Friday, September 14, 2012

Progress Rumah Sewa - Part 2

Ok kali ni nak update lagi pasal perkembangan rumah sewa yang saya baru beli beberapa bulan lepas ( sebelum raya). 

Boleh refer cerita part 1 di sini

Alhamdulillah, minggu lepas rumah ni sudah selamat disewakan. Kadar sewa pun saya letak pada rate yang agak murah berbanding dengan harga sewa semasa. Ini sebab saya sewakan pada keadaan basic dan rumah ini pula tiada parking. So kalau nak letak harga tinggi2, lambat pula nak dapat penyewa nanti. (walaupun murah, tapi masih positive cashflow)

Kalau dikira, total adalah dalam 6-7 orang yang datang view. Itu pun saya masih menerima panggilan telefon walaupun rumah dah selamat disewakan. Ini lah penangan kalau kita letak harga sewa yang murah berbanding pasaran. Orang tanpa fikir panjang akan terus call. 

Dari ramai2 yang datang view tu, macam2 karenah gak yang saya jumpa. Ada yang terus suka tapi takde duit nak bayar deposit, ada yang reject sebab diorang nak rumah yang ada parking, ada yang banyak komplen itu ini tak betul ( yang ni memang saya terus reject je, harga sewa nak murah tapi banyak songeh...haha). Ada gak awek yang datang tengok rumah tapi tak dapat nak bayar full deposit. Sorry la cik awek ye, untuk sewa rumah ni saya kena pegang pada prinsip. hehe...

Akhirnya rumah ini saya sewakan pada satu famili kecil yang duduk berhampiran dengan kawasan perumahan ni. Mereka ingin berpindah sebab nak cari rumah yang lebih luas. Bila saya terangkan syarat2 penyewaan rumah, mereka tanpa banyak songeh terus bersetuju. Deposit pun bayar full. Nampak gaya macam ok. Dua2 bekerja. Ada maid sorang untuk jaga anak. Dari luaran nampak memang decent la. Harap2 mereka akan kekal menjadi penyewa saya yang bagus untuk setahun ni....aminnn


4 comments:

Farid Adam said...

semoga kekal dengan tenant baru nih...aku pun baru bertukar tenant student kat melaka tu...hehe

MySham said...

semoga sukses dengan bisnes rumah sewa

biasanya kalau penyewa lepas saringan awal...jarang ada masalah untuk bayar sewa bulanan

mdizone said...

Farid adam , tq for da wish...bukan senang nak filter tenant kan...

MySham, tq2...kalu ikut pengalaman, memang kalau tenant lepas saringan awal, selalunya tenant tu akan kekal lama dan tidak ada masalah...kalau diorang keluar rumah pun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...itu pun keluar dengan cara yang baik....

Matjoe said...

thrill gak filter tenant. all the best. deposit mesti full. to show their ability to save money for what's important