Wednesday, April 18, 2012

Mitos2 dalam Pelaburan Hartanah

Salam Sejahtera semua!

Saya terbaca satu artikel menarik yang ditulis oleh Mr CK Wong, seorang pelabur hartanah yang berada di Sabah. Boleh refer posting beliau di sini.

Beliau menulis dalam English so saya cuba olah balik dalam BM.

Berikut adalah antara mitos yang sentiasa menghantui pelabur2 yang baru hendak berjinak2 dalam pelaburan hartanah :

Mitos 1 : Pelaburan Hartanah memerlukan modal yang sangat besar
Mitos 2 : Semua penyewa adalah penyewa yang jahat
Mitos 3 : Hanya beli hartanah pelaburan yang sempurna
Mitos 4 : Tunggu sehingga good deal datang ke riba

Mitos 1 : Pelaburan Hartanah memerlukan modal yang sangat besar

Memang tidak dinafikan, satu isu besar yang dihadapi oleh pelabur yang baru berjinak adalah modal awal seperti deposit, kos legal, kos baik pulih etc. Jika dikira secara kasar, seeloknya kita perlu ada modal awal dalam lingkungan 20% dari harga rumah yang hendak dibeli. Namum ini tidak bermakna kena ada sehingga puluhan ribu untuk mula membeli hartanah. Jika anda tahu caranya, beli hartanah dengan tanpa modal(atau kos yang amat minima) pun boleh dilakukan.

Cuma saya tidak galakkan anda terus mencari teknik beli rumah tanpa modal sebelum anda mampu membeli rumah dengan modal. Ini adalah kerana asas pelaburan yang berjaya adalah pengurusan kewangan yang baik. Jika modal awal pun anda tidak mampu lakukan, adakah anda fikir anda mampu mengawal aliran tunai pelaburan anda dengan baik?

Mula dengan asas yang kukuh dahulu. Bila dah handal nanti, baru guna pakai teknik2 yang lebih advance.

Mitos 2 : Semua penyewa adalah penyewa yang jahat

Ramai orang cerita tentang masalah buruk mereka untuk berurusan dengan penyewa. Penyewa tak bayar sewa, penyewa lari malam, rosakkan hartanah, curi barang dalam rumah etc etc. Kalau cerita di sini memang tidak akan habis. Akibat dari cerita sebegini, ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengatakan pelaburan hartanah bukan untuk mereka.

Namun adakah anda tahu, mengikut pengalaman saya sendiri, secara anggaran hanya 10% sahaja penyewa di luar sana yang membawa 1001 satu masalah. Baki 90% yang lain merupakan penyewa yang bagus dan boleh diharap.

Kunci utama di sini adalah untuk belajar teknik pengurusan penyewa bermula dari peringkat pemilihan sehingga ke peringkat menamatkan sewaan. Ramai orang yang gagal mendapatkan penyewa yang baik sebab mereka ambil mudah perkara ini. Bila dah terkena, baru nak kecoh2 heboh satu kampung cakap penyewa mereka jahat.

Adakah hanya kerana 10% penyewa yang jahat, anda memilih untuk membuang mengabaikan 90% penyewa yang baik di luar sana?

Mitos 3 : Hanya beli hartanah pelaburan yang sempurna

Tidak saya nafikan, mungkin ada pelaburan hartanah yang sempurna di luar sana. Harga amat murah, lokasi strategik, penyewa yang sempurna, hartanah terjaga rapi etc. Namun jumlah nya amat2 sedikit dan jarang untuk kita jumpa. Malah jika hartanah tersebut sangat sempurna, adakah anda ingat anda seorang sahaja yang ingin memilikinya? Tidak logik kan? Berebut lah korang nanti.

Sekiranya satu pelaburan hartanah tersebut memenuhi 70-80% dari kriteria kita, ianya sudah cukup bagus. Bertindaklah. Jangan tunggu hanya kerana hendakkan pelaburan yang 100% memenuhi kriteria kita. Sebab masa berjalan. Masa yang sudah terlepas tidak akan kembali lagi.

Akan tetapi jika apa kriteria kita pun kita tidak tahu, jangan beli dahulu. Back to the drawing board. Jangan beli sebab orang lain pun beli. Tu namanya cari nahas.

Mitos 4 : Tunggu sehingga good deal datang ke riba

Mitos ini agak berkait dengan mitos 3. Ramai yang hendak melabur tetapi malas hendak mencari. Selepas gagal 3-4 kali, terus nak mengalah. Nak duduk diam2 tapi nak dapat duit. Waduh2 !

Pelaburan hartanah yang baik perlu dicarik. Kena rajin. Benda ni merupakan satu proses. Dari 100 hartanah yang kita lihat, hanya 10 yang boleh dikaji dengan lebih mendalam. Dari 10 tersebut, hanya 3 yang sesuai untuk dikejar sehingga dapat. Dari 3, cuma 1 yang kita dapat. Ianya adalah permainan nombor. Lagi banyak anda carik, lagi banyak pelaburan yang baik akan anda perolehi.

Saya juga sentiasa menerima permintaan2 seperti berikut " bro, kalau ada rumah dalam range 20-30% below market yang bagus untuk pelaburan, pastu boleh buat mark up loan, tolong sound aku k, aku nak beli". Jika anda di tempat saya, apa yang anda akan lakukan agak2nya? Hehehe...


Mitos2 di atas perlu diubah dari minda fikiran kita jika kita ingin berjaya dalam pelaburan hartanah. Saya tidak nafikan bukan mudah untuk kita berubah sekelip mata namun anggap ia sebagai satu proses mematangkan diri. Lagi selalu anda buat, lagi mudah untuk anda di kemudian hari.

Lagi satu, bertindak sekarang! Jangan tunggu2 sampai anda rasa 'bersedia'. Memang sampai bila2 anda tidak akan bersedia. Paling busuk pun mulakan dengan membaca buku2 pelaburan yang berkaitan. Jika itu pun anda malas nak buat, pergi main jauh2. Teruskan buat apa yang anda buat sekarang dan jangan mula melabur sebab kelak duit anda yang akan hangus sendiri.




2 comments:

sourplum said...

salam bro,

safuan ni. ape kaba? lama x menegur ko ni

sibuk ng bisnes ke

mdizone said...

salam safuan, biasa la bz2 macam tu...cari rezeki...wasap bro? apa cer?