Monday, December 6, 2010

What i've learnt in Dubai

Sebelum ni, aku ada announce trip sulung aku ke Dubai atas jemputan Hez Media Interactive untuk menyertai Dubai World Game Expo 2010. Jemputan ni pun dibuat secara adhoc dan memandangkan ada insentif yang akan diberi oleh pihak Matrade dan Mdec kepada syarikat2 bumiputra yang terlibat, aku pun cakap la 'yes'.. (macam iklan YTL tu...mula2 macam tak konpem..last2 konpem gak )

Nak tulis secara detail apa yang aku buat hari2 kat dubai, macam malas plak...tapi hati teringin nak share...so aku just listkan je la aku yang aku pelajari sepanjang aku berada di sana...

  • Masa dubai 4 jam lebih awal dari malaysia
  • Emirates punya tiket flight lebih murah dari MAS (time aku booking)
  • Burj Al Khalifa memang tinggi tak hingat...rasanya double ketinggian menara KLCC
  • Hujung tahun merupakan tempoh yang sesuai untuk melawat dubai sebab cuaca dingin...jangan datang time pertengahan tahun sebab cuaca sangat panas.
  • UAE merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 6 state. Aku ingat dua sahaja iaitu Dubai dan Abu Dhabi.
  • 90% populasi di dubai merupakan expatariates. Hanya 10% sahaja orang tempatan. Akan tetapi orang tempatan mempunyai pengaruh yang amat kuat. Orang luar tak berani nak buat pasal tak tentu hala. Silap gaya boleh terus kena halau keluar dalam masa 24 jam.
  • Kereta kat dubai murah2. Hummer boleh dapat dalam sekitar 400K Dirham. Kalau Malaysia rasanya dah berjuta kot.
  • Kereta2 mewah kat dubai bersepah2. Siap boleh parking selamba2 je.
  • Susun atur pembangunan dubai sangat bagus. Memang dah diasingkan kawasan kewangan, kawasan shopping dan kawasan perindustrian.
  • Jalan raya dubai sangat bersih. Susah nk nampak sampah.
  • Masakan kambing dubai sangat sedap. Rasa pun berbeza dengan kambing malaysia.
  • Kalau korang pergi dubai, kena carik restoran nama "Tawassul" yang terletak berhampiran dengan bulatan clock tower. Nasi Beriyani dia superb giler. Makan bersila. Sangat unik.
  • Kat dubai ni banyak orang jual perfume2 arab. Bau pun agak pelik, aku tak berapa suka so aku tak beli pun.
  • Iran merupakan antara negara yang mampu mengeluarkan game2 yang hebat dan setaraf dengan game US. 3D animation diorang pun sangat gempak.
  • Wakil Matrade di dubai sangat helpful. Kalau ada sapa2 yang nak buat trading di dubai, aku galakkan korang kontek orang2 matrade dubai. Sure banyak membantu.
  • Aku perasan Dubai ni macam terbahagi kepada dua bahagian. Satu new dubai yang penuh dengan bangunan2 pencakar langit yang pelik2, lagi satu old dubai yang dipenuhi dengan kawasan2 penempatan. Kat old dubai ni la kene pergi kalau nak carik makanan2 local. New dubai agak artificial dan mahal.
  • di Dubai ada satu tempat yang dinamakan Ski Dubai. Tempat ski tertutup (artificial) yang terbesar di dunia. Aku berkesempatan untuk mencuba snowboarding di sini. Memang best!
  • Barang2 di airport dubai agak murah. Air mineral pun berharga 1 dirham sahaja. Lagi murah dari di Malaysia
  • Caviar (telur ikan yang mahal) berharga 3000 dirham untuk 50g.
  • Teksi2 di dubai sumer pakai meter. Memang peraturan yang mereka patuhi. Tade main sebarang2 letak harga.
  • Rumah di dubai sangat mahal. Kadar sewa untuk apartment 3 bilik bersaiz 950sf adalah sekitar 5000 dirham sebulan. Giloss...
Trip ke dubai ni sangat membuka minda. Sebenarnya banyak peluang2 yang ada di luar malaysia kalau kita berani memcuba dan mengambil risiko. Kalau kita ada produk yang bagus, jangan takut untuk kenalkan kepada dunia. Kerajaan kita pun banyak menyediakan peluang2 dan kemudahan untuk kita grab. Macam kes aku ni, Matrade sponsor 50% untuk kos2 yang ditanggung oleh syarikat tempatan ( macam tiket flight, hotel etc). Sapa nak kasi kan? orang siap tolong cover expenses kita untuk kita market kan produk kita di luar negara. Kalau ada lagi peluang2 macam ni, Iallah aku nak pergi lagi...itupun kalau aku dijemput lagi la hehe...

Burj Al Khalifa (1)

Burj Al Khalifa (2)

Burj Al Khalifa (3)

pemandangan pencakar langit

Burj Dubai (hotel 7 bintang) dari jauh

Nasi arab restoran Tawassul ( daging kambing dia cair dalam mulut...perghh!)

Pejabat Matrade di Dubai

Booth Hez Media Sdn Bhd

Bergambar bersama Kak Nora


Ski Dubai

5 comments:

ojah said...

pegi jgn tak pegi.. pasni boleh round negara lain plak... mdg banyak lagi :)

Matjoe said...

wahh, interesting experience. part makan tu mmg aku teruja beb

hezzard7 said...

wah.. sempat agi wat summary pasal gi dubai! point2 yg sgt clear n senang dibace... kalo ade lagi bende2 ceni amir ajak biwan k!

Blue Cube said...

Fuh power aa lu bro.
Dah sampai Dubai tu.
Cayalah!

mdizone said...

haha...tu la...aku belajar benda baru gak...peluang yang datang jangan ditolak...walaupun kadang2 kita tidak bersedia untuk mengambil peluang tersebut, jangan terus tolak bulat2...sebaliknya pk kan cara untuk kita grab juga peluang tersebut...

instead of "i cant afford it"...tukar kepada " how can i afford it?"

:)