Sunday, October 13, 2013

Update Rumah JV Kota Damansara

Salam ceria semua! 

Haha...

Dekat dua bulan blog ni bersawang...Tak pasti la masih ada yang follow lagi ke tak...Harap masih ada la ya...sebab as usual saya memang lebih prefer update di FB Page berbanding update kat blog ni..

So kali ni just nak update skit2 pasal projek JV saya bersama seorang rakan yang bekerja jauh nun di Terengganu.

Partner saya ni dia ada masalah. Beliau ada fund dan boleh buat loan tapi tade masa nak buat pelaburan hartanah dan juga masalah dari segi lokasi. So saya datang sebagai penyelesai masalah dengan menjadi tuan penasihat pelaburan. Part ni nanti saya explain lebih detail di posting lain. 

Berbalik kepada hartanah JV ni, rumah ni dibeli sebelum raya. Sebuah unit kondominium di Kota Damansara. Berjaya dibida pada harga 30% di bawah harga pasaran. Satu hasil yang boleh dibanggakan memandang harga rumah2 di kota damansara memang dah agak mengarut...lebih2 lagi bila projek pembinaan MRT sudah bermula. Sapa2 yang duduk area kota damansara memang terasa perit la sekarang ni sebab jalan jem disebabkan pembinaan tersebut. 

view dari rumah yang dibeli

Baru2 ni rumah ni dah selamat di sewakan. Loan pun tak start jalan lagi. Dapat la extra cashflow rm200 sebulan lepas tolak semua belanja. Kira boleh la tu. Takmo tamak2 sangat. Rumah pun disewa secara basic je. Just tambah kabinet sinki dengan grill. 

Untuk projek ni, kitorang tak pentingkan sangat kat cashflow. Janji lepas bayar duit belanja pun dah happy. Apa yang kami target adalah time exit nanti. Dari congak2 kasar, JV partner saya tu bakal memperolehi pulangan cash on cash return sebanyak 100% dari modal yang dilaburkan. Uish kan banyak tu! ASB pun kasi setakat 8% je setahun. 

sinki lama

sinki baru

Lepas ni saya akan fokus untuk hunting hartanah lelong yang lain pula untuk rakan JV saya yang terbaru. Baru je dapat fund awal bulan ni. Saya tak janji kan pulangan yang bombastik. Saya bukan buat skim cepat kaya. Average return yang saya boleh usaha dapatkan adalah sekitar 20-30% setahun. Itu pun saya tak janjikan 100% akan untung sebab setiap pelaburan pasti ada risiko untung rugi. Apa yang saya offer hanyalah pengalaman saya dalam bidang hartanah lelong. Dengan pengalaman yang saya ada, kita boleh sama2 mengurangkan risiko. 

1 comment:

salfhi said...

table top tu material apa bro? kos?