Saturday, November 20, 2010

Math Quest...New Approach of Fun Education

Few weeks back aku pergi tengok presentation project adik aku kat Hotel Sunway Resort. Ada satu event yang dianjurkan oleh Mad Tech Venture (under MDEC). Event ni merupakan satu presentation session untuk syarikat2 yang telah menerima geran MDEC. Kira macam sessi untuk memperkenalkan product masing2 la ni..

A bit of background...Adik aku merupakan seorang graduan UTP yang telah mengambil keputusan untuk tidak memilih laluan kerja makan gaji. Sebaliknya beliau memilih untuk develop product dia sendiri dan apply geran MDEC untuk kategori Multimedia content development. Product beliau merupakan satu alternatif kepada pembelajaran matematik biasa di sekolah2 yang ada pada ketika ini (sorry to say, agak membosankan...spoon feeding type). Approach yang beliau gunakan adalah integratekan game MMORPG (Mass Multiplayer Online Role Playing Game) dengan subjek matematik. Kalau korang tak sure apa benda MMORPG ni, pernah dengar Ragnarok tak? haa tu game MMORPG la tu...pernah fames satu masa dulu...

Setahu aku, memang tak pernah ada company local buat benda ni lagi. Aku sendiri pun masa mula2 dengar idea dia ni pun blank gak.Tapi dah memang jenis darah entreprenuer kot, adik aku ni main hentam je. Dia yakin product dia ni boleh berjaya walaupun ramai orang berkata sebaliknya. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dia, MDEC pilih syarikat beliau sebagai penerima geran. Bukan senang oo nak dapat geran MDEC ni, tak caya try tanya orang2 yang pernah apply n tak berjaya dapat...

So pada hari presentation tu, baru la aku berpeluang melihat apa sebenarnya yang dia buat. Dari segi product development sampai la ke future plan. Memang superb.Patutla MDEC kasi geran. Juri2 hakim pun nampak berminat dengan product dia ni (juri2 hakim terdiri dari panel2 venture capitalist macam cradle etc). Product Math Quest ni boleh dikatakan sebagai salah satu cara untuk menarik minat pelajar2 sekolah rendah (9-12 tahun) untuk mempelajari subjek matematik. Interesting juga cara adik aku olah silibus matematik untuk disesuaikan dalam gameplay math quest ni. Ada style mini game, ada yang diimplement dalam fighting scene etc. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari web ni.

Sebagai seorang abang, aku akan cuba bantu sedaya mungkin. Kalau xleh nak bantu direct, tolong kasi exposure pun jadi la kan. Harap2 product ni boleh merevolusikan sistem pembelajaran yang ada pada ketika ini supaya lebih menarik dan bukan hanya tertumpu pada exam oriented sahaja.


Gambar2 sekitar hari presentasi...











6 comments:

sourplum said...

die ade nk pegi dubai eh?

mdizone said...

haah..eh mana ko tau? aku pun nak join adik aku gak ni..dia offer mintak teman...

sourplum said...

aku utp jgk

mdizone said...

ooh patut la...

Anonymous said...

Wow!!! Gud job!!! Kalau dia nak market benda alah tu... Mai jumpa aku... Aku ada cara nak bagi boom!!! :D

-zura-

mdizone said...

ye ke zura? menarik ni...mmg skrang tengah fasa marketing ni...product mmg dah siap tinggal nk finetune je...tape lepas balik dari dubai nanti , aku borak2 ngan ko...