Hari ni memang aku tak wat keje sangat pun...usik sana sikit, usik sini sikit je...
Plan asalnya tade pun nak berehat macam ni. Cuma maybe tersilap start pada pagi hari, terus rasa malas seharian. Actually pagi2 lepas subuh, aku dah plan untuk gerak ke opis. Sekali boleh tersambung tido la plak. Nak dijadikan cerita, cuaca plak sangat sejuk n seronok sungguh berlingkar dalam selimut macam ular sawa. Sedar2 dah pukul 9am. Aiyak, plan asal nak masuk opis kol 8am, haha bye2 opis la jawabnya.
So terus tukar plan la. Bawak famili aku g bfast kat ikano, pastu teman wifey courier barang, then pergi tesco mutiara damansara untuk beli barang2 dapur. Dah lama aku tak gi shopping kat tesco ngan famili sebab biasanya keje2 ni wifey aku yang setelkan. Aku malas nak ikut. Hari ni aku decide nak lepak ngan famili je. Kira aku amik cuti la kononnya hari ni. Cuti yang tak perlu declare 3 hari bekerja n kena mintak approval bos hehe...
Lama gak shopping kat tesco tu. Sepatutnya kejap je tapi bila bawak si kenit tu, kena include masa nak layan karenah dia. Kejap nak dukung, kejap nak jalan sendiri, pastu nak lari2 etc. Apa2 pun bila sekali sekala outing macam ni, seronok juga. Ada la dekat 2 jam gak aku kat tesco tu. So lepas setel sumer, terus balik rumah. Time tu dah dekat2 kol 1pm. Orang lain pun dah kuar lunch time tu, kononnya nak wat calling2 skit terus tak jadi. Bila dah jadi macam tu, apa laga aku terus masuk bilik n tidokan anak aku. Dengan aku sekali pun terjebak haha...
Belah petang plak, wifey ajak g jogging. Aku ni bukan minat jogging tapi memandangkan aku dah terlalu memalaskan diri hari ni, baik la aku kuar rumah. G berjalan ke apa, at least kalau tak peluh pun, badan tu bergerak la skit. Kitorang pergi kat track belakang TTDI. Dekat dengan padang golf yang aku pun tak sure apa nama dia. Seronok betul ema dapat jalan2 petang macam tu. Actually kitorang tak jogging pun, just jalan2 biasa je naik bukit n turun bukit. Ramai gak orang jogging kat situ. Mostly chinese. Diorang ni mmg aku kagum la, sangat concern dengan healthy lifestyle. Siap ada 2-3 orang pakcik tu pun boleh jog naik bukit. Isk malu la plak aku time tu :P
Well, malam ni pun aku tak wat apa2 sangat, layan tv je ngan famili. Pastu update blog ni. Saje nak sedapkan hati sebab tak wat apa2 pun hari ni. At least aku update blog, kira ok la. Tak kisah la citer merepek pun.
Ni la bahaya kalau kerja sendiri. Nak cuti last minit pun tade sapa nak bising. Keje bukannya tade. Banyak sebenarnya. Cuma bergantung pada diri sendiri je sama ada nak buat atau tidak. Nak tangguh atau tidak. Aku cuma manusia biasa yang banyak kelemahan. Hari ni memang aku lembik je hehe.
Tape esok aku dah plan nak masuk opis awal. Nak pulun balik gantikan hasil yang sepatutnya aku capai hari ni. Gud luck kat diri aku sendiri...Ganbate!!
2 comments:
hahahaha.... aku yg kerja makan gaji nie lagi malas nak masuk opiss... kalau boleh tiap2 hati aku nak meng'ular'..... bukan apa.... aku kerja ber'mati'2an nak kaya kan kompeni, alih2 kaki2 ampu dan kipas boss2 plak yg dapat nama, dapat macam2.....
:-aLCapone-
bro alcapone, perkara macam tu berlaku di mana2 sahaja..takleh nak kata apa...kalau tak suka dengan keadaan tu, kita la yang berubah...
kalau malas nak kayakan orang lain, apa kata kita kayakan diri kita plak...tapi ada syarat la...kalau kita diberi gaji oleh majikan, kita kena kerja bersungguh2 sebab tu adalah amanah...takleh curi2 tulang..nnt rezeki tak berkat...ahaks macam ustaz la plak...
sambil makan gaji pun masih boleh kita kayakan diri...gunakan masa2 di luar waktu pejabat untuk aktiviti kita sendiri...mind our own bisnes...jangan la 24 jam pk untuk kompeni je...buat apa...hehe
Post a Comment