Thursday, August 26, 2010

Bagaimana bank nilai credibility kita untuk pembayaran loan...

Kali ni aku nak cerita pasal bank. Macam mana bank nilai kita sebelum dia nak kasi loan kat kita. Ada banyak faktor yang bank amik kira sebenarnya tapi nanti panjang sangat aku nak tulis. So aku amik satu point dulu sebab point ni ramai yang salah paham. Sekarang ni terjadi kat satu client aku. Ni yang tengah pening ni...

Satu benda yang bank akan tengok ialah rekod CCRIS. CCRIS ni akan display pattern pembayaran loan kita sama ada kita ni pembayar loan yang baik atau tidak. CCRIS tak display jumlah loan kita. Dia tak kisah pun kita ada hutang rm1 juta atau rm10. Bila kita bayar dengan tepat tiap2 bulan (apabila tiba waktu untuk bayar loan), rekod CCRIS akan jadi cantik. Kalau kita tak bayar dengan tepat, rekod CCRIS akan display ada tunggakan pembayaran. Bank akan nilai benda ni.

Contoh paling senang ialah card credit. Ramai di antara kita bayar sambil lewa benda ni. Bila ada duit, baru bayar. Bulan ni bayar penuh, bulan depan sangkut sikit so tak bayar, then dua bulan akan datang plak boleh bayar penuh. Walaupun dari segi hutang, kita dah selesaikan , tapi dari rekod pattern pembayaran loan, ianya tidak cantik di mata bank. Bank akan assume kita ni bukan pembayar loan yang baik. So bila kita nak apply loan lagi, bank dah susah nak approve padahal kita dah clearkan sumer hutang kita.

Kes client aku ni pulak, dia ada habit bayar loan kereta 2 bulan sekali. Sepatutnya die kena make sure dia bayar bulan2. Bukan dia tade duit. Dia ni kaya jugak. Tapi disebabkan pattern dia membayar loan, permohonan dia untuk loan sekarang dah tersengguk2. Masa berjalan. Dah la beli lelong. Lagi la pening. Dah 3 bank apply, sumer reject. Silap gaya kena carik jalan bayar cash dulu pastu refinance balik lepas rekod CCRIS jadi cantik balik. Kan dah leceh tu...

( kes client aku ni oversimplified, ada banyak lagi citer di belakang tapi tak perlu la aku citer detail.Client ni plak dok bertekak dengan pihak bank sebab dia rasa dia betul. Point dia ialah dia dah bayar habis sumer hutang. Padahal isu sekarang bukan clearkan hutang, tapi isu disiplin kita membuat pembayaran.)

So pengajarannya, bank tak heran kita ada ASB penuh, duit saving berjuta, kalau kita bukan pembayar pinjaman yang baik. Bank lebih prefer kasi loan pada someone yang bulan2 bayar loan dengan baik walaupun sekadar kerja office boy biasa.

8 comments:

www.tuanbri.com said...

ramai yang tak paham prompt payment ni..

org ingat janji bayar hutang, kira rekod dah cun..

bank ada sistem utk approve kan loan kiat, kena ikutlah sistem dia kalau kita nak apply loan.

TuanbRi

zz said...

bermaksud kene bayar cantik la..contoh keta sy kene bayar sebelum 24 hb, tapi sebelum ni saya byr, 16 hb @ 20 hb tu kira tak cantik gak ke??

Matjoe said...

haha, ni knowledge baru aku. nak wat 1 entry pasal ni laa nanti kt blog aku

@zz - hang nyer payment cantik unless hang maksudkan due date 24 ogos hang bayaq 16 september

mdizone said...

thanks rakan2 sebab tolong bantu menjelaskan pasal perkara ni...perkara ni amat penting tapi ramai antara kita terlepas pandang...so elok la kita sama2 mengingatkan antara satu sama lain...

Anonymous said...

"CCRIS tak display jumlah loan kita. Dia tak kisah pun kita ada hutang rm1 juta atau rm10."

salam..rasanya CCRIS ada display total loan kita..sebab tu ada kes yang kena reject due to over commitment even payment bleh tahan cantek...

just my 2cent...

mdizone said...

thanks anonymous...maybe boleh verify balik dengan pihak bank berkenaan perkara ni...

Anonymous said...

kalau tak silap aku beberapa purnama dulu masa aku p apply loan, officer bank tu ada tunjuk report CCRIS aku kat komputer dia ada tulis jumlah total loan aku.... tapi mungkin aku silap dan report yg dia tunjuk tu report lain sebab peristiwa nie dah berlaku beberapa purnama yg lepas.... yg aku ingat cuma muka cun officer tu jer..... hahahehe...
:-aLCapone-

palie said...

izwan...setuju ngan anonymous...
dlm record ccris..ada display amount loan sama...banker amoi cun ada tunjuk kat aku....even monthly payment cun...tapi dia tetap kira komitmen gaji vs hutang....