Tuesday, January 31, 2012

Tips Menjadi Individu Berjaya


Anda ingin menjadi orang yang berjaya? Anda ada matlamat atau impian yang ingin dicapai?

Saya ingin berkongsi satu teknik menarik yang saya jumpa semasa membaca satu mailing list yang saya langgan ( mailing list tentang hartanah). Teknik ini saya percaya boleh membantu kita dalam proses mencapai apa yang inginkan.

Merujuk kepada penulis buku " The Compound Effect" iaitu Darren Hardy, pengasas Success Magazine, untuk mencapai matlamat yang tinggi, kita harus bermula dengan perubahan-perubahan tindakan yang kecil tetapi konsisten. Perkataan konsisten merupakan kunci utama dalam proses ini.

Berikut adalah formula dari buku tersebut yang boleh kita gunapakai dalam kehidupan kita seharian :

" pilihan2 yang kecil dan bijak + konsisten + masa = Perubahan KETARA yang kita inginkan! "

Idea dari buku ini adalah kita boleh menikmati kehidupan yang hebat dengan membuat perubahan-perubahan kecil dalam aktiviti harian kita. Namun, kita perlu merancang dengan teliti apa yang ingin kita jadikan aktiviti harian agar ia menjurus kepada matlamat yang kita ingin capai. Walaupun pada awalnya mungkin ia tidak kelihatan bermakna, ia boleh menghasilkan impak yang besar jika diamalkan secara berterusan.

Untuk membantu kita membuat merancang aktiviti harian kita, beliau telah menyediakan satu worksheet yang kita boleh gunakan yang dipanggil "The Weekly Rhythm Register" . Untuk memuat turun borang ini, layari website www.thecompoundeffect.com dan pergi ke tab "Free Resources". Cari worksheet "The Weekly Rhythm Register" dan muat turun borang tersebut. Ianya PERCUMA!

Ini adalah contoh bagaimana untuk menggunakan borang tersebut :


Saya sendiri sudah mula untuk mengaplikasikan worksheet ini dalam perancangan aktiviti harian saya. Setakat ini, boleh dikatakan agak membantu. Di harap anda juga dapat menfaat dari perkongsian ini.

(kredit gambar dari http://scienceofblogging.com/what-factors-make-a-blog-successful/)




Monday, January 30, 2012

Hari Ahad yang Malang

Kebiasaannya, hari ahad merupakan hari yang menyeronokkan ramai orang. Pada hari tersebut, ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Bila tiba waktu malam pula, ramai juga yang mengeluh sebab perlu pergi kerja pada keesokan harinya.

Kisah saya pula, pada ahad semalam, dalam perjalanan ke Shah Alam untuk bersarapan, tayar kereta boleh pancit akibat terlanggar serpihan plastik ( rasanya plastik kereta lain yang mungkin tertanggal akibat kemalangan). Plastik tu agak keras dan menghasilkan bunyi yang kuat apabila berlanggar dengan tayar kereta saya.

Setelah pelanggaran berlaku, hanya dalam lebih kurang 80 meter, tayar kereta terus pancit habis. Terpaksa saya memberhentikan kereta di tepi jalan atas rumput di jalan yang menaik bukit. Di sini lah bermulanya masalah saya...

Ingin saya kongsikan tips untuk menukar tayar kereta yang pancit. Jika dalam kereta anda hanya ada jek kereta standard ( yang jenis kena putar tu...) , jangan berhenti untuk menukar tayar di atas tanah (lebih-lebih lagi di jalan yang berbukit atau tidak rata). Apabila saya cuba untuk menaikkan kereta, jek kereta mula menyenget apabila naik semakin tinggi disebabkan tapak jek tenggelam di atas tanah ( tanah tidak mampu menanggung berat kereta). Ini menyebabkan kerja tukar tayar yang sepatutnya mudah dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit, terus tidak dapat dilakukan.

Cuma nasib saya agak baik sebab kereta saya pancit di lingkungan kawasan jagaan Prolintas dan ada peronda Prolintas yang lalu di kawasan saya tu. Beliau yang membantu memanggil rakan beliau untuk membawa jek yang lebih besar ( jenis yang guna kat kedai tayar) dan tidak sampai 5 minit, selesai kerja menukar tayar. Kalau guna jek yang biasa tu, rasanya sampai esok pun tayar tak bertukar.

Kalau para pembaca hendak tahu langkah-langkah untuk menukar tayar kereta yang pancit, boleh rujuk di sini. Ilmu yang amat berguna terutamanya untuk pemandu wanita.

PS : tayar kereta saya dah masuk kategori "total lost". Terpaksa saya beli tayar baru untuk menggantikan tayar yang pancit tu.


Saturday, January 28, 2012

Borak Pasal Perak Lagi

Hi Semua!

Kali ini saya nak berkongsi pasal pelaburan silver lagi.

Untuk pengetahuan anda, saya ada melanggan satu mailing list yang berkongsi tips dan panduan berkenaan pelaburan silver. Banyak manfaat yang saya perolehi dari mailing list ini dan saya rasa wajar untuk saya kongsikan sedikit info yang saya terima dengan anda semua agar kita semua dapat sama-sama belajar.

Ini sedikit sedutan dari post FB ( yang asalnya link dari mailing list) :

(sumber : penulis ebook pelaburan silver , saudara Ikram Adi)

[Update Mingguan Harga Silver]
14 Jan: 29.75
21 Jan: 32.03

Ubah: +2.28
% Ubah:+7.66%

USD/MYR = 3.10

Harga Spot Malaysia = RM3.20/g

Sejarah harga silver:
10 tahun: +627%
1 tahun: +15.35%

Harga silver naik 7% minggu lepas seperti yang kita jangkakan di dalam post yang lepas.

Memandangkan 5 DMA berada di atas 10 DMA, jangkaan jangka pendek untuk minggu ini ialah harga silver mungkin ditutup lebih tinggi minggu depan.

Trend long term sedang menunjukkan perubahan kerana harga ditutup buat kali pertama di atas 50 DMA. Mari kita lihat sama ada kenaikan mendadak
minggu lepas boleh kekal atau tidak.

Kita kumpul silver sebab ia penyimpai nilai yang baik untuk jangka masa panjang.
Kita kumpul silver sebab kita berada dalam bull market komoditi
Kita kumpul silver sebab nak mengekalkan cara hidup sekarang dan kemungkinan besar peralihan kekayaan akan ke arah penyimpan emas & silver bila bull market berakhir

Jom beritau kawan-kawan lain utk start simpan aset dalam bentuk silver fizikal. Dalam 10 tahun lepas, simpanan amanah saham 8% bagi kita pulangan 215%, simpanan silver fizikal naik 627%. Lebih 2x kali ganda.


Contoh Silver Bar dan Coin (Perak fizikal)



Anda faham dengan apa yang ditulis dalam posting di atas? Secara asasnya, penulis berkongsi panduan berkenaan pergerakan harga perak dalam seminggu.

Kenapa maklumat ini penting? Bila kita membuat pelaburan dalam logam bernilai seperti emas dan perak, kita membuat keputusan untuk beli dan jual berdasarkan pemerhatian kita tentang beberapa tanda aras atau indicator.

Kalau kita beli atau jual secara semberono atau main belasah sahaja atau berdasarkan 'cakap2 orang', itu bukan pelaburan namanya. Itu dah kira macam memperjudi nasib.

Kita hendak jadi seorang pelabur bijak , bukan seorang penjudi.

Berminat nak belajar bagaimana nak buat duit dengan pelaburan perak? klik sini



Wednesday, January 25, 2012

Rumah Sewa Pantai Dalam Kembali Kosong

Pada minggu yang lepas, saya mendapat panggilan dari penyewa saya (Penyewa rumah Pantai Dalam) menyatakan beliau dan rakan serumah terpaksa keluar awal dari rumah. Sepatutnya tempoh perjanjian tamat pada penghujung Feb 2012. Mereka terpaksa keluar awal disebabkan ada rakan serumah yang terpaksa berpindah atas urusan pengajian.

Walaupun keberatan, saya terpaksa menerima hakikat saya perlu mengulangi semula proses pencarian penyewa baru untuk rumah ini. Selama mereka menyewa rumah ini, hidup saya sungguh tenang. Mereka bayar sewa tepat pada masa, menguruskan urusan baik pulih kecil secara sendiri dan melunaskan bil utiliti dengan tepat. Malah, mereka juga tidak menuntut duit deposit kerana memahami terma dan syarat dalam perjanjian sewa rumah yang ditandatangani sebelum ini. Bukan senang nak cari penyewa yang baik dan kita pasti akan terasa kehilangan jika mereka memilih untuk berpindah.

Di sini saya amat tekankan betapa pentingnya proses pemilihan bakal penyewa. Sebagai tuan rumah, kita tidak boleh mengamalkan sikap "tangkap muat" bila memilih bakal penyewa. Ada beberapa faktor yang perlu kita ambil kira seperti kekuatan kewangan bakal penyewa, sikap, perwatakan dan jenis penyewa. Rasanya dah ramai pakar-pakar hartanah yang mengulas isu pemilihan penyewa dengan panjang lebar. Salah satu panduan yang menarik pada saya adalah tips yang diberi di blog Abang Ensem.

Pada saya sendiri, satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan pemilihan saya adalah kata hati saya sendiri. Jika saya merasakan keraguan dengan bakal penyewa tersebut, saya tidak akan pilih walau pun beliau berkemampuan untuk membayar deposit dengan pantas sekalipun. Tidak ada guna jika kita dapat deposit dengan cepat jika setiap bulan kita terpaksa mengejar penyewa untuk mendapatkan duit sewa bulanan. Kita juga yang pening kepala nanti.

Buat masa ini, saya sudah menerima 3-4 panggilan telefon dari baka penyewa yang berminat nak melihat rumah dalam masa terdekat ini. Temujanji sudah dibuat dan harap-harap ada di antara mereka ini yang menepati kriteria yang saya cari.







Saya memang sayangkan rumah ini. Merupakan rumah sewa saya yang pertama dan paling menguntungkan saya. Kalau boleh, saya memang tidak akan menjual rumah ini dan hanya menyimpannya untuk dijadikan rumah sewa.


(Saya sedang dalam proses menambahbaik blog ini untuk kemudahan anda. Jika anda perasan, saya sedang bermain dengan saiz font dimana saya besarkan font untuk posting ini. Jika tidak keberatan, harap para pembaca sudi untuk memberi maklum balas sama ada anda suka font yang lebih besar seperti sekarang atau font yang kecil sedikit seperti posting saya yang lepas. Boleh komen di ruangan komen di bawah. TQ)

Sunday, January 22, 2012

Kenapa Perlu Simpan Perak?

Dalam post yang lepas, saya ada menulis tentang pelaburan perak. Satu cabang pelaburan baru yang hadir dalam portfolio pelaburan saya. Selama ini saya hanya tahu bidang hartanah dan ASB sahaja dan belum terbuka untuk berjinak dalam bidang pelaburan yang lain seperti pasaran saham, Crude Palm Oil (CPO) dan logam bernilai seperti emas dan perak.

Namun disebabkan keadaan pasaran hartanah yang agak panas kebelakangan ini, saya terpaksa beralih arah dan mencari tempat lain yang sesuai untuk saya salurkan modal pelaburan untuk terus mendapat pulangan yang menarik. Dalam pencarian itu, saya berpeluang untuk menghadiri kelas pelabur underground yang dikelolakan oleh pihak Satu Solution ( sekarang mereka sedang sibuk mempromosikan seminar "teknik beli rumah tanpa deposit") dan dapat mempelajari serba sedikit tentang pelaburan perak.

Di sini saya ingin kongsikan satu artikel menarik yang ditulis oleh saudara Ikram Adi (penulis ebook Pelaburan Silver). Menurut maklumat di web saudara Ikram Adi, peratusan kenaikan harga perak jauh melebihi peratusan kenaikan harga emas dalam tempok 10 tahun ( boleh rujuk di sini).




Kenapa Perlu Simpan Silver? (sumber : Saudara Ikram Adi , penulis ebook Pelaburan Silver)

Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan
silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan
dalam silver ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak
tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
silver tak memberi dividen dan turun naik harga
silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam
silver ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion
dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang
kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang
paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

"Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang
dengan rakyat Malaysia?
Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang,
bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan.
Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
Belanja sakan lagi.
Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve
kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan.
Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa
bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas,
Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi,
tinggal masukkan masukkan command:
'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga.
Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang
berlambak-lambak tapi takde nilai.
Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis,
manusia akan berpusu-pusu cari silver untuk
melindungi harta.

Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.
Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'.

Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas
yang cepat sangat susut nilai kepada silver ,
harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
selagi tu la silver akan naik harga.

Bukan silver je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

"Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli silver sebagai pelindung harta."

Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Ebook 'Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver' akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak.

Bagaimana pendapat anda dengan artikel di atas? Menarik bukan? Tidak salah untuk kita membuka mata untuk mempelajari cabang ilmu yang baru.

Buat masa ini, tujuan utama saya menyimpan perak adalah sebagai insuran untuk melindungi nilai duit saya dari ditelan oleh inflasi. Portfolio utama saya masih lagi dalam bidang hartanah. Bila tiba masanya, saya akan tukar simpanan perak saya ini kepada emas dan juga hartanah.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan pelaburan perak, boleh refer di sini :





Saturday, January 21, 2012

Naga Pun Pandai Shuffle? Hebat!

Pada zaman sekarang ini, naga pun terpaksa untuk belajar langkah tarian baru untuk kekal releven. Hehe...



Kepada pembaca blog ini yang berbangsa Cina, saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai ! Kalau ada buah limau mandarin yang lebih, boleh pass skit kat saya ye ! Kalau buah limau habis, ang pow pun saya terima juga. Tq2 :)



Saturday, January 14, 2012

Asyik kalah lelong je, apa lagi nak buat ye?

Cycle lama berulang semula. Masuk bidding kalah...masuk bidding kalah...rasanya dah nak masuk 4 kali kalah berturut since dah nak mula membeli rumah lelong untuk diri sendiri...Ala baru 4 kali bro, skit je tu..masih teringat lagi satu ketika dahulu...14 kali kalah berturut2 baru berjaya beli rumah 50% below market..bak kata orang tua " bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian"

Kalau u all memang berhasrat nak jadi pelabur hartanah lelong yang tegar, hati kena cekal. Kuat semangat. Kalah menang adat lelongan. Kalau baru cuba sekali dua pastu kalah, then rasa nak quit, susah la macam tu. Persistence is the key. Kena sentiasa mencuba sehingga berjaya.

Actually aku nak citer pasal benda lain sebenarnya.. Selain dari pelaburan hartanah, apa lagi cabang pelaburan lain yang boleh kita usahakan sementara menunggu rezeki nak dapat rumah lelong yang murah? tu yang sentisa bermain di minda aku lately ni..Takkan nak park sumer modal dalam ASB je kot..boring la.. tade knowledge increase..

Baru2 ni, hasil pembelajaran bersama dengan rakan2 pelaburan yang lain, aku mula menjinak2kan diri dengan pelaburan silver. Kenapa silver ye? kenapa bukan emas? Ramai gak yang tanya aku soalan ni. Susah gak aku nak jawab. Kena pergi kelas dulu, baca buku, tanya orang then u get the answer. Dari start belajar tukar duit raya anak aku kepada silver (instead of masukkan dalam bank), tup2 dah bertambah juga simpanan silver aku ( tade la banyak mana pun, cuma dah lebih skit dari syarat untuk bayar zakat silver).

Contoh silver fizikal (gambar hiasan)

Buat masa ni, tujuan aku simpan silver adalah sebagai insurance dan penyimpan nilai. Once dah ada jumlah yang memadai, aku nak apply teknik tukar ganda plak. Sure korang tertanya2 apa benda la term2 yang aku cakapkan tu. Insurance? Penyimpan nilai? teknik tukar ganda? Hehe..susah aku nak xplain panjang lebar kat sini. Kalau nak tau, boleh refer kat link bawah ni:




Nanti korang boleh belajar kenapa silver ni satu pelaburan yang menarik, peratusan kenaikan harga yang lebih baik dari emas, macam mana nak beli silver, kat mana nak dapatkan stok silver pada kadar harga yang berpatutan, bila masa nak beli, bila masa nak jual etc. Tu pasal aku tak boleh nak share sumer benda sekaligus, pasal banyak sangat benda nak cover.

Btw aku pun takkan nak kongsi sesuatu cabang pelaburan kalau aku sendiri pun tak buat. Harap2 kita semua dapat manfaat dari perkongsian sebegini...

Wednesday, January 11, 2012

Negara pun boleh muflis jika...

(Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/national-debt-to-equal-gdp-by-2019-if-putrajaya-remains-spendthrift-say-economists)



National debt to equal GDP by 2019 if Putrajaya remains spendthrift, say economists



January 10, 2012



KUALA LUMPUR, Jan 10 — Malaysia’s national debt will hit 100 per cent of the Gross Domestic Product (GDP) by 2019 should Putrajaya continue to borrow more than it earns, economists say.



Malaysian Institute of Economic Research (MIER) distinguished fellow Mohd Ariff Abdul Kareem warned that the federal government revenue was growing too slowly to keep up with its borrowings, which hit 53.1 per cent of GDP in 2010.



He said while the current size of government debt relative to GDP was not troubling, the pace of its growth in recent years was cause for concern.



Debt-to-GDP ratio jumped from 41.4 per cent in 2008 to 53.1 per cent in 2010 while government debt grew 14.6 per cent in 2008 and 18.3 per cent in 2009, far outpacing the country’s GDP growth, Ariff noted.



“If nothing is done to reverse the current trends in government expenditures and revenues, extrapolation suggests that Malaysia’s national debt will explode to 100 per cent of GDP by 2019.



“Should the debt growth gather speed, this can happen sooner,” he told The Malaysian Insider via e-mail.



Ariff (picture) pointed out that while government spending on fiscal stimulus packages in the face of global financial crises has mostly translated into infrastructure development, there was a need to trim fat from the bloated civil service, which formed a significant chunk of Putrajaya’s operating expenditure.



He said emoluments to Malaysia’s civil service — the largest per capita in the Asia-Pacific according to the OECD — have risen from 23.3 per cent of the operating budget in 2007 to 33.1 per cent in 2010, rising to 41.6 per cent in 2010 if pensions were included.



This was a major financial burden on the government, as were the cost overruns, wastages and leakages exposed annually by the Auditor-General, the professor for international finance at the International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) said.



“There is certainly a need to rein in government operating expenditure, which must include a downsizing of the bloated civil service, to bring government procurements under greater scrutiny with increased transparency and accountability and to undertake serious tax reforms to raise more revenue,” Ariff added.



RAM Holdings Bhd chief economist Dr Yeah Kim Leng said there needs to be political will on the part of Putrajaya to execute its Government Transformation Plan (GTP), which is partly aimed at stopping the fiscal deficit from rising further.



“We must follow it religiously because [the fiscal deficit] is currently the main vulnerability of Malaysia’s economy,” he said.



Yeah said Malaysia would be on the right track to keeping its fiscal deficit in check in the medium to long term if Putrajaya remained committed to this plan but cautioned that this was premised on an annual GDP growth of five to six per cent.



This was because any slowdown in the economy would lead to lower wages and higher unemployment, which would in turn negatively impact tax revenues, he said.



“There is a close correlation between growth and government revenue,” he said, noting that for every one per cent decrease in GDP growth, tax collection will drop by 0.8 per cent.



“During a slowdown we can expect government fiscal deficit to actually widen.”



Yeah added that the government does not have long to consolidate its fiscal position as income from the oil and gas sector, which makes up about 40 per cent of total government revenue, was expected to fall over the next five to 10 years as Malaysia’s oil reserves dwindle.





Prinsipnya sama sahaja...jika kita berbelanja lebih dari apa yang kita perolehi, pasti satu masa nanti kita akan muflis...tak kiralah sama ada ianya individu, organisasi, malah sebuah negara sekali pun...



Malang sekali kalau isu ini tidak diselesaikan dengan berhemah..



Sebagai seorang individu, apa yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah ini? Pada aku, kita buat apa yang termampu..tambah ilmu, buat simpanan, berbelanja dengan berhemah, buat pelaburan yang menguntungkan dan bantu orang lain untuk buat benda yang sama...



Sekurang2nya jika berlaku sebarang krisis di masa akan datang, kita lebih bersedia...

Untuk yang masih tidak pasti apa yang patut dilakukan, boleh join seminar hartanah ni untuk menambahkan ilmu dan rakan2 yang sehaluan dengan kita :

Klik sini untuk jadi hartawan hartanah!