Monday, March 23, 2009

Banzai

Semalam aku jemput mak aku ngan adik aku yang baru balik dari jepun. perghh gi jepun tu! 2 minggu beb. Lama giler. Melawat adik aku yang tgh study kat sana. Boleh tahan jugak ek perjalanan dari Damansara nak ke KLIA. Seb baik ada highway, bayar je la tol.

Pas dah jumpa salam2 semua, aku tanya la jepun best ke? diorang kata tak best sbb mahal. semua benda mahal. Duit habis kat transport ngan makan je. dah la nak makan kat sana susah. nak carik makanan halal la especially. Nak makan daging n ayam kena order kat website yang provide daging halal.pastu diorang hantar kat rumah. tapi kena masak sendiri la.

Rasanya takyah la citer apa diorang wat kat jepun. adik aku yang dah g tu die kata nak wat blog. siap ngan gambar2 lagik.just aku cakap citer betapa jelesnye aku diorang dah sampai jepun. aku paling jauh pegi pon setakat asia tenggara jer. negara2 jiran. Tu pon dah best dah. tapi moral value citer nie, kalau nak g melancong tu, carik la negara2 yang lg murah dari malaysia. barula kita rasa macam raja. macam last time aku honeymoon kat indon, perrghh heaven giler, semua benda bole kata murah. hotel murah, makan murah, transport murah. mmg superb la.

bulan 4 ni aku nak g singapore, walau pon mahal tapi dah wifey nak g tgk zoo kat situ. terpaksa la ku turutkan....

No comments: