Friday, April 15, 2011

The words we use...

Semalam aku join roadshow mortgage consultant kat TM. Tak lama pun sebab mmg nak jumpa client untuk sign LO. Dah alang2 ada kat situ, aku amik kesempatan distribute flyer, mana la tau kot2 ada rezeki dapat client baru.

Masa tengah2 kasi flyer tu, terserempak plak ngan member lama. Vender masa keje kat TM dulu. Dah lain dah dia sekarang. Dah kurus. Keje pun kat tempat baru. Alhamdulillah, sure rezeki lagi masyuk...

So bila dah jumpa tu, sembang2 la kejap, update2 citer...

Mr A : Apa ko buat kat sini? ko sekarang dengan mortgage consultant ni ke?

Aku : Haah. Saje wat keje2 sampingan.

Mr A: Eh ko tak keje ngan TM lagi dah ek? Bila ko benti? Sekarang buat apa?

Aku : Eh dah lama aku quit TM. Dah setahun lebih. Sekarang ni aku jadi property agent. Lelong boleh, subsale boleh, nak uruskan mortgage pn boleh.

Mr A : Ooo... Ko ngan syarikat mana sekarang? Syarikat listed ke? (mungkin dia tak perasan kat part agent yang aku sebut di atas)

Aku : haa sat...aku kasi namecard..aku ngan Chester Properties ni...(sambil kasi namecard)

Mr A: Ooo...berapa BASIC GAJI dia kasi?

Aku : Eh mana ada basic bro...income aku dari komisyen je...

Mr A : Wah ! Berani ko ek? Apsal ko benti TM? Tak takut ke ?

Aku : Tade la berani apa pun bro, lebih kepada nak mencari hala tuju baru dalam hidup. Lagi pun seronok gak keje aku sekarang ni. Income aku UNLIMITED. Kalau rajin, lagi banyak income aku boleh dapat provided rezeki tu ada la. Aku yakin REZEKI tu ADA DI MANA2 so tade la nak risau sangat. Selain dari tu, aku BEBAS nak buat apa yang aku suka, takyah nak kena ikut arahan2 bos. Masa kat TM dulu, basic aku tak tinggi pun tapi komitmen dah bertambah sebab berkeluarga. Wife pun tak keje, so aku kena fikir panjang skit untuk masa depan.

Mr A : Oooo...tapi berani ko ek, tade BASIC GAJI...ko tak TAKUT tade duit bulan2...nanti payment2 sewa rumah, kete etc sumer sangkut...

Aku : Iallah setakat ni Alhamdulillah, masih boleh diuruskan. Masa aku nak quit dulu, aku dah buat PLANNING siap2. Tade la nak main terjun tiruk ke. Saving emergency aku dah ada cukup untuk beberapa bulan just incase aku tade income. Pastu hutang2 ngarut aku tade atau dah elimate. Credit card memang clear. Hutang rumah tade (sebab menyewa je). Yang ada pun hutang2 rumah yang orang lain bayarkan. Yang ada sekarang ni pun hutang kereta je. Tu pun tak lama setakat 5 tahun. Ni dah tinggal 3 tahun. Tu yang rasa macam boleh diuruskan. Perasaan takut tu memang sentiasa ada. Aku pun manusia biasa juga. Cuma bila datang rasa takut tu, aku convert perasaan tu jadi energy untuk aku bekerja dengan lebih keras dan bijak lagi.

Mr A : Oooo...tapi tu la, memang ko berani sebab tade BASIC GAJI...kalau tade gaji tetap bulan2, macam mana nak bayar komitmen...( maybe bercerita tentang keadaan dia sebab mata dia tengok lantai)..

Eh ok la bro, aku kena gerak ni..nak jumpa orang...btw nice to meet u again today...

Aku : Ok2 ...sila2...

Lepas tu kitorang seperate n aku pun meneruskan keje2 aku distribute flyer...

Perasan tak kat perbualan di atas. Bila aku recall balik, aku teringat buku Rich Dad Poor Dad yang aku baca dulu. Different quadrant have different set of WORDS they use in their daily life. Baru sekarang aku perasan. E quadrant atau employee gunakan words yang reflect kepada SECURITY atau JAMINAN. Orang2 yang keje sendiri dimotivasi oleh KEBEBASAN.

Disclaimer : Post ni bukan nak point out quadrant mana lagi bagus dari quadrant yang lain ye! Setiap group ada kekuatan dan kelemahan masing2. Post ni lebih kepada nak menunjukkan perbezaan perkataan yang digunakan dalam seharian. Setiap individu ada pilihan masing2. Kalau kita pilih untuk ada jaminan, kita keje la dengan orang preferably Kerajaan atau GLC. Kalau kita pilih kebebasan, keje la sendiri atau buat bisnes tapi bersedia untuk tanggung risiko boleh terlingkup. Yang penting kita buat PILIHAN dan bertanggungjawab di atas pilihan yang kita buat dan JANGAN MENGELUH jika pilihan yang kita buat itu tidak tepat. Life goes on....

6 comments:

abang ensem said...

Caya la bro. Menarik citer ko ni..

aBu said...

aku pn suke cerite ini ~

mdizone said...

terima kasih...terima kasih... :D

Matjoe said...

interesting entry. cayalah org2 mcm ko. yg penting buat keje anda suka utk buat

mdizone said...

yes mat joe...thats my point...tade masalah sama ada nak makan gaji atau keje sendiri...dua2 cara pon boleh kaya dan dapat financial freedom juga...

yang penting kita mesti suka dengan apa yang kita buat...bukan keje sebab terpaksa...theres no fun kalau keadaan keje terpaksa ni...kita sentiasa ada pilihan dan jangan salahkan keadaan jika pilihan yang kita buat tidak menggembirakan kita...

nuestra familia said...

Best entry kau kali ni Izwan, kebetulan pulak aku tengah baca buku Cashflow Quadrant by RT sekarang. Memang sebijik macam dalam buku..