Thursday, January 27, 2011

Property Outlook for 2011

Mari kita borak pasal property outlook untuk tahun ni (2011)...

Dua hari lepas, aku ada discussion session bersama team property negotiator di kota damansara.Session ni memang diadakan setiap minggu and kami akan berborak dan berbincang tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan hartanah. So untuk minggu ni, tajuk perbincangan ialah pasal property outlook 2011...

Mula2 aku ingatkan, agent2 akan mengatakan hartanah2 di malaysia tidak akan bubble despite the sharp price increase recently. Tapi antara agent2 sendiri ada yang berbeza pendapat.Ada yang mengatakan harga rumah sudah terlalu tinggi dan tidak logik untuk dibeli oleh orang2 kebanyakan. Mereka memberi pendapat berdasarkan pengalaman mereka semasa membuat jualan rumah.

Pada yang mengatakan tidak akan ada bubble, hujah mereka ialah kat klang valley ni, supply tanah di kawasan prime area sudah sangat terhad.Dah tade tanah lagi dah untuk new development. Permintaan pula dari orang ramai semakin meningkat disebabkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar (menurut statistik ekonomi, kata dia la...). So bila supply terhad dan demand tinggi, harga akan naik secara natural. Basic konsep of supply and demand. Selain tu, diorang compare harga psf di antara bandar2 utara asia tenggara. Menurut mereka, klang valley mempunyai harga hartanah yang termurah per sf berbanding bandar2 seperti singapore, bangkok dan jakarta. So it is only natural that the price will go up to be comparable with neighbouring cities.

Pada yang kata ada bubble pula, the sharp price increase is not normal. Malah valuer2 di luar sana pon tak boleh nak cope dengan kenaikan harga yang terlalu mendadak. Kenaikan pendapatan rakyat malaysia secara amnya tidak berkadar dengan kenaikan harga hartanah. So at the end of the cycle, sapa yang akan membeli hartanah2 yang mahal ni. Rumah landed intermediate di Denai Alam pn dah rm500k, di mana installment bulanan pon dah nak dekat rm3000. Itu pun berterima kasih pada kadar loan yang murah ketika ini. Kalau interest naik? Cemana nak bayar? Malah berapa ramai populasi di malaysia (yg didominasi oleh middle class income) mampu membayar installment setinggi itu?

So aku sebagai pendengar je, hanya menerima dan mendigest input2 yang aku dapat hari tu. To me, as an investor, anytime is a good time to buy DENGAN SYARAT we get a good deal.

Korang pulak macam mana? beli rumah sekarang dan terperangkap dalam bubble atau tunggu dan lihat and miss the train? :)

7 comments:

quicky said...

btol2...anytime is a good buy dgn SYARAT laa....kalo xde syarat lain lak jd nye..hihihi pada aku there is some buble untuk launch property..mcm dulu abis mcm pisang goreng tp skang kalo register pastu lepas da launch..xabis diorg akan call tanya berminat x..hurmm jarang dpt call dr developer tanya nk beli x..hahaha xtau r kalo2 mmg diorg selalu call kan..something to think about la..semua ade up n down..

mdizone said...

agreed...there is no such thing as sentiasa up...everything yang go up, must come down...universal law...

bird said...

good article..

aku pun byk dengar dua2 belah pihak.. agak confuse jugak..

kesimpulan yg aku buat:
1. setuju dgn ko. anytime is a good buy dgn SYARAT..
2. susah nak predict market. even pakar dan experts pun x dapat predict US property prices jatuh menjunam mcm sekarang..

Hmm teringat Warren Buffet cakap: "be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful". Siapa berani?

mdizone said...

bird, sekarang ni ada group yang fearful, ada group yang greedy? nak ikut yang mana satu ni? hehe

tree said...

untuk diri sendiri, aku rase memang ade problem sikit dgn pricing rumah sekarang.

even BNM pon dah naikkan OPR sebanyak 4 kali untuk 2010, dan dijangka lagi 2 kali untuk 2011.

berdasarkan tindakan BNM ni, aku rase, memang ade masalah sikit.

sama ada bubble tu boleh cope atau akan burst, itu bergantung kepada polisi kerajaan, sebab takde majikan yang bagi kenaikan gaji 4 atau 5 kali setahun (pendapatan dan perbelanjaan adalah berkait).

kalo kos sara hidop naik mendadak lagi tahun ni (berdasarkan harga minyak, GST, cukai2, dan sebagainya), tak mustahil ramai yang cedera.


tapi, itu cume pendapat aku yang tak seberapa.


untuk diri aku, aku ambik langkah jadi penonton je, dan target untuk 2011 ni, cari 1 bijik property luar dari area lembah klang, insyaAllah :D

pejaz said...

nice analysis...

same here, saya pon ada dengar dua2 penjelesan, & dua2 pon bole pakai... penjelasan demand akan sentiasa naik/supply limited kat prime area vs harga rumah naik terlampau cepat/income tak naik sama cepat.

logik jugak utk dua2 situasi wujud serentak... bergantung kepada tempat... ada yg bubble.. ada yg ok ja...

kesimpulan dia mmg takda sapa tahu masa depan secara pasti... kena buat research lebih sikit lagi la... SYARAT dapat good deal tu mmg wajib...

tapi kalau nak suruh saya teka.. saya rasa harga belum peak... tapi dah dekat...

mdizone said...

pasaran lelong pun tidak menunjukkan tanda2 nak surut...masih lagi hangat dengan kehadiran ramai pembida...harga2 rumah pon mencanak2 naik sampai market value...the frenzy is still on...common sense dah dicampak keluar tingkap...yang tinggal hanya lah emosi yang membara...huhu