Mentor ni tak semestinya satu sahaja. Ianya bergantung kepada bidang apa yang kita hendak ceburi. Kalau kita suka masakan, carilah mentor yang handal dalam bidang masakan. Sama juga dengan bidang kewangan. Kalau kita nak berjaya dalam bidang kewangan/pelaburan, cari mentor yang dah berjaya dalam bidang tersebut.
Yang menjadi masalah, bila kita bertanya pada orang2 yang salah. Biasanya rakan2 sekeliling sebab kita lebih selesa bertanya dengan rakan2 kita. So hasilnya kita mendapat nasihat yang salah atau kurang berkesan.
So macam mana nak carik mentor ni? ada banyak cara. Salah satu cara ialah pergi ke seminar2 atau gathering2 yang berkaitan dengan bidang yang ingin kita ceburi dan berjaya. Kat internet pon ada banyak forum2. Mula kenalkan diri kita dengan orang2 yang dah berjaya dalam bidang tersebut. Belajar cara mereka bekerja. Rajin bertanya. Dapatkan nasihat dan pandangan mereka. Kalau kita tunjukkan kesungguhan, pasti ramai yang akan menolong.
Di luar sana, ramai yang suka lihat kegagalan kita berbanding yang mahukan kita berjaya. So berhati2 dengan siapa kita dapatkan nasihat dan pandangan.
No comments:
Post a Comment