Tuesday, August 31, 2010

Apa yang kita tahu, atau siapa yang kita kenal. Mana satu lagi penting?

Lihat tajuk di atas. Kemudian kita berfikir sejenak. Dalam kehidupan kita, yang mana satu yang lebih berkesan untuk bawa kita ke mana yang kita hendak pergi? Kepandaian/kemahiran kita atau orang2 yang kita kenal?

Kat malaysia ni, (atau mungkin di mana2 pun dalam dunia ni) selalu orang sebut2 pasal kabel, orang dalam etc. Kalau nak dapat job, kena ada orang dalam. Kalau tak kenal orang dalam, jangan harap la nak dapat job walau sehandal mana pun kita untuk buat job tersebut. Betul ke? Aku tak boleh nak mengesahkan kebenaran statement tu sebab aku pun dengar2 dari orang je. Aku bukan insider level yang melobi2 projek.

Tapi ilmu dan kemahiran tidak kurang gak pentingnya kan? Kalau kita kenal ramai orang, tapi kita tade ilmu dan kemahiran, bagus ke? Lobi sana lobi sini pastu dapat job, then terus subcon pada orang lain untuk buat. Kita buat duit atas angin. Bagus ke buat kerja macam tu? Di mana ruang untuk kita majukan diri dan juga orang sekeliling kita? ke memang tak kisah, janji duit masyuk.Projek tu berjalan lancar ke, lingkup ke, its not my problem. Janji dapat duit. I dun think its a good mentality to have.

To me, aku tak kisah orang nak guna kroni ke, kabel ke, orang dalam ke etc tapi yang penting, keje mesti disiapkan dengan sempurna, dalam jangkamasa yang ditetapkan dan cost effective. Jangan dok lobi2 pastu buat tahi sana sini. Orang lain plak yang struggle nak bersihkan tahi2 tu. Lepas dah buat tahi tu, terus lobi projek lain plak. Orang2 macam ni yang aku rasa patut kena tembak je. Menyusahkan orang.

Ish macam lari tajuk plak hehe..ok macam ni, ilmu dan kemahiran yang bagus perlu kita semua ada. Pastikan kita memang handal dalam apa yang kita buat. Jangan sekadar cukup2 makan saja. Kalau kita tere bidang IT, make sure kita certifiedkan diri kita setinggi yang boleh. Namun ianya tidak mencukupi kalau hanya kita seorang sahaja yang tahu kita ni tere. Kalau dalam dunia pekerjaan, kalau kita tere tapi hanya duduk di opis, kerjaya kita tidak kemana. Kita mesti pandai untuk beritahu ramai orang yang kita ni handal dalam pekerjaan kita. Bila ramai orang tahu yang kita ni tere, baru la laluan untuk maju tu lebih cerah.

(Aku sendiri pernah buat silap dengan hanya menjadi macam katak bawah tempurung. Just blend into the background sampai orang pun tak tahu kewujudan aku dan apa yang aku mampu buat. Sekarang ni baru nak membetulkan balik keadaan)

6 comments:

Anonymous said...

UMNO

Anonymous said...

skrang nie kat tempat aku kerja nie memang ramai orang pakai kabel.... yg tak de kabel tu siap2 jer untuk kena pecat lepas 3 kali masuk "bottom 10%".... dan memang sakit hati kalau kita yg "bottom 10%" nie la yg kena cuci taik2 kaki ampu nie....
:-aLCapone-

mdizone said...

Nak tanak terpaksa la kita jadi orang yang ber'kabel' tapi pastikan kita ni ada substance...bukan setakat ber'kabel' kosong...

Kalau kita ni bagus tapi orang taktahu kita bagus, tade gunanya juga..

treec00l said...

due-due penting.

tapi kalo takde cable, masih boleh diusahakan untuk cipta kabel.

kalo ilmu takde, pon masih boleh diusahakan untuk dapatkan ilmu.

yang penting, kualiti output. bukan gebang je lebey macam tin kosong.

:)

askrool said...

dalam dunia goverment dan politik....kabel menentukan segala....contoh dari experience aku....kontrak dari syarikat yang sudah diblacklistkan sekolah pun masih boleh sambung...padahal terang2 dah dinyatakan dalam ruangan komen..."tidak disokong kerana prestasi amat tidak memuaskan".....

mdizone said...

askrool : nampak sangat something is wrong there...apa nak buat...dunia mmg tidak adil...