Monday, July 15, 2013

Pelaburan Hartanah : Projek Baru VS Lelong

Satu isu yang menarik...

Mana satu lagi best untuk investment? 

Geng yang layan lelong akan kata new project ni risky...

geng yang layan new project plak akan kata sebaliknya untuk hartanah lelong...

so mana satu yang betul ni? 

Ramai yang akan blur dan ragu2 nak buat pelaburan hartanah terutamanya pelabur2 baru...

Saya nak ulas panjang2 berkenaan topik ni pun rasanya tak cukup nak muat dalam satu posting blog. Ilmu yang saya ada pun tade la hebat mana. Cuma kalau nak sentuh isu ni secara permukaan maybe boleh la kot.

Mari kita compare kedua nya dari segi baik buruk

New Project

Kebaikan

- Downpayment rendah ( minimum capital)
- ada diskaun2 menarik
- developer include pakej2 menarik seperti free kitchen cabinet, aircond etc etc
- boleh dapat bulk discount kalau beli ramai2
- peluang untuk enjoy capital appreciation yang banyak ( kat sini ramai pelabur projek baru buat duit kaw2 punya)

Keburukan

- ada potensi projek terbengkalai ( memang nightmare pelabur hartanah)
- tade track record tentang potensi pulangan rental 
- banyak bergantung kepada faktor kitaran pasaran (faktor luar kawal)
- kebiasaanya bila siap, rental income susah nak cover kos bulanan (installment, maintenance etc)
- sekarang ni harga rumah baru memang mahal...di luar jangkaun ramai pelabur terutamanya pelabur2 baru


Hartanah Lelong

Kebaikan

- potensi untuk beli hartanah di bawah harga pasaran (kunci utama pelabur untuk buat duit)
- ada track rekod yang boleh dikaji
- rumah dah siap ( tade risiko terbengkalai)
- banyak faktor boleh dikawal ( kadar sewa, berapa harga nak bid etc)


Keburukan

- capital besar ( seeloknya kena ada cash dalam 20% dari harga rumah yang ingin dibeli)
- rumah hancur, kos repair tinggi
- tunggakan2 yang tinggi
- owner lama tanak keluar
- nak kena lawan bidding ( sekarang ni lagi susah nak menang rumah lelong pada harga yang munasabah sebab persaingan terlalu sengit). Kena persistent kalau nak dapat rumah lelong. kalau setakat cuba sekali dua pastu give up, toksah beli rumah lelong..sila simpan duit dalam asb/ tabung haji/fix deposit dan gunakan masa yang ada tu untuk buat benda lain.


Kesimpulan

Saya ada kenalan pelabur hartanah yang melabur dalam hartanah lelong dan juga new project. Memang beliau buat duit kaw2 punya. Untuk new project, beliau enjoy capital appreciation yang besar dengan modal yang sikit. Bayangkan berapa % pulangan apabila untung rm100k ( gross profit ) bila rumah tu siap dengan hanya bermodalkan beberapa ribu ringgit sahaja ( tak sampai rm10k kot)... ni kes betul ni, bukan simulation...

Untuk hartanah lelong pula, beliau masih buat untung yang agak handsome dari segi rental dan juga profit bila jual ( beli harga below market). Beli rumah harga rm70k, market value sekarang dah rm160k, positive cashflow dari rental dalam rm400 sebulan...best juga kan? 

So pada saya, sebagai pelabur hartanah yang bijak, kita kena tahu strategi mana nak guna untuk capai matlamat kewangan kita...tidak kira sama ada new project atau hartanah lelong...dua2 cara tu memang boleh buat duit kalau kena gayanya...kalau dapat sinergykan, lagi ganas potensi pulangan yang kita boleh capai...




1 comment:

Unknown said...

bagi aku dua2 pun bagus tengok atas selera masing2, cuma pendapat aku kalau new launch sekarang ni kena lebih hati2... keadaan dah x macam dulu. Kalau beli sekadar ikut-ikutan boleh jadi parah nanti. Banyak rumah baru siap yang dah tak mampu bagi +cash flow... defisit lagi ada la. Satu lagi faktor kena consider putaran krisis ekonomi yang dijangka pada sekitar 2016-2018.

just my 2 cents.