Monday, August 30, 2010

Lelongan Awam 26 august 2010

Khamis lepas aku telah menghadiri satu sessi lelongan di NSTP Jalan Riong, Bangsar. Lelongan ini telah dijalankan bagi pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dimana terdapat 3 pelelong yang terlibat iaitu Pro Auction House, Ehsan dan Property Auction House (PAH). Client aku membida satu unit apartment di Shah Alam, under Pro Auction House.

Aku bernasib baik sebab Pro Auction House start dulu. Tak perlulah aku tunggu lama2. Pastu aku budget tak ramai bidder untuk unit ni sebab unit ni tade la fames mana pun. Terceruk jugak la tempat dia. Memang aku budget tak ramai yang tahu pun kewujudan apartment ni.

Sekali bila tiba time untuk bidaan unit ni, ada 5 bidder la plak. Aih? Tempat tak fames pon nak kena lawan gak ke? Budget client aku tade la tinggi mana pun. Ni yang buring ni. Memang nasib tak menyebelahi client aku. Dari RP rm59k, naik sampai rm70k. Budget client aku just sampai rm66k je. Cuma rasanya boleh lawan lagi tu sebab market dalam RM100k dan kawasan ni memang nampak sedang membangun. Ada potensi untuk peningkatan sewa dan juga harga rumah. Tape la at least dah belajar something pasal potensi perumahan kat situ. Orang dah mula celik mata dan tempat tu dah mula ada demand.

Nasib baik lelongan ni aku tak berseorangan. Tuan bri dan Mat Joe pon turut serta sekali. So dapat la berborak2 dengan diorang. Tu pun tak lama sangat sebab lepas auction, aku terus bergerak ke Menara TM sebab nak distribute flyer untuk khidmat Mortgage Consultant. Jadi macam salesman bergerak plak kasi2 flyers kat orang. Sonok gak buat keje pelik sekali sekala. Boleh belajar skill baru. Mula2 tu memang segan la jugak, tapi kejap je. Once dah agak familiar, selamba je kasi2 flyers kat orang. Ada yang layan, ada yang tak amik. Yang lari jauh2 pun ada hehe..kelakar sungguh. Apa2 pun, aku memang beruntung sebab ini lah peluang aku untuk belajar satu skill yang penting dalam life iaitu Sales skill.

Keje kasi flyers ni pun tade la lama sangat. Dalam sejam lebih je aku kat lobi TM tu. Pastu aku chow sebab flyers pun dah habis. Pastu aku terus lepak kat ofis lama, jumpa ex ex ofismate. Sonok dapat catch up balik progress masing2. Cuma yang tak bape sonok, agak banyak plak citer depressing yang aku dengar tapi aku tanak la panjang2kan citer tu. Tak elok plak. Cuma aku harap keadaan di tempat kerja lama aku tu akan menjadi lebih baik di masa akan datang...

Mat Joe aka Otai Blog


Tuan Bri yang fames




9 comments:

pak wan said...

hehehe citer bagi pamplet brochures tu sama la pengalaman.. memula malu pastu selamba jek kehkehkeh...

mdizone said...

Time kasi flyers tu ada gak jumpa rakan2 lama...ramai yang terkejut bila diorang jumpa aku kasi flyers...taktau la apa yang diorang fikir...ada yang bernada simpati, ada yang bernada cynical, tapi tak kurang juga yang memberi sokongan..memang seronok :)

yang bernada simpati n cynical tu la yang kelakar...maybe diorang fikir " kesiannya, dulu dah elok2 keje TM, sekarang terpaksa jadi jurujual" ..tapi ramai yang tak nampak kalau kena gaya buat sales ni, selamba je nak challenge income head of department..nk dapat sampai level head tu pun terpaksa struggle kalau climb corporate ladder...

Unknown said...

wat selamber jer... aku pun pernah edar flyers kat mydin kt...:)

Farid Adam said...

lama tak masuk auction...tunggu duit modal membuak2 balik...huhu

semang said...

nko distribute kat aweks2 yg comei jer ker....hehehee.....

mdizone said...

aisey semang...jangan la kantoi kan aku..hehe

sourplum said...

2 x aku msuk area banting. dua2 kalah.. haha

Matjoe said...

haha, aku datang nak ambik feel. x sangka lak ko ngan bri ada. cayalahh

mdizone said...

sourplum : ish area banting pon boleh kalah gak ek? hebat sangat dah demand lelong sekarang ni...

matjoe : lepas ni boleh terus masuk bid la kot..feel dah ada hehe...