Wednesday, February 16, 2011

Jalan2 Cari Makan - Penang Part 2

Sambungan dari Part 1

Ni citer hari kedua plak...Sebelah pagi, tade banyak aktiviti yang dirancang selain dari bfast n pergi mandi swimming pool.Anak aku dari semalaman dok bising nak cwimming.Siap kena beli floaty baru sebab yang sedia ada tertinggal kat rumah. Sementara anak aku membzkan diri cwimming, aku pun layan baca paper sambil menikmati ketenangan di area pool.Seronok gak sekali sekala lepak macam ni. Sambil2 lepak tu, boleh carik ilham cemana nak improve bisnes.






Sebelah tengah hari plak, aku bawak famili aku g Taman Rama2 di Teluk Bahang. Atas skit je dari Batu Feringgi. Saje aku pilih pergi Taman Rama2 sebab malas nak lepak tepi pantai. Cuaca kat Penang sekarang ni sangat panas. Boleh pening kepala beb.

Taman Rama2 ni pun dah banyak diupgrade. Dah makin cantik dan bersih. Cuma harga tiket pun dah naik la jugak. Dulu seingat aku, harga tiket dalam RM10 ringgit je untuk satu dewasa. Sekarang ni dah RM18. Ramai jugak orang yang datang. Majoriti pelancong luar. Parking boleh penuh plak. Padahal time ni bukan peak season. Kalau time peak, aku rasa kena parking tepi jalan kot sbb tak muat. Overall aku puas hati la dengan tempat ni. Anak aku pun seronok main kejar2 dengan rama2 yang banyak tak hingat tu. Tade pun dia takut ke apa. Siap marah2 sbb rama2 tu tanak hinggap kat tangan dia hehe...









Ok back to the food story. Lepas setel sessi kat Taman Rama2, aku terus bawak famili aku ke Padang Kota. Nak cover balik hasrat semalam yang terbantut sebab kedai tu tutup. Time ni cuaca memang sangat panas. Terik giler. Time2 panas macam ni la kalau dapat pekena Coconut Shake memang terangkat habisss..So bila dah sampai Padang Kota tu, tade nak buang masa, terus order Mee Sotong pinggan besar (RM6) dan 3 gelas Coconut Shake (RM2.50 each)...




Lepas setel dengan mee sotong n coconut shake, kitorang terus balik hotel n collapse. Kombinasi antara cuaca panas, kepedasan mee sotong dan ice freeze coconut shake telah membuatkan kepala pening dengan begitu hebat tapi ia tidak mematahkan semangat untuk terus mencari makanan2 sedap kat Penang ni.

Untuk minum petang, kitorang ke Jalan Penang untuk menikmati Sup Hameed. Sup yang tidak pernah mengecewakan. Bila dah petang ni, cuaca pun agak sejuk dan macam nak hujan. Maka pilihan sup memang sangat tepat. Sup Hameed ni ada macam2 option. Ada sup ayam, sup daging, sup puyuh etc. Biasanya aku akan pilih sup puyuh je dengan roti. Memang faveret aku everytime aku datang sini. Cuma harga dia macam dah mahal skit tapi takpe la janji puas hati.



Untuk dinner plak, haa ni la ultimate food yang kitorang target since sebelum gerak dari Penang lagi. Kedai yang terletak bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Nama kedai pun dah menggambarkan kehebatan makanan dia. Kedai Nasi Beratur. Nama tu tak tipu beb. Memang kena beratur panjang tak hingat. Kedai ni plak start pukul 10pm tapi since dari 930pm line dah pun panjang.Jenuh jugak la aku beratur nak tunggu turn order makanan. Mau sejam gak la. Memandangkan anak aku dah meragam time tu, terpaksa aku bungkus bawak balik makan kat hotel. Dah la tengah kelaparan. So tak sempat aku nak snap gambar lauk2 yang aku pilih. Terus selamat masuk perut :P




Keesokan harinya tade apa yang menarik aku nak citer. Hari perjalanan balik. Bfast pon kat hotel je pastu terus cabut balik KL.

Lepas ni nak plan jalan2 cari makan kat tempat lain plak. Banyak lagi pilihan kat Malaysia ni. Kelantan, Johor dan Penang. Maybe Kelantan kot pasnie? hmmm...


3 comments:

Anonymous said...

asa salam.. nasi beratur memang sedap di makan menjelang mlm (lepas kul 10pm) kalu ada keje kat penang mesti singgah untuk supper. kalu penat nak beratur duduk kat meja pas tu order. nanti dia orng hantar kat meja,. ckp nak lauk apa jeee.Org yg beratur tu slalu nak bungkus.Org luar selalu gi beratur nak makan kat situ. lain kali mai penang .duduk pas tu order.insyaalah cepat dpt mkn.

Anonymous said...

Bro, taste kita sama la...tempat2 mkn tu memang best, tp ko tertinggal beberapa tempat must visit...cendol @ penang road, best tandoori at rest kapitan, and don't forget mee udang n char kue teow @ sg dua, tp ni kat belah prai la, not in island...

mdizone said...

haha...mmg ada a few places lagi tapi mmg tak sempat nak sapu sume...time agak limited..tpe next time kalau ada rezeki nak try tempat lain pula :)