangan pekerjaan"

ok la..aku tak kata kerajaan betul dalam hal ni...banyak juga kekurangan yang berlaku...

but put that aside, diri kita sendiri...apa yang boleh kita lakukan untuk ubah nasib kita...kalau asyik nak blame pihak luar, bila diri kita sendiri nak maju? memang senang nak salahkan orang lain atas kekurangan diri tapi nak ubah diri untuk jadi lebih baik? tak semua orang sanggup buat...

Bila kita sign surat terima lantikan jawatan, kita dah termaktub di dalam kontrak tersebut...

So kerja lah dengan ikhlas dan sebaik mungkin...kalau ada terma yang majikan langgar, then kita ada hak untuk bawak pergi pengadilan...tade masalah nak tuntut hak kita sebagai pekerja...

Selain dari tu, sedar lah wahai rakan2 sekalian...kat dunia ni, undang2 dibuat oleh orang2 kaya untuk melindungi orang2 kaya...lagi cepat kita faham aturan ini, lebih baik....

Dunia tidak pernah adil...

Bukan senang nak ubah dunia supaya ikut cakap kita...tapi lebih mudah rasanya untuk ubah diri kita ikut apa yang hendak kita capai...

Tak gitu?

Saturday, January 26, 2013

Tips Pelaburan Hartanah - Pakdi


Salam ceria semua! 


Cuti panjang ye kita kali ni...kalau sesiapa yang kerja tu, kalau amik cuti hari jumaat, total ada 5 hari cuti kesemuanya sampai hari isnin depan...



So memandangkan kita dah cuti lama ni, saya tergerak la nak kongsi info kat page ni...tapi ye la nak share apa kan? last2 dapat la tips menarik dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang ( Tulisan Pakdi) tentang pelaburan hartanah. 

Apa yang perlu kita ada sebelum buat pelaburan hartanah? (ni saya tulis secara ringkasan je...kalau nak detail yang lebih, sila dapatkan copy buku tersebut dari pakdi.net ye!

1. Kena tahu apa objektif pelaburan kita. Kita beli hartanah nak buat apa? nak peram? nak jual cepat? strategi apa nak guna etc. Sebab lain objektif, lain strategi nya...

2. Kena ada modal yang mencukupi. Terutamanya kalau anda nak beli hartanah lelong.Saya guna rules of thumb di mana kita perlu ada sekurang2nya 15% nilai cash dari hartanah yang kita nak beli. Cth: kalau nak beli rumah rm100k, kena ada rm15k cash. Lagi banyak lagi bagus

3. Kena ada back up untuk cover installment ( at least 6 bulan) in case rumah kita tu tade penyewa. Ini tidak termasuk modal awal seperti yang di atas. Lagi banyak lagi bagus

4. Kena pilih lokasi yang betul. Namun pemilihan lokasi ni agak subjektif. So mahirkan diri dengan lokasi pilihan anda. Jangan ikut2 orang. Cari lubuk anda sendiri dan jaga lah dengan hemat. 

5. Jangan beli lebih dari harga pasaran. Pelaburan hartanah adalah berdasarkan kira2, bukan emosi. Kita buat duit pada ketika kita beli dan bukan masa kita jual.

6. Beri nilai tambahan. Ini juga satu faktor menyeronokkan dalam pelaburan hartanah. Kita ada banyak cara nak tingkatkan nilai hartanah kita sama ada untuk jual balik atau disewakan. Terpulang pada kreativiti masing2. 

Kalau anda rasa perkongsian ini best, sila klik "like" ye! 

TQ

Credit to : www.pakdi.net

Wednesday, December 12, 2012

Panduan untuk mereka yang teringin berhenti kerja

(saya cut n paste dari posting FB page saya)

Tiba2 terasa nak berkongsi tips kat page ni...

Saya rasa ramai di antara pengunjung page ni yang bekerja makan gaji...

Anda suka kerja anda? gaji pun lumayan? masa flexible? jika anda mengatakan ya pada soalan2 tersebut, maybe tips ni tak berapa significant pada anda ( namun masih lagi berguna..boleh simpan dan apply jika mahu)

Tapi kalau jawapan anda 'tidak', mesti somehow anda teringin nak be
kerja sendiri, tentukan income sendiri, manage masa sendiri dan paling penting, buat benda yang anda suka buat, bukan benda yang orang suruh anda buat...

Akan tetapi tidak ramai yang mampu mengambil tindakan drastik untuk berhenti kerja dan buat kerja sendiri. Banyak halangan yang perlu diatasi dan salah satu halangan adalah faktor kewangan.

So tips saya di sini, kalau anda takut nak berhenti sebab banyak komitmen dan risau tak dapat income yang sama semasa anda bekerja, apa kata anda cuba ada kan simpanan sekurang2nya 6 bulan nilai perbelanjaan bulanan anda. Kemudian pastikan cashflow anda sentiasa positive setiap bulan ( income > expenses ). Buat la apa yang patut ikut kemampuan anda sendiri. Hendak seribu daya, tanak seribu dalih.

kalau rasa susah sangat, mulakan dengan perkara yang kecil dahulu seperti bayar diri anda dahulu atau keep track expenses dan income anda. Semua perjalanan bermula dengan langkah yang pertama. Yang penting niat yang membara dan disusuli dengan tindakan.

Saya pun masih ingat moment saya submit resignation letter saya dulu. Masa awal2 terfikir nak resign memang rasa tak logik. Cuma bila direnung2 kembali, saya dah mula mengambil langkah untuk berhenti kerja since beberapa tahun sebelumnya tanpa saya sedari seperti membuat simpanan, monitor kewangan saya dan membuat pelaburan. Sedar tak sedar, bila saya nak resign tu, keadaan saya tidak lah sesusah mana.

So saya cadangkan kepada anda. Once bila anda dah ada simpanan yang mencukupi dan kewangan anda dalam keadaan yang terkawal, pasti anda akan rasa lebih berani untuk membuat keputusan untuk berdikari.


Friday, December 7, 2012

Big Bad Wolf Book Fair 2012

 Sapa tak pergi memang rugi...


Banyak betul buku...dari sumber yang diperolehi, kali ini ada lebih kurang 3 juta buku akan dijual pada harga yang tak masuk akal...



Range harga buku adalah lebih kurang dari rm6 - rm 30 kot...masa pergi pagi tadi tak sempat nak belek semua buku sebab terlalu banyak...saya hanya fokus kat bahagian business dan selfhelp....



Bayangkan, masa waktu kerja pun masih ramai orang...parking pun dah start sesak...sapa2 yang plan nak pergi time waktu lepas kerja atau waktu cuti, saya ucapkan goodluck ye...



Time ni la terasa seronoknya bila kerja sendiri dan kita tentukan masa kita sendiri..



eh lari topik plak..



Tapi jangan risau..pesta buku ni dibuat selama 18 hari...dari 7 dec - 23 dec 2012...venue : Mines Convention Centre...hari ni hari first...so tak perlu terkejar2...plan jadual anda...



Yang best nya, untuk 3 hari ni ( start today sampai ahad ni), pesta buku ni dibuka selama 24 jam! nak datang kol 3am pun boleh...



Satu perkara yang saya banggakan, untuk pesta buku kali ni, saya dapati semakin ramai bangsa melayu yang datang berbanding pesta buku sebelum ni...ini satu petanda yang bagus...selama ni saya perasan ramai melayu yang lebih prefer ke pesta2 konsert sure heboh la, maharaja lawak la, Akedemi fantasia la...sekarang ni dah ramai yang ke pesta2 ilmu seperti ni....kan best gitu...saya doakan lepas ni lebih ramai melayu akan spend masa untuk ke pesta2 financial pula yang selama ni didominasi oleh kaum lain...aminnn....