Thursday, September 22, 2011

Pentingnya Multiple Source of Income

Uish, terleka lagi. Lama tak update blog. Banyak benda berlaku lately so agak bz. Nak update blog pun tak sempat.

Kali ni nak celoteh pasal pentingnya kita ada beberapa sumber pendapatan yang berlainan.

Dulu masa aku keje makan gaji, income aku hanya datang dari satu sumber iaitu gaji bulanan sahaja. Memang ianya tetap dan stabil tapi jumlahnya juga tetap. Dengan duit yang fix tu la aku buat budget belanja bulan2. Nak berbelanja lebih tak berani sebab duit gaji tak banyak.

Selain dari gaji, ada juga la dapat claim mileage (outstation). Tapi claim ni tak fix. Kalau ada keje, baru la keluar. Itu pun kena berebut dengan rakan2 kerja yang lain sbb masing2 pun nak claim.Memang tak seronok juga. Oh ya, bonus pun ada tapi hanya setahun sekali.

So basically hidup memang dikekang oleh budget sebab pendapatan agak fix bulan2. Katakan la tiba2 something bad happen, kena buang keje etc, terus tade income. Nak makan apa bulan2?

So dari situ aku sedar betapa pentingnya ada sumber pendapatan yang berlainan. Time keje dulu, aku dah start melabur dalam hartanah untuk mendapatkan income dari sewa rumah. Tade la banyak tapi cukup la nak buat bayar belanja kecil2 macam petrol etc. Duit extra yang aku dapat dari claim dan bonus aku simpan elok2 dan belanjakan untuk membeli asset. Pernah juga buat keje2 parttime yang lain tapi lama2 jadi tak seronok sbb macam agak unethical especially bila time keje kita buat benda lain. Kalau kita ada pekerja di kemudian hari, kita pun tanak pekerja kita mengular dan buat benda lain sedangkan pada masa yang sama kita bayar gaji mereka.

So aku amik keputusan untuk quit dan buat keje aku sendiri.

Sekarang ni, walaupun aku membina kerjaya dalam bidang hartanah, pendapatan aku datang dari pelbagai sumber seperti jualan projek baru, jualan rumah subsale, jualan lelongan dan juga servis mortgage consultancy. Income yang aku dapat agak cyclical. Ada time income dari subsale banyak, dari sumber2 lain kurang. Ada time vice versa. Cuma yang penting, income terus datang juga bulan2. Alhamdulillah. Masih lagi cukup untuk belanja keluarga dan ada lebihan untuk menyimpan. Katakan la aku hanya fokus pada lelongan, tiba2 tade sales. Tergolek jugak la rasanya.

Pada zaman sekarang, dah tak boleh bergantung harap pada satu sumber income sahaja. Sebab sekarang ni zaman yang volatile. Apa2 sahaja boleh terjadi. Even syarikat gergasi pun boleh membuang pekerja. Kalau tak buang pun, gaji boleh kena potong, tade increment, bonus tak dapat etc. ( benda2 tu mesti biasa kan hehe... aku dulu pun tak tahan nak dengar keluhan2 pasal tak dapat bonus...haishhh..)

So gunakan masa terluang yang korang ada tu untuk membina stream income yang baru. Jadi kreatif. Rajinkan diri sementara masih ada tenaga. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang so better bersedia dari sekarang...

5 comments:

Mr MY Power Tools said...

perjalanan aku masih jauh..
huhuhhhu

mdizone said...

tape bro power tools...pelan2 kayuh...yang penting ada usaha...

Afrezal Karim aka Rezdrake said...

salam bro.. bru terjumpa blog ni.. nicee post.. sy pun dah mula2 berjinak cari other source income untuk prepare for worse.. apa2 pun topik ni bagus buat sapa2 yang belum start cari other source of income. Thanks for sharing bro

mdizone said...

hi rezdrake...happy bila ada orang dapat manfaat dari blog ni...sy pun hanya sekadar berkongsi apa yang mampu...masih jauh lagi perjalanan ni...banyak yang perlu diperbaiki...

satu cara yang terbaik untuk tingkatkan income adalah dengan polish skill selling...tak kisah la bidang apa pun janji kita kena tahu untuk menjual...jangan jual benda yang bukan2 dah la...hehe

Man Bucit said...

thanks for the nice post bro
saya pun ada terfikir camtu
cuma tak tau lagi nak watpe .. hehehe