Wednesday, January 25, 2012

Rumah Sewa Pantai Dalam Kembali Kosong

Pada minggu yang lepas, saya mendapat panggilan dari penyewa saya (Penyewa rumah Pantai Dalam) menyatakan beliau dan rakan serumah terpaksa keluar awal dari rumah. Sepatutnya tempoh perjanjian tamat pada penghujung Feb 2012. Mereka terpaksa keluar awal disebabkan ada rakan serumah yang terpaksa berpindah atas urusan pengajian.

Walaupun keberatan, saya terpaksa menerima hakikat saya perlu mengulangi semula proses pencarian penyewa baru untuk rumah ini. Selama mereka menyewa rumah ini, hidup saya sungguh tenang. Mereka bayar sewa tepat pada masa, menguruskan urusan baik pulih kecil secara sendiri dan melunaskan bil utiliti dengan tepat. Malah, mereka juga tidak menuntut duit deposit kerana memahami terma dan syarat dalam perjanjian sewa rumah yang ditandatangani sebelum ini. Bukan senang nak cari penyewa yang baik dan kita pasti akan terasa kehilangan jika mereka memilih untuk berpindah.

Di sini saya amat tekankan betapa pentingnya proses pemilihan bakal penyewa. Sebagai tuan rumah, kita tidak boleh mengamalkan sikap "tangkap muat" bila memilih bakal penyewa. Ada beberapa faktor yang perlu kita ambil kira seperti kekuatan kewangan bakal penyewa, sikap, perwatakan dan jenis penyewa. Rasanya dah ramai pakar-pakar hartanah yang mengulas isu pemilihan penyewa dengan panjang lebar. Salah satu panduan yang menarik pada saya adalah tips yang diberi di blog Abang Ensem.

Pada saya sendiri, satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan pemilihan saya adalah kata hati saya sendiri. Jika saya merasakan keraguan dengan bakal penyewa tersebut, saya tidak akan pilih walau pun beliau berkemampuan untuk membayar deposit dengan pantas sekalipun. Tidak ada guna jika kita dapat deposit dengan cepat jika setiap bulan kita terpaksa mengejar penyewa untuk mendapatkan duit sewa bulanan. Kita juga yang pening kepala nanti.

Buat masa ini, saya sudah menerima 3-4 panggilan telefon dari baka penyewa yang berminat nak melihat rumah dalam masa terdekat ini. Temujanji sudah dibuat dan harap-harap ada di antara mereka ini yang menepati kriteria yang saya cari.







Saya memang sayangkan rumah ini. Merupakan rumah sewa saya yang pertama dan paling menguntungkan saya. Kalau boleh, saya memang tidak akan menjual rumah ini dan hanya menyimpannya untuk dijadikan rumah sewa.


(Saya sedang dalam proses menambahbaik blog ini untuk kemudahan anda. Jika anda perasan, saya sedang bermain dengan saiz font dimana saya besarkan font untuk posting ini. Jika tidak keberatan, harap para pembaca sudi untuk memberi maklum balas sama ada anda suka font yang lebih besar seperti sekarang atau font yang kecil sedikit seperti posting saya yang lepas. Boleh komen di ruangan komen di bawah. TQ)

17 comments:

aslam said...

font mcm ni senang skit aku nak baca... -pendapat aku la

Anonymous said...

Kalau boleh buatkan perenggan supaya tak nampak 'sesak' sangat bila nak baca. Satu lagi, pandangan dari blogger2 femes, kalau entri awak panjang sangat, selitkan gambar di antara perenggan supaya pembaca boleh berehat jap.

Anonymous said...

Lupa plak nk tinggalkan nama dlm komen. -AE-

rohaniah noor said...

saiz font ok. lebih selesa membaca

mdizone said...

Wah Bro AE and Cik Rohaniah pun singgah blog ni...terharu nya...

TQ very much sebab sudi kasi feedback...

Memang kena ada perenggan bila font besar ni...tade nampak serabut sangat...n gambar pun penting juga untuk diselit2...agree sangat2...

Nur Helidahelli said...

Salam...ade kosong lagi x...if ade atau akan kosong.i nk menyewa di sini.just contact my no 0163494941 k.i pun menyewa d blok yg sama cuma owner nak amik balik umah dia...so hopefully...-helida

Anonymous said...

Salam , kalau tak keberatan boleh saya tahu rumah ni masih kosong atau tak ? kalau masih kosong ada boleh bagitahu detail sepenuhnya pada email saya .

shescloset@yahoo.com

Terima kasih :)

Nurhidayah

Anonymous said...

As salam, ni rumah kategori pa?area mana ya?brape per month..sy sedang mencari umah sewa dan nk masuk dlm bulan 11. Seandainya dlm tempoh tersebut rumah ni masih kosong,boleh bgthu..Thanks..nr_zaina@yahoo.com

Anonymous said...

salam....


saya berminat nak tahu bagaimana nak buat agrement diantara penyewa dan tuan rumah


diaharap minta tunjuk ajak


tolong emailkan detail kat fuad.ismail@gmail.com


harap membantu

terima kasih

izzatul husna said...

saya nak sewa rumah ni... masih ada lg x?? kalau ada tlg email kn pada saya di Husna060792@gmail.com.. please email me immediately.. (^_^)

izzatul husna said...

saya teramat urgent mencari umah sewa berdekatan di pantai dalam sahaja..

Anonymous said...

Besarkan sikit lagi lebih baik.

syafrina nadzleen ibrahim said...

Rumah ni still available utk disewa tak? Boleh bg sy contact number? Atau email..

IEjAfrIzA nOrdIn said...

Assalam....rumah ni still available ke?tgh mencari rumah sewa kt area2 pantai dlm...

Anonymous said...

salam..rumah ni avaiable lg ke?

Fatin Aqila said...

salam rumah ni still kosong x??? kitaorg mmg tgh cri rumh tok jan 2013..urgent sgt..kalow still kosong plisss email kt fuin_akira@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum..rumah sewa ni available lagi tak?untuk perempuan saje ye?