Thursday, June 13, 2013

Sessi Ulangkaji (1) : Panduan Beli Rumah Lelong

Kebelakangan ini saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan yang baru berjinak dalam bidang pelaburan hartanah lelong. 

Ramai juga yang bertanya soalan-soalan asas seperti bagaimana nak memulakan langkah dalam pelaburan hartanah lelong, bagaimana nak beli rumah lelong etc. 

Kadang tu ada yang call saya dan berbual lebih 20 minit menerusi phone. Saya sendiri kurang pasti sama ada apa yang saya kongsikan itu berkesan atau tidak. 

So saya terpanggil untuk tulis balik blog menerangkan perkara-perkara asas yang perlu diambil tahu oleh para pelabur hartanah lelong terutamanya pembeli-pembeli baru. 

Ok apa langkah-langkah yang terlibat dalam pembelian hartanah lelong ?

Langkah 1

Kenalpasti hartanah yang ingin dibida dan dapatkan alamat penuh hartanah tersebut. 

Jika anda refer blog saya atau menerima mailing list saya, saya dah sediakan alamat hartanah dalam listing tersebut. 

Langkah 2

Dapatkan kontrak jualan daripada pihak agen anda ( saya la tu hehe) untuk mendapatkan butiran-butiran penting dan mengesahkan status lelongan tersebut

Langkah 3

Buat site survey.

Tengok rumah dari luar

Kenalpasti penghuni ( jika boleh)

Dapatkan info tunggakan2 jika ada

Langkah 4

Buat kajian mengikut objektif masing2 seperti mengira kos2 yang terlibat. 

Tetapkan had maksima bidaan

Langkah 5

Sediakan Bank draft mengikut arahan dalam Kontrak Jualan

Sediakan ic pembida

Langkah 6

Tunggu sehingga hari lelongan. Sekiranya anda ingin agen mewakili anda, hubungi agen anda dan maklumkan kepada mereka seawal yang boleh agar agen anda dapat membuat persiapan yang secukupnya.



Sessi Ulangkaji seterusnya : Panduan pada hari lelongan...apa yang perlu anda buat? 



Tuesday, May 21, 2013

Potensi Pulangan Sehingga 250% Dalam Masa 3 tahun!

Salam sejahtera semua!

Haha bersawang lagi blog ni...lebih2 lagi bila hosting pun dah berubah...terpaksa pakai nama lama semula...

This time saya nak post pasal satu projek baru di Shah Alam yang dinamakan Cubic Sky. Dah pernah promote kat FB page tapi ye la kalau post kat FB, posting tu tak stay...so rasanya bagus juga kalau post kan kat sini.

Some details pasal projek tersebut :

Promo slide

Artist Impression

Features of Development




Harga
Dalam lingkungan RM200k ke atas 


Lokasi
Berhampiran dengan JPJ Shah Alam dan Puspakom (High traffic area)
5 minit drive ke I-City Shah Alam, UITM Shah Alam, UNISEL, INTEC etc
5 minit jalan kaki ke KTM Padang Jawa


Ciri2 Menari :
Status : Pegangan bebas ( Susah sebenarnya nak cari Freehold property kat Shah Alam. Ni adalah salah satu daripadanya)
Early Bird Discount (7%)
Bumi Discount (7%)
Yuran Guaman SPA Percuma
Percuma kabinet dapur


BOOKING
RM 5000 sahaja ( full refund sekiranya loan rejected)

Potensi Pulangan
Dari segi Cash on Cash Return (COCR), boleh mencecah sehingga 250% dalam masa 3 tahun! (ASB hanya bagi 8% setahun)



Salah seorang pelanggan Cubic Sky


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh turut serta untuk menikmati pulangan seperti di atas, boleh hubungi saya di 019-2488883 atau email : mdizone@gmail.com

Kita boleh set appointment dan saya akan terangkan potensi pelaburan tersebut. 






Tuesday, March 12, 2013

Rules are made by the Rich, for the Rich...

Cut and paste je dari posting FB...

Buat modal nak update blog hehe...

adeh..dah tercemar skit minda malam ni lepas baca blog yang asyik dok blame pihak lain sbb kekurangan diri...

isunya lebih kepada hak pekerja

antara point yang diutarakan : 

"kerajaan sepatutnya melindungi hak pekerja yang ditindas oleh majikan..pekerja disuruh kerja teruk, long hours dan diberi gaji yang rendah bla bla bla bla...kerajaan hanya tahu melindungi tokey2 besar dan bukan golongan bawahan....tapi ramai golongan pekerja takut nak bersuara dan mengadu kepada pihak2 yang sepatutnya seperti badan pelindung hak pekerja ( ada ke badan ni? aku pun tak sure) sebab mereka takut kehilangan pekerjaan"

ok la..aku tak kata kerajaan betul dalam hal ni...banyak juga kekurangan yang berlaku...

but put that aside, diri kita sendiri...apa yang boleh kita lakukan untuk ubah nasib kita...kalau asyik nak blame pihak luar, bila diri kita sendiri nak maju? memang senang nak salahkan orang lain atas kekurangan diri tapi nak ubah diri untuk jadi lebih baik? tak semua orang sanggup buat...

Bila kita sign surat terima lantikan jawatan, kita dah termaktub di dalam kontrak tersebut...

So kerja lah dengan ikhlas dan sebaik mungkin...kalau ada terma yang majikan langgar, then kita ada hak untuk bawak pergi pengadilan...tade masalah nak tuntut hak kita sebagai pekerja...

Selain dari tu, sedar lah wahai rakan2 sekalian...kat dunia ni, undang2 dibuat oleh orang2 kaya untuk melindungi orang2 kaya...lagi cepat kita faham aturan ini, lebih baik....

Dunia tidak pernah adil...

Bukan senang nak ubah dunia supaya ikut cakap kita...tapi lebih mudah rasanya untuk ubah diri kita ikut apa yang hendak kita capai...

Tak gitu?

Saturday, January 26, 2013

Tips Pelaburan Hartanah - Pakdi


Salam ceria semua! 


Cuti panjang ye kita kali ni...kalau sesiapa yang kerja tu, kalau amik cuti hari jumaat, total ada 5 hari cuti kesemuanya sampai hari isnin depan...



So memandangkan kita dah cuti lama ni, saya tergerak la nak kongsi info kat page ni...tapi ye la nak share apa kan? last2 dapat la tips menarik dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang ( Tulisan Pakdi) tentang pelaburan hartanah. 

Apa yang perlu kita ada sebelum buat pelaburan hartanah? (ni saya tulis secara ringkasan je...kalau nak detail yang lebih, sila dapatkan copy buku tersebut dari pakdi.net ye!

1. Kena tahu apa objektif pelaburan kita. Kita beli hartanah nak buat apa? nak peram? nak jual cepat? strategi apa nak guna etc. Sebab lain objektif, lain strategi nya...

2. Kena ada modal yang mencukupi. Terutamanya kalau anda nak beli hartanah lelong.Saya guna rules of thumb di mana kita perlu ada sekurang2nya 15% nilai cash dari hartanah yang kita nak beli. Cth: kalau nak beli rumah rm100k, kena ada rm15k cash. Lagi banyak lagi bagus

3. Kena ada back up untuk cover installment ( at least 6 bulan) in case rumah kita tu tade penyewa. Ini tidak termasuk modal awal seperti yang di atas. Lagi banyak lagi bagus

4. Kena pilih lokasi yang betul. Namun pemilihan lokasi ni agak subjektif. So mahirkan diri dengan lokasi pilihan anda. Jangan ikut2 orang. Cari lubuk anda sendiri dan jaga lah dengan hemat. 

5. Jangan beli lebih dari harga pasaran. Pelaburan hartanah adalah berdasarkan kira2, bukan emosi. Kita buat duit pada ketika kita beli dan bukan masa kita jual.

6. Beri nilai tambahan. Ini juga satu faktor menyeronokkan dalam pelaburan hartanah. Kita ada banyak cara nak tingkatkan nilai hartanah kita sama ada untuk jual balik atau disewakan. Terpulang pada kreativiti masing2. 

Kalau anda rasa perkongsian ini best, sila klik "like" ye! 

TQ

Credit to : www.pakdi.net

Wednesday, December 12, 2012

Panduan untuk mereka yang teringin berhenti kerja

(saya cut n paste dari posting FB page saya)

Tiba2 terasa nak berkongsi tips kat page ni...

Saya rasa ramai di antara pengunjung page ni yang bekerja makan gaji...

Anda suka kerja anda? gaji pun lumayan? masa flexible? jika anda mengatakan ya pada soalan2 tersebut, maybe tips ni tak berapa significant pada anda ( namun masih lagi berguna..boleh simpan dan apply jika mahu)

Tapi kalau jawapan anda 'tidak', mesti somehow anda teringin nak be
kerja sendiri, tentukan income sendiri, manage masa sendiri dan paling penting, buat benda yang anda suka buat, bukan benda yang orang suruh anda buat...

Akan tetapi tidak ramai yang mampu mengambil tindakan drastik untuk berhenti kerja dan buat kerja sendiri. Banyak halangan yang perlu diatasi dan salah satu halangan adalah faktor kewangan.

So tips saya di sini, kalau anda takut nak berhenti sebab banyak komitmen dan risau tak dapat income yang sama semasa anda bekerja, apa kata anda cuba ada kan simpanan sekurang2nya 6 bulan nilai perbelanjaan bulanan anda. Kemudian pastikan cashflow anda sentiasa positive setiap bulan ( income > expenses ). Buat la apa yang patut ikut kemampuan anda sendiri. Hendak seribu daya, tanak seribu dalih.

kalau rasa susah sangat, mulakan dengan perkara yang kecil dahulu seperti bayar diri anda dahulu atau keep track expenses dan income anda. Semua perjalanan bermula dengan langkah yang pertama. Yang penting niat yang membara dan disusuli dengan tindakan.

Saya pun masih ingat moment saya submit resignation letter saya dulu. Masa awal2 terfikir nak resign memang rasa tak logik. Cuma bila direnung2 kembali, saya dah mula mengambil langkah untuk berhenti kerja since beberapa tahun sebelumnya tanpa saya sedari seperti membuat simpanan, monitor kewangan saya dan membuat pelaburan. Sedar tak sedar, bila saya nak resign tu, keadaan saya tidak lah sesusah mana.

So saya cadangkan kepada anda. Once bila anda dah ada simpanan yang mencukupi dan kewangan anda dalam keadaan yang terkawal, pasti anda akan rasa lebih berani untuk membuat keputusan untuk berdikari.


Friday, December 7, 2012

Big Bad Wolf Book Fair 2012

 Sapa tak pergi memang rugi...


Banyak betul buku...dari sumber yang diperolehi, kali ini ada lebih kurang 3 juta buku akan dijual pada harga yang tak masuk akal...



Range harga buku adalah lebih kurang dari rm6 - rm 30 kot...masa pergi pagi tadi tak sempat nak belek semua buku sebab terlalu banyak...saya hanya fokus kat bahagian business dan selfhelp....



Bayangkan, masa waktu kerja pun masih ramai orang...parking pun dah start sesak...sapa2 yang plan nak pergi time waktu lepas kerja atau waktu cuti, saya ucapkan goodluck ye...



Time ni la terasa seronoknya bila kerja sendiri dan kita tentukan masa kita sendiri..



eh lari topik plak..



Tapi jangan risau..pesta buku ni dibuat selama 18 hari...dari 7 dec - 23 dec 2012...venue : Mines Convention Centre...hari ni hari first...so tak perlu terkejar2...plan jadual anda...



Yang best nya, untuk 3 hari ni ( start today sampai ahad ni), pesta buku ni dibuka selama 24 jam! nak datang kol 3am pun boleh...



Satu perkara yang saya banggakan, untuk pesta buku kali ni, saya dapati semakin ramai bangsa melayu yang datang berbanding pesta buku sebelum ni...ini satu petanda yang bagus...selama ni saya perasan ramai melayu yang lebih prefer ke pesta2 konsert sure heboh la, maharaja lawak la, Akedemi fantasia la...sekarang ni dah ramai yang ke pesta2 ilmu seperti ni....kan best gitu...saya doakan lepas ni lebih ramai melayu akan spend masa untuk ke pesta2 financial pula yang selama ni didominasi oleh kaum lain...aminnn....







Wednesday, October 24, 2012

Macam - macam Hal...

Idea untuk posting ni datang secara tiba-tiba. Memang dah lama tade plan nak update blog sebab selalu cerobel kat dalam FB PAGE je...

Pagi ni sepatutnya nak pergi bidding satu rumah di selayang. Tempat lelongan di Property Auction House (PAH). Bank draft semua dah setel since 2 hari lepas lagi. Riki tempat ni sampai 2 kali tu sebab nak betul2 pastikan yang kita buat pilihan yang tepat. 

Nak dijadikan cerita, malam tadi saya bersukan kick boxing. Ada event fight night la kononnya. Saya dah memang lama teringin nak masuk dalam gelanggang nak test skill. Memang haru biru la. Siap kena tumbuk terajang semua ada. Bila balik rumah badan dah sakit2. Sampai la ke pagi ni. Nak bangun pun macam tak larat. 

Bila tengah nak bersiap-siap keluar rumah untuk pergi bidding, saya dah cek semua dokumen untuk di bawa. Namun mental pagi tadi tak berapa betul sebab kepala macam weng, badan pun sakit2, fokus pun kurang. Saya bersiap ala kadar dan terus keluar rumah. 

Masa dah on da way nak pergi ke PAH ( saya naik LRT), tiba-tiba wife call. Dia kata ada cek atas meja makan. Saya terkejut la! Macam mana pulak cek boleh ada atas meja makan sedangkan saya tak keluarkan dari file dokumen. Padahal dah lebih separuh perjalanan dah tu. Memang hari yang tak best. Masa pula dah very limited. Memang tak sempat nak patah balik amik cek tu. Terpaksa la saya batalkan hasrat nak membida walaupun rumah tu memang agak best.

Bila renung2 balik, baru saya tahu apa yang berlaku. Dalam keadaan terkocoh2 nak keluar rumah tadi, bank draft tu maybe tercicir di antara kertas-kertas dalam file bidding yang saya bawa tu. Memang tak perasan langsung. Well benda-benda macam ni kita tak boleh nak kata apa. Benda dah nak jadi. So kena redha je la. 

Perasaan tak best tu memang toksah citer la. Memang spoil mood satu hari. Kita dah penat2 usaha. Survey sampai dua kali. Dokumen sume dah ready. Sekali tak boleh nak membida atas sebab macam ni. Mana la hati tak kuciwa kan. 

Namun setiap perkara ada hikmahnya. Bila saya call pelelong tadi, rupanya rumah tu terjual jauh melebihi budget saya. Sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa di tempat lelongan dan dapat bersarapan dengan famili dan minum chatime. 



Friday, September 14, 2012

Progress Rumah Sewa - Part 2

Ok kali ni nak update lagi pasal perkembangan rumah sewa yang saya baru beli beberapa bulan lepas ( sebelum raya). 

Boleh refer cerita part 1 di sini

Alhamdulillah, minggu lepas rumah ni sudah selamat disewakan. Kadar sewa pun saya letak pada rate yang agak murah berbanding dengan harga sewa semasa. Ini sebab saya sewakan pada keadaan basic dan rumah ini pula tiada parking. So kalau nak letak harga tinggi2, lambat pula nak dapat penyewa nanti. (walaupun murah, tapi masih positive cashflow)

Kalau dikira, total adalah dalam 6-7 orang yang datang view. Itu pun saya masih menerima panggilan telefon walaupun rumah dah selamat disewakan. Ini lah penangan kalau kita letak harga sewa yang murah berbanding pasaran. Orang tanpa fikir panjang akan terus call. 

Dari ramai2 yang datang view tu, macam2 karenah gak yang saya jumpa. Ada yang terus suka tapi takde duit nak bayar deposit, ada yang reject sebab diorang nak rumah yang ada parking, ada yang banyak komplen itu ini tak betul ( yang ni memang saya terus reject je, harga sewa nak murah tapi banyak songeh...haha). Ada gak awek yang datang tengok rumah tapi tak dapat nak bayar full deposit. Sorry la cik awek ye, untuk sewa rumah ni saya kena pegang pada prinsip. hehe...

Akhirnya rumah ini saya sewakan pada satu famili kecil yang duduk berhampiran dengan kawasan perumahan ni. Mereka ingin berpindah sebab nak cari rumah yang lebih luas. Bila saya terangkan syarat2 penyewaan rumah, mereka tanpa banyak songeh terus bersetuju. Deposit pun bayar full. Nampak gaya macam ok. Dua2 bekerja. Ada maid sorang untuk jaga anak. Dari luaran nampak memang decent la. Harap2 mereka akan kekal menjadi penyewa saya yang bagus untuk setahun ni....aminnn


Wednesday, September 12, 2012

Info yang menarik...property market dah oversupply ke?


http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F9%2F10%2Fbusiness%2F11997717&sec=business#.UE_2L1TLY6w.facebook

PETALING JAYA: The secondary residential property market could face a slowdown in transactions within the next six to 12 months due to oversupply of properties caused by speculative buyers.
Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) deputy president Siva Shanker said “secondary properties in secondary locations,” namely apartments within the RM150,000 to RM300,000 price range, could be difficult to sell as an oversupply situation has resulted.
“A lot of these properties were sold in the last two to three years and developers made a roaring business out of it. However, they’re now struggling a bit,” he told StarBiz in an interview.
“A lot of people in the past would have bought these properties for speculation,” said Siva.
He said many people bought these properties with the sole intention of selling them immediately once the development was completed.
“The buying public in Malaysia are like sheep. A few people buy, and then everyone will rush in to do the same!
“However, when everyone tries to flip it (sell for a higher price) at the same time, that’s when you create an oversupply situation.”
Siva cites an example of a 300-unit apartment block, where half, for instance, are placed on the market simultaneously by the initial (speculative) buyers.
One seller will lower the price because he can’t hold it, and then the prices start coming down.”
Siva pointed out that because transactions start slowing down, there is a misconception that property prices will crash.
“It’s not what people think – that property prices are crashing. A person buys an apartment for RM300,000 and after two years, wants to sell for RM400,000 and puts it on the market. But then, others also start doing the same and the buyer gets spoilt for choice.”
He said because everyone puts the property on the market, the RM400,000 price-tag would not be achievable.
“Perhaps at the end of the day, instead of RM400,000, you sell it for RM350,000 and in the eyes of the buying public, prices have fallen!
“But in actuality, prices didn’t fall. You bought at RM300,000 and sold it at RM350,000. You tried to flip the property, but you didn’t get the level of profit you thought you could get. But you walked away with a profit nevertheless.”

Friday, September 7, 2012

Apa pandangan anda berkenaan cadangan ini?

Pagi tadi dapat satu email dari mailing list Metro homes. Kandungannya agak menarik so saya nak kongsikan bersama rakan pembaca blog. Ianya adalah cadangan2 kepada kerajaan untuk menambahbaik keadaan pasaran hartanah di malaysia. Cadangan ini dilontarkan oleh direktor Metrohomes. Salah satu agensi hartanah yang agak ternama. 


RELAX POLICIES: See Kok Loong, director of Metro Homes Sdn Bhd dishes out some sound ideas for a more vibrant property market.

.
· Real Property Gains Tax (RPGT) rate should remain the same.
· Introduce Goods and Services Tax (GST) of 4 per cent as soon as possible.
· Reduce corporate income tax and personal income tax rate to stay competitive with Hong Kong and Singapore.

· Allow more foreigners to come to Malaysia to work, stay, live and tour.Allow easy employment permit for high level employment like RM10K and above and in selected industries such as services. Only with a large pool of expatriates will our rental market for office and high end condominium move.

· Relax the MM2H (Malaysia My 2nd Home) policy and make it more efficient. The Government should promote it more as it is a good policy and is one of the ways to bring in quality foreigners to stay in Malaysia.

· Implement stamp duty waiver for RM500K and below for affordable home ownership for Malaysians.

· Property purchase by foreigners should be restricted to RM1 million and above for major cities like KL, Penang, Johor, Kota Kinabalu etc so as to avoid affecting local buyers.

· Allow maximum loan for those eligible who buy property below RM 500,000. Offer low interest rates for this category as well because the current banking system offers lower rates for bigger loans which is not fair to first home buyer.· Allocate more prime land for affordable landed housing in the range of RM300K–500K.

· Build better public infrastructure and public transportation to allow residents to stay outside the city in places like Nilai, Seremban, Rawang etc.

· Bring in quality foreign buyers to support the high-end property market. With the demand, it will create jobs and opportunity, and result in a more balanced market where yield and capital appreciation are reasonable.