Thursday, January 13, 2011

Beli untuk duduk sendiri, atau untuk pelaburan?

Ramai yang keliru bila nak mula membeli rumah...sama ada nak beli untuk duduk sendiri atau nak buat investment..walaupun aku tak nafikan bagus kalau beli rumah yang boleh diduduki sendiri dan juga sesuai untuk buat pelaburan...masalahnya bukan mudah nak jumpa rumah yang macam ni...sebabnya apa yang sesuai untuk kita, tidak semestinya sesuai untuk orang lain...



So seeloknya, kenalpasti objektif kita sebelum membeli rumah...jgn campur adukkan...kalau beli rumah untuk duduk sendiri, buat cara beli utk duduk sendiri...sama juga kalau beli untuk investment...sbb cara membeli untuk kedua2 objektif tu adalah berbeza...Kenapa aku cakap berbeza? sebab satu objektif melibatkan emosi, lagi satu pula melibatkan pengiraan...emosi dan duit tidak boleh dicampurkan...kalau bercampur, boleh menghasilkan keputusan yang silap...



Dan kalau tersilap membuat perhitungan dalam pelaburan hartanah, kesannya amat mahal...



Aku mungkin salah dalam hal ni...tapi ianya terbukti berkesan untuk diri aku...so untuk orang lain aku tak pasti pula...terpulang pada diri masing2...aku hanya menyuarakan pendapat...



2 comments:

Nija Amri said...

ada sorang cousin aku...
beli 2 unit townhouse.
duduk pintu bawah, rent out tingkat atas...
ini mcm kira masuk kategori ka?

mdizone said...

kalau dia happy dan rumah sewa menguntungkan, rezeki besar tu beb...the best condition...cuma tak ramai yang berjaya dapat apa yang cousin ko dapat tu...

aku masih prefer untuk asingkan objektif :)

Bila tiba masa aku nak beli rumah sendiri nanti untuk duduk, aku tak tgk investment value, yang penting aku happy duduk situ..cuma katakan harga rumah sendiri tu naik atau boleh disewakan dengan kadar yang bagus, aku anggap tu sebagai bonus...kalau tak jadi macam tu pon, aku tak kisah sebab dari awal aku tak expect rumah sendiri aku tu sebagai investment vehicle...tade la sakit hati sangat...