Hutang busuk? betul ke penggunaan perkataan aku tu? Actually aku nak maksudkan "Bad debt"...selalu orang guna perkataan english untuk hutang yang tidak baik...tapi kalau guna 'hutang busuk' pun macam menarik juga...
Ramai yang tahu hutang busuk ni apa benda kan...hutang busuk ni kira macam consumer debt la...hutang2 yang tidak memberi peningkatan nilai sebaliknya mengalami penyusutan nilai...antara hutang2 busuk yang common ialah hutang kad kredit ( beli barang2 yang susut nilai macam pergi bercuti, shopping baju etc) , hutang court mammoth dan seangkatan dengannya dan hutang kereta yang digunakan untuk kegunaan peribadi...
Pada rakan2 ku yang tiap2 bulan sesak dengan hutang2 ni sampai takleh nak bernafas, aku tolong la kasi tips cemana nak hapuskan masalah ni. Aku amik tips ni pun dari pembacaan so aku takleh nak claim tips2 ni aku yang punya..aku cuma tolong sampaikan je..walaupun rasanya dah banyak kali cakap pasal benda ni, tapi elok kita ulang2 sebab manusia ni mudah lupa...baca hari ni, kalau tak amalkan , esok lusa konpem lupa balik..pastu kena ingatkan lagik..macam tu la ulang2...dah nama pun manusia...
Sebelum aku mulakan, aku nak remind la. Benda ni memang perlukan perubahan dari segi tingkahlaku/perbuatan dan juga kepercayaan. Tanpa perubahan dua perkara ni, memang konpem la korang takleh nak lepaskan diri dari cengkaman hutang busuk ni. Kalau rasa masih takleh nak ubah, baik takyah baca posting ni, buang masa je korang je. Baik korang g shopping mall n teruskan spending spree korang tu. At least dapat gak instant gratification kan :p
So now is the tips:
1. Buat deklarasi komitment
Tulis kat atas kertas apa yang korang nak capai. Katakan bebas hutang busuk pada tarikh sekian sekian dan kenapa korang nak jadi orang yang bebas hutang busuk.Lepas dah tulis tu, share dengan orang terdekat yang korang percaya supaya ada orang boleh tolong ingatkan incase korang lupa. Benda ni sebenarnya sangat powerful sebab melibatkan subconsious mind..
2. Kenalpasti kita di mana
Untuk sampai ke tempat yang hendak dituju, kita kena tahu kita berada di mana pada ketika itu dan buat plan untuk sampai ke tempat yang kita nak sampai. Di sini, kita senaraikan hutang2 busuk yang kita ada, lengkap dengan semua details seperti jumlah hutang, kadar faedah etc.
3. Prioritize
Bila dah ada senarai tu, kita pilih hutang mana kita nak hapuskan dulu. Biasanya ada dua cara. Cara pertama ialah hapuskan hutang yang kenakan faedah yang tertinggi (biasanya hutang credit card). Cara kedua, hapuskan hutang yang berjumlah paling kecil dan diikuti dengan hutang yang berjumlah lebih besar. Kedua2 cara ni ada kesan psikologi yang berbeza. So terpulang la pada korang nak pilih cara yang mana.
4. Buat rancangan perbelanjaan.
Nak cepat hapuskan hutang, kita kena ada plan. Tanpa plan yang proper, susah korang nak buat pembayaran balik hutang2 busuk tu. Key utama di sini ialah untuk membayar lebih dari bayaran minima bulanan. Lagi banyak lagi bagus. Kalau kena ikat perut dan jiwa pun, ikat la. Janji hutang2 tu terhapus cepat dan tidak bertambah.
5. Buat SEKARANG!!!!
Haa jangan cakap banyak.Banyak pulak tapi tapi nya..Selagi korang asyik mengeluarkan alasan, selagi tu la korang takkan dapat hapuskan hutang busuk korang tu. Mulakan dengan listkan hutang2 korang tu, dan buat plan. Kejap je nak buat benda tu. Kurang sejam dah boleh siap kalau cukup sumer info. Pastu stick to the plan.
6. Kekalkan momentum
Biasanya benda ni susah pada awal2 sahaja. Bila dah mula bergerak, korang akan rasa lebih senang untuk teruskan plan korang tu di masa2 seterusnya. Selagi korang stick to the plan, iallah hutang korang akan terhapus juga. Cepat atau lambat tu bergantung pada korang sendiri .Yang penting, korang bebas juga akhirnya.
7. Simpan duit dan jangan buat hutang busuk lagi.
So katakan korang dah berjaya hapuskan hutang korang tu. Perasan tak bila hutang dah habis, korang ada extra cash yang boleh disimpan (korang dah terbiasa hidup dengan duit baki yang tinggal lepas tolak duit yang digunakan untuk bayar hutang). So duit extra untuk bayar hutang tu korang boleh dump dalam saving account. Tak kisah la korang nak letak dalam tabung haji ke, asb ke, saving biasa ke. As long jangan letak kat skim cepat kaya udah le. Bila dah ada saving ni, baru la korang boleh merangka2 untuk membuat pelaburan pula.
So pada rakan2 yang ada masalah hutang busuk ni, jangan la berangan nak start buat investment selagi masalah hutang ni korang tak setelkan. It is about mindset and habit sebenarnya. Kalau korang tak berjaya nak setelkan masalah hutang busuk ni, how do u expect u can succeed doing investment? dapat duit banyak pon korang akan joli kan jugak pastu sedar2 u r in a bigger deep hole berbanding sebelum ni.
Oh ya! jangan jadi orang yang gali lubang tutup lubang...unless korang tahu apa yang korang buat...lagi elok, mintak nasihat CFP (certified financial planner) yang bertauliah. Bukan ajen2 yang menjual produk kewangan ye! Ada beza tu...
(disclaimer : tips2 ni aku dapat dari pembacaan majalah SME keluaran september 2010 di bawah tajuk Be Debt Free)
3 comments:
Info yang menarik, yg penting amalkan...
menarik ni..yg paling penting kena displin ..
betul tu...disiplin dan mindset merupakan kunci utama kejayaan untuk bebaskan diri dari hutang busuk..tanpa dua benda tu, kasila tips hebat macam mana pun..konpem tak jalan punya...
Post a Comment