Wednesday, October 24, 2012

Macam - macam Hal...

Idea untuk posting ni datang secara tiba-tiba. Memang dah lama tade plan nak update blog sebab selalu cerobel kat dalam FB PAGE je...

Pagi ni sepatutnya nak pergi bidding satu rumah di selayang. Tempat lelongan di Property Auction House (PAH). Bank draft semua dah setel since 2 hari lepas lagi. Riki tempat ni sampai 2 kali tu sebab nak betul2 pastikan yang kita buat pilihan yang tepat. 

Nak dijadikan cerita, malam tadi saya bersukan kick boxing. Ada event fight night la kononnya. Saya dah memang lama teringin nak masuk dalam gelanggang nak test skill. Memang haru biru la. Siap kena tumbuk terajang semua ada. Bila balik rumah badan dah sakit2. Sampai la ke pagi ni. Nak bangun pun macam tak larat. 

Bila tengah nak bersiap-siap keluar rumah untuk pergi bidding, saya dah cek semua dokumen untuk di bawa. Namun mental pagi tadi tak berapa betul sebab kepala macam weng, badan pun sakit2, fokus pun kurang. Saya bersiap ala kadar dan terus keluar rumah. 

Masa dah on da way nak pergi ke PAH ( saya naik LRT), tiba-tiba wife call. Dia kata ada cek atas meja makan. Saya terkejut la! Macam mana pulak cek boleh ada atas meja makan sedangkan saya tak keluarkan dari file dokumen. Padahal dah lebih separuh perjalanan dah tu. Memang hari yang tak best. Masa pula dah very limited. Memang tak sempat nak patah balik amik cek tu. Terpaksa la saya batalkan hasrat nak membida walaupun rumah tu memang agak best.

Bila renung2 balik, baru saya tahu apa yang berlaku. Dalam keadaan terkocoh2 nak keluar rumah tadi, bank draft tu maybe tercicir di antara kertas-kertas dalam file bidding yang saya bawa tu. Memang tak perasan langsung. Well benda-benda macam ni kita tak boleh nak kata apa. Benda dah nak jadi. So kena redha je la. 

Perasaan tak best tu memang toksah citer la. Memang spoil mood satu hari. Kita dah penat2 usaha. Survey sampai dua kali. Dokumen sume dah ready. Sekali tak boleh nak membida atas sebab macam ni. Mana la hati tak kuciwa kan. 

Namun setiap perkara ada hikmahnya. Bila saya call pelelong tadi, rupanya rumah tu terjual jauh melebihi budget saya. Sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa di tempat lelongan dan dapat bersarapan dengan famili dan minum chatime. 



5 comments:

ReM said...

aku masuk bid ni tapi kalah last minit...pemenang rm160k...

Matjoe said...

banyak peluru nmpk

mdizone said...

REM : ooh masuk unit ni jugak ke? bape orang yang bidding unit ni? rm160k tu tade la murah sangat tapi masih untung lagi...

MATJOE : tade la banyak peluru bro...tp nak dapatkan sebijik lagi rumah untuk tahun ni...target setahun 2 bijik at least...

ReM said...

Rasanya 6 orang masuk harga subsale utk tingkat 5 sana 200k betul masih boleh untung.

Man Bucit said...

mak ai .. baru update .. hehehe