Friday, November 26, 2010

6 Pengorbanan Seorang Usahawan

(Sumber : http://adlymukhtar.com/6-pengorbanan-besar-usahawan.html)


6 Pengorbanan Besar Seseorang Usahawan



Dreams do come true, if we only wish hard enough, You can have anything in life if you will sacrifice everything else for it.



Pada entri kali ini, saya cuba kisarkan pengorbanan yang pernah saya lakukan dan saya fikir pengorbanan ini juga sering dilakukan oleh usahawan di luar sana.



1) Pengorbanan masa - Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel. Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa bekorban masa berharga mereka untuk membangunkan perniagaan baru mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.



Saya sendiri telah melihat ramai rakan-rakan usahawan saya terpaksa mengorbankan masa peribadi mereka untuk menguruskan hal-hal penting berkaitan perniagaan. Oh ya, saya sendiri pernah merasai pengalaman menyambut hari raya Aidilfitri di pejabat!



2) Pengorbanan wang ringgit - Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan. Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.



Sebagai contoh pada entri lepas, bagaimana saudara Sidry Sinar Inspirasi terpaksa bekorban dengan melabur wang ringgit sehingga ratusan ribu ringgit untuk memulakan perniagaan pakaian beliau yang belum tahu statusnya sama ada untung atau rugi.



3) Pengorbanan emosi - Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’. Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.



Emosi seorang usahawan mudah tergangu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan. Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi. Sebagai contoh diri saya sendiri, kalau terlalu mendengar cakap orang, sudah tentu saya akan berhenti dari menjalankan perniagaan Internet.



4) Pengorbanan impian - Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu bekorban sebahagian kehendak peribadi kita kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.



A team will always appreciate a great individual if he’s willing to sacrifice for the group.



Sedarlah bahawa ahli lain juga bekorban sebahagian keinginan mereka untuk melihat pasukan terus maju. Saya sendiri dulu cukup aktif dengan pemasaran affiliate, penjual produk digital dan beberapa perkara yang berkaitan ‘Internet Marketing’. Namun, sebahagian perlu ditinggalkan untuk kejayaan berpasukan.



5) Pengorbanan kasih sayang - Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan yang saya kenali pernah mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya demi perniagaan yang hendak dibangunkan.



Bayangkan, ada rakan usahawan saya yang terpaksa meninggalkan anak isteri berminggu-minggu lamanya sebelum balik menjenguk. Kadang-kadang, keadaan kewangan kita sebagai usahawan yang baru nak naik ini tidak menentu, banyak kehendak ahli keluarga kita yang penting tidak dapat dipenuhi ketika ini. Semuanya mesti bertolak ansur.



6) Pengorbanan kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan, ahli keluarga dan sebagainya. Semuanya bermula apabila janji yang kita berikan tidak dapat dipenuhi.



Kadang-kadang situasi yang menyebabkan kita tidak dapat memenuhi janji yang dilemparkan. Saya sendiri masih banyak janji yang masih belum dipenuhi gara-gara keadaan yang berputar 360 darjah. Bukan hendak menipu, tetapi keadaan yang menyebabkan kita masih tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut walaupun dah berusaha sedaya mungkin. Di mata orang, kita penipu.



Perniagaan Adalah Satu Pengorbanan



Business is like life – it requires perseverance, self-denial, hard work, sacrifice, dedication and respect for authority.



Itu sahaja 6 pengorbanan mengikut persepsi peribadi saya sebagai usahawan yang masih mentah. Apa macam? Mungkin entri ini juga sebagai peringatan kepada individi-individu diluar sana yang bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.



Jangan lah terlalu risau, kehidupan ini akan lebih bermakna apabila kita mampu bekorban untuk kebaikkan orang lain. Pengorbanan yang akan terbalas apabila kita berada dipuncak nanti. Ataupun di sana kelak.



Jika anda ingin terus membaca nukilan entri dari saya, silalah share entri ini kepada kawan-kawan supaya saya terus diberikan motivasi untuk berkarya. Yosh!





( Sapa kata nak berniaga tu senang? Ramai yang ingat orang2 yang bekerja sendiri ni seronok sebab tak perlu dengan cakap bos, tak perlu punch kad etc...tapi ramai yang tidak memahami perit jerih nak membangunkan perniagaan terutamanya pada peringkat awal...kalau impian tidak cukup besar, pasti akan tergolek dan mengalah...



Aku sendiri pon banyak mengalami emosi rollercoaster yang tidak menentu...masa bersama keluarga pun banyak yang terpaksa aku korbankan...cuma nasib baik la buat masa ni aku boleh lagi bekerja di rumah dan pejabat pun dekat...ada la jugak masa yang aku boleh selit2 kan untuk keluarga...tu baru keluarga sendiri, tak masuk lagi keluarga besar seperti masa bersama ibu bapa dan sedara mara...kadang2 kenduri kendara keluarga pun aku terpaksa escape sebab hendak menumpukan aktiviti kepada mencarik revenue / income..kalau time makan gaji dulu, tiap2 bulan konpem masuk duit so apa nak kisah :)



Kalau bercerita pengorbanan dari segi duit plak, kita terpaksa keluarkan modal sendiri untuk benda yang kita tidak pasti akan berjaya lagi...itu kalau ada duit sendiri..kalau tade, terpaksa la buat pinjaman dengan mana2 pihak...amik risiko...kalau perniagaan tak menjadi, hutang masih tetap kena bayar...



Apa2 pun, dengan berniaga ni, bila kita capai kejayaan, manis kejayaan tu sangat2 best...takleh compare dengan kejayaan naik pangkat masa time makan gaji (ni ikut pandangan aku la)...yang penting hati mesti cekal, tidak boleh mudah mengaku kalah...up n down dalam bisnes ni memang adat...ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah...bila kita di atas, sentiasa bersyukur dan beringat...buat simpanan, back up plan etc...so bila kita di bawah, tade la sakit sangat dan lebih mudah untuk kita naik balik...bila kita ada di bawah pula, jangan cepat menyalahkan pihak lain...muhasabah diri kita sendiri dulu, cek tang mana yang silap...



Aku ni pun kalau nak diikutkan, kecik je up n down aku...life buat masa ni masih tak banyak beza dengan time makan gaji dulu...kadang2 ada la masa income tu lebih, ada juga time income tu kurang...tapi kalau pukul rata, lebih kurang je...so banyak lagi benda yang aku perlu buat...sebab impian aku besar...kalau setakat impian kecik, kalau makan gaji pun aku boleh capai...dengan impian yang besar ni la aku harap ada banyak kekuatan untuk meneruskan perjuangan...)



2 comments:

bird said...

setuju, hati mau kering..
all the best izwan..

hezzard7 said...

yeah biwan~
nk start bisnes baru ke ni?
papepon, sokong yg impian kene besa!
haha~