Monday, May 28, 2012

Anda sorok duit anda dari pasangan?

Adakah anda berbincang secara terbuka dengan pasangan anda tentang isu kewangan keluarga? 

Dalam perkahwinan, antara punca utama krisis rumah tangga adalah faktor kewangan. 

Saya mengenali beberapa rakan yang merahsiakan status kewangan mereka daripada pasangan mereka. 

Ada satu kisah si suami ada akaun simpanan asing yang dirahsiakan demi untuk kelangsungan keluarga kerana pasangan beliau tidak begitu bijak dalam berbelanja. Jika si isteri tahu suami ada duit lebihan yang disimpan, pasti akan dipujuk untuk dibelanjakan ke atas perkara2 yang tidak begitu penting seperti nak beli barangan katalog yang dijual rakan sekerja di pejabat, tukar perabut baru sebab jeles dengan rakan sejiran atau akan diberikan pada sedara mara yang mengendeng kalau tahu ada sedara lain yang ada duit  etc.

Ada kisah lain pula si isteri yang terpaksa ada akaun rahsia sebab si suami tidak begitu pandai berhemah dalam berbelanja. Jika ada duit lebih, pasti akan dihabiskan dengan keluar bersama rakan2, rokok, modify kereta etc. Nasib baik si isteri masih ada wawasan dan cita2 yang besar untuk meningkatkan taraf kewangan keluarga.

Pada saya senario begitu agak menyedihkan. 

Sepatutnya sebagai pasangan hidup, kita perlu bergerak secara satu pasukan untuk mencapai matlamat kewangan BERSAMA. Bukan matlamat kewangan seorang sahaja. Lebih2 lagi jika kedua2 pasangan itu bekerja. Itu yang dinamakan sinergi. Jika usaha secara individu pasti amat meletihkan dan lambat untuk mencapai matlamat yang diinginkan. 

Anda pula bagaimana? 








Thursday, May 17, 2012

The Power Of Dream

Wah dah hampir sebulan saya tidak mengemaskini blog. Banyak perkara yang berlaku sebenarnya tetapi tidak berkesempatan untuk update blog ni (taktau nak share apa pun ye juga hehe)..


Kali ini rasanya elok juga saya update perkembangan diri saya yang terbaru. Teringat lagi masa awal2 berhenti kerja dahulu, banyak saya berceloteh tentang perkembangan semasa diri saya dan apa perasaan saya ketika itu. Sedar tidak sedar, dah hampir 3 tahun saya bergerak sendiri..


Anda ingat lagi posting2 saya ini?  


http://www.izwanlatiff.com/2009/09/test-drive-honda-civic-20.html


http://www.izwanlatiff.com/2009/09/my-near-future-toy.html


Dulu masa time tengah kerja, gatal jugak saya nak apply loan untuk beli kereta model honda civic tersebut. Malangnya kena reject buta2. Officer bank cakap " en izwan, mengikut slip gaji encik, encik tak mampu nak buat bayaran bulanan untuk kereta ini". Padahal CCRIS and payment record semua cun. Tape la saya sedapkan hati. Mungkin belum rezeki saya lagi. 


Alhamdulillah, rasanya saya memang telah membuat keputusan yang betul dengan memilih untuk bekerja sendiri.


Akhirnya saya mampu untuk memiliki kereta yang saya dah 'eyeing' dari tahun 2006 lagi.


















Betul la moto Honda tersebut " The Power of Dream". Tujuan posting ini bukanlah untuk bercerita pasal kereta honda tapi untuk mengajak para pembaca untuk memiliki impian, fokus usaha untuk mencapai impian tersebut dan tidak mudah mengalah pada cabaran yang menghalang kita dari mencapai impian tersebut.


Dulu pernah juga ada kritikan2 yang mempertikaikan kemampuan saya untuk berdikari namun saya tetap pada keputusan saya. Perasaan saya sekarang? Priceless... :)


PS : Lepas ni kena pasang impian baru pulak. Nak target apa pula ye? BMW? hmm..... hehehe....


http://www.izwanlatiff.com/2010/01/test-drive-bmw-325i.html