Thursday, March 26, 2009

Kalah Bid

Pagi ni awal2 dah bangun bersiap untuk g auction yang tiara beach resort tu. kol 9am dah kuar rumah menuju ke jalan ampang.dah lama tak masuk kl time2 rush hour macam nie. ye la g opis jarang jem. so sekali sekala tempuh jem ni bole sakit jiwa jugak aaa.seb baik tak teruk sgt. trafik slow but still moving.

aku tak pernah pergi pon tempat auction house ni. alamat pon macam agak pelik. aku biasa gak dengan jalan ampang tapi nie first time aku g area jalan ampang yang ni. rupanye2 die dekat dengan menara aia. jauh dari area2 embassy yang biasa aku jumpa kat jalan ampang. sesat jugak la tapi tak teruk. sempat la patah balik. tapi aku tak suka sgt area auction house ni.parking susah. kena main selit2 je kat back alley. nasib tak baik bole kena saman. alhamdulillah tadi tade apa2 yang terjadi kat kete aku. lepas dapat parking, kitorang pon gerak la naik ke auction house yang terletak kat tingkat 1. oh ya lupa nak mention aku g sekeluarga with wifey n baby ema. perghh ema kecik2 lagi dah terexpose dengan dunia lelongan hartanah. aku mmg berniat nak ajar anak2 aku benda2 nie dari kecik lagi. biar bila dah besar diorang pandai kumpul asset sendiri.

Masa masuk premis auction house, first impression not bad. bilik yang besar dan kemas. yang best tu siap ada free food. jimat duit breakfast aku. lepas register unit tiara beach resort tu (lot no 34), kitorang pon g la tempat makan . amik sandwich ngan karipap. sedap jugak karipap die.wifey siap tambah2 lagi. ema plak tak reti nak dok diam. orang lain makan dia pon nak makan. terpaksa la plak aku turun g kete amik biskut ema. kalau tak amik sure si ema ni meragam tanak dok diam.

so tak lama pastu masa pon menunjukkan kol 1030am. time auction dah nak start. ramai gak yg turn up. 3/4 penuh gak la. masa time tiara beach resort yang aku masuk tu, ada 3 lagi bidder lain. satu dari diorang aku rasa bri from satu solution. aku dah tau bri nak masuk bidding nie tapi aku tak kenal pon bri yang mana satu. bole agak2 je kot. nampaknye mmg hari ni aku tak de rezeki nak menang. harga final bidding rm77k . masa harga 66k, tinggal aku dengan bri je yang continue fight. yang lagi 2 bidder tu dah tak angkat dah. masa dah cecah 75k aku dah tanak angkat dah. tp wifey kata last one. so aku angkat la. harga dah 76k. tapi bri dengan tidak teragak2 terus mengangkat kad untuk kali terakhir. aku dah tanak lawan lagi dah. harga dah melepasi limit aku. so congrats pada bri. semoga next auction aku tak lawan ngan ko dah. nanti sure kalau sbb budget ko sure tinggi hehe.

so without wasting more time, aku pon terus redeem bank draft, bawak wifey n baby ema balik. sblm balik rumah, aku sempat g cimb collect buku cek ( aku dah ada current acc dah , buat OD).pastu g lawyer nak wat payment utk rumah flora yang aku menang sblm ni. then aku hantar wifey n baby balik flora pastu aku g opis untuk menyetelkan kerja2 tertunggak yang wujud masa aku lari g auction (ponteng separuh hari).

Wednesday, March 25, 2009

Ganu kita,,here i come!

Next week aku kena g outstation kat kuala terengganu. 4 hari kot lebih kurang. ada meeting and ada keje pemasangan firewall. keje kat opis pon tak setel2, kene plak g outstation. cemana la aku nak juggle keje macam nie. nie tak termasuk keje parttime aku lagi dengan fariz, mmg dah lama aku tak wat apa2 untuk fariz. harapkan previous customer jer. tu la nak sangat tukar department, haa amik ko. apa pon tak sempat buat. habis satu keje, datang lagi 2 - 3 keje. mmg tough jugak la department firewall nie.

Tapi at the same time, aku suka jugak sbb aku strech to the full potential. banyak kena multitasking. good training utk aku sblm aku terjun utk buat keje sendiri. claim pon ada la jugak bulan2. alhamdulillah rezeki. duit extra2 tu bole aku simpan and buat deposit beli next house. target nak beli 2 rumah dalam setahun nampak nya makin mudah untuk dicapai.

Talking about rumah, esok aku ngan wifey akan ke ampang utk masuk lelong satu unit tiara beach resort kat port dickson. RP rm59k tapi dengar citer macam ramai yang berminat dengan unit nie. boleh agak saingan yang sengit esok. barang2 sumer dah prepare. ic, bank draft, proclamation of sales etc dah disetelkan since semalam. Actually unit ni bukan aku yang berminat tapi my mum in law yang nak. my mum in law nak beli kira untuk investment anak2 dia la. aku ni kira tolong letak nama jer sbb yang bole wat loan pon aku sorang je. wifey aku plak tade fix income. adik wifey plak baru je stop keje. tgh mencari keje baru. kalau tak harapkan aku, sapa lagi la yang nak diharapkan. aku pon tade la letak syarat apa2, janji make sure monthly installment tak miss, aku dah ok dah.

kita tgk cemana esok, kalau ada rezeki, dapat la aku venture hotel management plak. good experience gak tuhs. untung2 in the future aku boleh bukak hotel plak.haha berangan2.

Proton Saga BLM

Rasanya dah sampai masa untuk aku memikirkan tentang nak tukar kereta. Sekrang nie aku guna kancil (wifey punya) tapi aku continue bayar monthly installment. Kete satria aku dah di pass pada adik aku yang ke tiga.kira skrang nie hanya ada 1 kete la untuk family aku. Masalahnye sekrang, kancil nie terlalu kecik sbb aku dah ada baby ema. everytime kalau gi mana2, mesti hanya aku dan wifey yang muat sbb kancil dah penuh isi stroller ema dengan car seat. but mmg cukup2 utk beg kitorang je la. So kesian kat orang lain takleh nak tumpang.

So memandangkan kancil nie pon dah nak habis bayar, rasanya ok kot kalau aku start pk nak tukar kete. kancil nie masih maintain guna sbb wifey sekrang dah jadi bisnes woman (chewahh!) so kena la ada transport nak kesana ke sini. Dalam pikiran skrang aku terpk proton saga blm yang baru. Actually idea tukar kete ni dah lama dah. Since baby ema baru lahir dah start pk nak tukar kete tapi asyik tertangguh sbb aku tanak kaco monthly cashflow. Untuk kete baru ni, aku dah letak kriteria2 yang perlu dipenuhi :

1) harga mesti mau murah
2) bulanan takmau tinggi
3) loan paling max 5 tahun
4) but besar
5) 4 pintu

Setakat nie yang aku survey, proton saga nie la yang bole comply semua kriteria2 tuhs. Tapi ok ke kete ni? tak banyak feed back yang aku dapat. mostly just cakap ok je. ye la nak expect banyak pon tak fair jugak kan sbb harga die tu dah murah bangat.takkan nak expect kualiti merc kot. janji bole pakai sudah la. Feedback negative tak banyak plak. paling banyak komen pon sbb bentuk die tak bape cantik. tapi aku pedulik apa dengan rupa. janji praktikal. aku pon tak paham sgt la dengan selera orang. kete mesti mau lawa tapi poket sendiri takmau tgk. gaji bulan rm2k tapi ada hati nak guna honda. macam mana tu? tapi tu side topik la. selera masing2. janji tak nyusahkan orang lain sudah la.

So lepas ni nak call no yang wifey kasi. no dealer pantai baharu kat kelang. nak riki2 pasal harga dengan loan.hopefully by june 2009 tercapai niat aku nak guna saga nie. aminn...

Monday, March 23, 2009

Banzai

Semalam aku jemput mak aku ngan adik aku yang baru balik dari jepun. perghh gi jepun tu! 2 minggu beb. Lama giler. Melawat adik aku yang tgh study kat sana. Boleh tahan jugak ek perjalanan dari Damansara nak ke KLIA. Seb baik ada highway, bayar je la tol.

Pas dah jumpa salam2 semua, aku tanya la jepun best ke? diorang kata tak best sbb mahal. semua benda mahal. Duit habis kat transport ngan makan je. dah la nak makan kat sana susah. nak carik makanan halal la especially. Nak makan daging n ayam kena order kat website yang provide daging halal.pastu diorang hantar kat rumah. tapi kena masak sendiri la.

Rasanya takyah la citer apa diorang wat kat jepun. adik aku yang dah g tu die kata nak wat blog. siap ngan gambar2 lagik.just aku cakap citer betapa jelesnye aku diorang dah sampai jepun. aku paling jauh pegi pon setakat asia tenggara jer. negara2 jiran. Tu pon dah best dah. tapi moral value citer nie, kalau nak g melancong tu, carik la negara2 yang lg murah dari malaysia. barula kita rasa macam raja. macam last time aku honeymoon kat indon, perrghh heaven giler, semua benda bole kata murah. hotel murah, makan murah, transport murah. mmg superb la.

bulan 4 ni aku nak g singapore, walau pon mahal tapi dah wifey nak g tgk zoo kat situ. terpaksa la ku turutkan....

Saturday, March 21, 2009

Jangan Mengalah

Kali nie aku nak citer pasal konsep jangan mengalah atau dalam bahasa mat salleh nye 'never back off'.(betul ke? tape la janji korang paham. kalau tak paham gak pi carik kamus). Citernye bermula pada satu hari, Hijaz datang kat aku kata ada satu unit rumah lelong kat flora damansara blok E ngan harga reserve rm67k je. Murah giler! Last sekali aku g lelong untuk rumah flora pon reserve price rm75k. yang tu pon ada 9 orang bidder masuk. Last price naik sampai rm89k kalau tak silap. So memandangkan harga nya yang murah and aku nak expose kan hijaz ngan property investment, aku pon setuju nak JV ngan hijaz untuk rumah flora nie. Hijaz pon siap2 ngan bank draft etc and tunggu la sampai hari lelong.

Sebelum tu aku dah sound kat hijaz, cakap jgn put high hope sgt nak dapat harga reserve pasal yang lelong sblm ni pon dah ramai orang nak bid. nie kan plak harga rm67k tu. lagi la rmai orang minat. Hijaz pon kata tape la, janji kita cuba.So bila hari auction tu (hari tu keje, kitorang lari opis sat..jgn marah haa bos! hehe), kitorang pon bergerak la ke tempat lelongan tu. dalam detail tulis wisma HLA kat kl tu. Aku pon tau la tempat tu sbb pernah orang bawak g dengar pasal lamberger. lelong tu start kol 11am. so kol 10am kitorang pon gerak la ke lrt kerinchi. naik sampai lrt klcc. dari situ kitorang jalan kaki ke wisma hla. jauh gak jalan tu tapi tak terasa sangat pasal jalan dalam klcc. bila dah sampai kat wisma hla tu (tempat opis lamberger) , macam sunyi je. kitorang dah pelik dah. mana lelongnye? sekali tanya guard die kata tu bukan wisma HLA , tu menara HLA! Huk aloh! Dah salah tempat la plak. time tu dah tunjuk kol 10.35am. ish lagi 30 minit je lebih kurang. so dengan gelabahnye kitorang mintak direction cemana nak g wisma hla nie. si guard ni pon tunjuk la dengan yakinnye

' awak nampak simpang tu...awak masuk kanan pastu jalan terus pastu nampak wisma hla.ada hong leong bank. '

So kitorang pn terus la pecut.jalan laju2 takut terlambat. perghh dah la panas gile cuaca. pakai kasut pejabat. mmg suffer gak la. ada la dalam 15 minit kitorang jalan kaki baru la sampai tempat yang dikatakan wisma hla oleh guard tadi. Mmg la ada hong leong bank. tapi sekali tu rupa2nye mmg pejabat hong leong. ish lg sekali silap. dah la pancit giler berjalan tengah panas kat kl. mmg psiko habis aaa. time tu plak dah tunjuk kol 1055am. dalam hati mmg sah2 kata melepas la lelong flora nie. mana sempat nak berjalan nak carik the right building lagi dah. Guard kat situ pon cakap mana ada lelong kat opis hong leong tu. so for the last time kitorang call auctioneer tu tanya the correct place.die cakap satu jalan dengan bangunan ambank jalan apa ntah. so si guard yang kat hong leong ni pon bg la guide cemana nak g sana jalan kaki. Aku pon cakap kat hijaz try je g tgk. janji sampai. kalau tak dapat pon takpe . sbb dah teruk berjalan. kalau tak sampai rasa tak puas hati plak.

so kitorang pon terus la g tempat wisma hla nie guna guide yang diberi oleh guard tadi. mmg jauh gak la tapi finally jumpa jugak. mmg betul ada menara ambank. so kitorang terus ke tempat lelongan tu . time tu dah kol 1115am. dah 15 minit lewat dari time tutup registration. bila dah sampai, kitorang pon tanya staff kat situ, unit flora yang rm67k tu bole register lagi ke tak? die kata sat die cek. Tup2 die kata tade orang masuk utk bid rumah tu. kitorang yang the one n only yang tanya. kalau dah ada orang lain register, kitorang mmg takleh masuk lagi dah sbb tak fair pada orang yg datang awal tu. kitorang macam tak caya jer dengan apa yang kitorang dengar. biar betul!? sbb yang lelong 75k tu pn dah 9 orang masuk bidding. yang ni rm67k tade orang masuk plak. ni la kot yang dinamakan rezeki. Allah nak bagi rezeki tapi kena ujian dulu. kitorang terpaksa jalan kaki tengah panas dekat 2km lebih. pastu siap dengan terlewatnyer. kalau aku tak push diri utk sampai ke tempat lelong ni, sure dah melepas dah. ni la yang dikatakan jangan mengalah. kalau kitorg give up tadi masa kat hongleong tu, mesti taktau yang tade orang bid pon utk rumah ni.

So tanpa buang masa, kitorang pon terus register, takyah angkat kad pon sbb mmg dah terus menang. lepas sign proclamation of sale and setelkan semua benda, kitorang pon blah dengan hati yang happy giler. terus g klcc lepak situ pastu balik opis dengan perasaan yang tak caya ngan happy.

Thursday, March 19, 2009

Desa Mentari yang memeningkan

Kali ni aku nak citer pasal rumah sewa aku yang kat desa mentari. Aku menang bidding untuk rumah nie pada harga rm52k. Harga reserve rm40k. kira tinggi jugak la die naik. hari tu aku lawan dengan sorang cina nie. rasanya die masuk mewakili orang lain sbb rumah tu untuk bumiputra je. so lawan punya lawan, aku berjaya la menang dengan harga 52k tu. So nak kata happy sangat pon tak jugak sbb tade la rendah sangat harga yang aku dapat. biasa2 je. tapi still make profit jugak la.

Tapi tu citer yang tak memeningkan. Yang buat aku sakit kepala pasal rumah nie disebabkan owner yang tgh duduk kat rumah tu. Dalam Proclamation of Sale, ada dua nama. Satu nama anak and satu lagi nama emak. Emak die yang tengah duduk kat situ. Yang si emak nie macam agak blur2 and tak tahu menahu pasal rumah die dah kena lelong. So diorang agak panik la bila dengar aku dah amik rumah tu. At one meeting, diorang offer nak mintak aku abaikan bidding nie and diorang kasi aku rm8k untuk setelkan. kira aku untung rm3k la buta2. kalau kira cash on cash return, kira banyak gak tu. dalam 2 minggu aku dapat return 60%. Unit trust pon takut hehe. Mula2 mmg aku nak terima, saje je aku main harga. aku mintak rm15k which is mmg agak tinggi. Aku dah bersedia untuk dicounter offer, tapi belah owner ni bole wat taktau je. aku yang plak terhegeh2 tanya keputusan diorang. mmg la diorang cakap tanak bayar 15k tu which aku dah agak tapi macam tade inisiatif langsung nak kan rumah tu. wat bodoh jer. aku yang struggle nak kejar. Dah la masa berjalan sbb ni unit lelong. Kena setel semua dalam 120 days. So last2 aku proceed gak ngan loan aku. Once letter of offer dah sign, no more turning back la.

Tu baru satu part, nie part yg lagi aku sakit hati. Dah la rumah tu kena lelong.Patut kalau lelong, aku dapat unit tu 'as it is'. Btw nak inform rumah tu dah siap tiles and grill. kira aku untung jugak la menang rumah tu.takyah pasang tiles ngan grill lagi dah. tapi si tuan rumah ni dengan rasa tak bersalahnyer dah mintak 3k kira macam ganti rugi utk tiles and grill. Apa ke jadahnye?! patut ikut legal diorang dah takleh tuntut dah untuk benda2 dalam rumah tu. tapi diornag siap ugut kalau tanak bayar, diorang akan rosakkan. huk aloh..nie dah kes parah nie. so nak tanak terpaksa la aku agree nak bayar. aku nego2 dapat 2k je. Tapi aku tanak bayar cash. so after some negotioation, aku benarkan diorang duduk rumah tu free 3 bulan ( kira menyewa ngan aku la dengan kadar rm400/month). so total write off dah rm1200. the balance aku akan bayar once diorang dah kuar and dah setel outstanding fees.

So baru2 ni aku dah berjaya dapatkan rumah tu. owner lama dah clearkan everything. tapi balance payment rm800 tu aku tak bayar2 lagi sbb outstanding maintanence je dah 1k plus. senyap2 je diorang nie. time nak mintak duit baru nak carik aku. bila aku mention nak cek maintanence and tunggakan bil, terus senyap. patut la senyap ada benda yang tak bayar lagi rupanya. sampai la nie tak mintak2 duit dari aku dah.

Tapi apa2 pon aku nak cakap thanks pada pmc2020 sebab tolong handle rumah aku tu. from kemas mengemas, sampai la tenant management. aku dah tanak handle directly dah rumah tu.malas nak layan karenah orang2 kat situ. wat sakit kepala aku je.

Pancit!!

Semalam aku g training kickboxing kat hartamas, dah hampir 2 bulan on off aku g training nie.kejap pegi kejap tak, kira kalau dapat seminggu sekali tu pon dah kira cemerlang dah. Nak wat cemana kerja banyak keluar. Badan pon boleh bengong kalau selalu macam nie.

So nak dijadikan cerita, aku g la training malam tadi. lepas warm up apa semua macam biasa, master khoo ( chief trainer kat tntkickboxing) tu cakap kat aku yang die nak masukkan aku kat kelas intermediate. Mak aii! kelas beginner pon aku dah tak larat, nie kan plak nak masuk kelas intermediate. Haa nie aku citer skit apa beza antara dua2 kelas tu. kelas beginner tu die punya set and combo pendek2. so takde la pancit sangat sbb ada gap rest antara set. kira aku bole bertahan la sampai sejam. tu pon dah agak kepenatan jugak. Tapi semalam bermula la fasa baru dalam life kickboxing aku. longer set and more combo. aduh..baru habis 5 set ( 1 set = 2 front kick, double right turning kick, double left turning kick, double side kick, back thrust, back swing)..lepas habis 5 set tu je aku dah rasa pitam. sejuk gile kepala. seb baik diorang perasan pastu soh aku rest dulu. duduk kat tepi. Gile malu hehe..awek2 yg ada kat situ selamba je. aku yg jantan nie plak bole pancit. tapi serius beb! mmg semput. silap gaya mau tumbang gak aku kat situ.

Masa aku kat tepi tu, aku tgk la diorang continue kicking. master khoo siap bagi aku 100 plus lagik. baru la rasa lega skit. dalam 10 minit macam tu , aku dah rasa normal balik , so aku pon sambung la kelas kicking tu. tapi tak banyak pon sbb yang lain2 dah nak habis. aku sempat wat 2 set je. Tape next class aku nak train lagi sampai pancit macam nie. Sebab once kita dah recover, rasa badan bole pergi lagi jauh. Thats y kena selalu turun training. takleh g ikut suka je sbb badan kena biasakan dengan training.

Looking forward nak g kelas next week. TNT!! tgk la nie bakal lumpinee champion mau datang muahahaha!! ( in my dreams la )

Wednesday, March 18, 2009

Ema oh Ema

Pagi tadi aku bangun disambut dengan tangisan anak sulung aku yang comel.( haha puji anak sendiri). Tapi bila nampak aku je terus tersengih2. alahai cair dibuatnyer. Terus aku amik si Ema kenit ni letak kat atas katil aku. Kat tengah2 antara aku ngan wife. Suka betul si Ema ni. Memang attention seeker sungguh. Sama jer macam mak die hehe...

Oh ya, aku datang lambat ke opis di sebabkan sessi bermain2 dengan anak aku tuhs.. Seb baik bos tak marah..lenkali nak wat lagi la yea!