Rasanya dah sampai masa untuk aku memikirkan tentang nak tukar kereta. Sekrang nie aku guna kancil (wifey punya) tapi aku continue bayar monthly installment. Kete satria aku dah di pass pada adik aku yang ke tiga.kira skrang nie hanya ada 1 kete la untuk family aku. Masalahnye sekrang, kancil nie terlalu kecik sbb aku dah ada baby ema. everytime kalau gi mana2, mesti hanya aku dan wifey yang muat sbb kancil dah penuh isi stroller ema dengan car seat. but mmg cukup2 utk beg kitorang je la. So kesian kat orang lain takleh nak tumpang.
So memandangkan kancil nie pon dah nak habis bayar, rasanya ok kot kalau aku start pk nak tukar kete. kancil nie masih maintain guna sbb wifey sekrang dah jadi bisnes woman (chewahh!) so kena la ada transport nak kesana ke sini. Dalam pikiran skrang aku terpk proton saga blm yang baru. Actually idea tukar kete ni dah lama dah. Since baby ema baru lahir dah start pk nak tukar kete tapi asyik tertangguh sbb aku tanak kaco monthly cashflow. Untuk kete baru ni, aku dah letak kriteria2 yang perlu dipenuhi :
1) harga mesti mau murah
2) bulanan takmau tinggi
3) loan paling max 5 tahun
4) but besar
5) 4 pintu
Setakat nie yang aku survey, proton saga nie la yang bole comply semua kriteria2 tuhs. Tapi ok ke kete ni? tak banyak feed back yang aku dapat. mostly just cakap ok je. ye la nak expect banyak pon tak fair jugak kan sbb harga die tu dah murah bangat.takkan nak expect kualiti merc kot. janji bole pakai sudah la. Feedback negative tak banyak plak. paling banyak komen pon sbb bentuk die tak bape cantik. tapi aku pedulik apa dengan rupa. janji praktikal. aku pon tak paham sgt la dengan selera orang. kete mesti mau lawa tapi poket sendiri takmau tgk. gaji bulan rm2k tapi ada hati nak guna honda. macam mana tu? tapi tu side topik la. selera masing2. janji tak nyusahkan orang lain sudah la.
So lepas ni nak call no yang wifey kasi. no dealer pantai baharu kat kelang. nak riki2 pasal harga dengan loan.hopefully by june 2009 tercapai niat aku nak guna saga nie. aminn...
No comments:
Post a Comment