Sunday, August 8, 2010

Sikap yang perlu diubah...

Masa aku kat kampung, ( ada kenduri menyambut Ramadhan ), aku berkesempatan lepak2 dengan pakcik2 aku over a coffee session. Ala minum kat rumah je, kopi O. Kat kampung aku tade lagi starbuck dan kedai2 seangkatan dengannya. Sekali sekala layan kopi kampung best jugak. Authentic taste hehe..

Apa aku nak share di sini, ialah satu topik yang berkisar tentang sikap SESETENGAH orang melayu kita. Aku tak kata semua ye! hanya sesetengah sahaja. Ni pakcik aku yang share cerita ni. Pakcik aku ni actually merupakan salah seorang orang kuat dalam satu badan syarikat milik kerajaan negeri Johor. Antara objektif syarikat ini ialah untuk memajukan ekonomi orang melayu selaras dengan hasrat Dasar Ekonomi Baru. So memang banyak la aktiviti2 yang dijalankan syarikat ini untuk mewujudkan ramai usahawan2 melayu yang berdaya saing.

Selalu kita dengar keluhan2 peniaga melayu yang mengatakan amat sukar untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Memang tidak dinafikan pun. Antara sebabnya ialah karenah birokrasi dan juga sikap pegawai kerajaan yang tidak memahami dunia keusahawanan. Ok la put that aside. Sekarang kita borak plak pasal masalah lain yang dihadapi oleh geng2 penaja ni. Pakcik aku cakap, orang melayu kita ni, satu masalah yang utama ialah liat nak bayar hutang. Bila time nak berhutang, punya la baik. Pijak semut pun tak mati. Tapi bila dapat duit, terus buat bodoh je. Satu kes yang pakcik aku kongsikan, ialah skim bantuan untuk pekerja syarikat tu sendiri. Syarikat bagi peluang kepada pekerja2 yang layak untuk jadi usahawan. Pekerja tu tubuhkan syarikat, 25% milik pekerja, 75% milik syarikat. Bisnes datang dari syarikat. So kira macam jadi vendor la ni. So in term of business, dah tade masalah. Revenue stream confirm ada. Yang malangnya, dari katakan 10 orang yang jadi penerima, hanya 3 sahaja yang boleh pakai. Lagi 7 tu hampas. Bisnes ntah kemana, duit ntah ke mana. Padahal penerima2 bantuan ni bukan calang2 orang. Geng2 level pegawai.

Selain dari tu, kita amik contoh pinjaman pelajaran PTPTN ngan MARA. Haa ni pun lagi satu hal. Para pelajar yang dah terima bantuan ni, susah benor nak bayar balik pinjaman. Padahal bukan banyak pun. Ok la kita kasi can pada graduan2 yang masih belum bekerja dan tiada pendapatan. Masalahnya, ramai juga graduan2 ni yang dah dapat keje2 bagus. Ada yang jadi golongan profesional, ada yang dapat kerja bagus di syarikat2 besar tapi still tak bayar hutang. Bila nama masuk paper baru nak menggelabah. Yang jadi musykilnya, barang2 branded boleh plak beli. Kereta sikit punya gah. Kalau dah macam tu, takkan tade duit kot nak bayar hutang.

Pada geng2 yang liat nak bayar hutang ni, kesian la pada generasi2 selepas korang. Bila korang tak bayar hutang, badan2 penaja ni confirm kekurangan dana pusingan untuk diberi pada batch2 seterusnya. Bila jadi macam tu, mulalah bantuan jadi susah nak dapat. Macam2 syarat ketat dikenakan dan jumlah bantuan pula dikurangkan. Lepas tu ramai orang kita yang mengeluh, kerajaan tanak bantu rakyat la, susah nak wat pinjaman la etc. Padahal salah satu punca kesukaran tersebut disumbangkan oleh penerima2 bantuan tu sendiri.

Di sinilah kita perlu ubah sikap dan mentaliti. Bila buat pinjaman , pastikan pinjaman tersebut berbayar. Kalau kita menghadapi sebarang kesukaran untuk membuat pembayaran balik, jumpa pihak peminjam tu dan jelaskan situasi kita. Jangan la terus lari. Kalau dapat berbincang, mungkin akan dapat satu langkah penyelesaian yang baik untuk kedua2 pihak. Aku try jugak defend kat pakcik aku tu, aku cakap sebenarnya dah ramai golongan2 usahawan melayu yang ada mentaliti yang bagus. Yang dinamik dan berdaya saing. Pakcik aku tu pun mengiyakan juga.Berbanding dulu, sekarang ni dah semakin baik tapi masih belum cukup baik. Banyak yang boleh dibaiki lagi kata dia.

So kalau buat pinjaman, tolong la bayar balik. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan melayu yang membunuh kemajuan orang melayu itu sendiri...


5 comments:

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

haa..tang ni betul. ramai jgk yg liat nak bayar balik. pinjam punyalah baik..

tapi kalo kita mampu untuk survive, takyah le pinjam. contohnye PTPTN. berjanggut beb nak bayar (mcm aku hehehe..)

mdizone said...

Dengar citer dulu PTPTN pernah ada masalah dengan rekod peminjam...sekarang apa citer ek? pernah ada kes rekod hilang ke apa ntah...seronok la peminjam2 yang nama dia hilang dalam rekod..hehe

Farid Adam said...

ada yang dok pinjam tu dah pangkat2 datuk dah...masih tak bayar hutang lagi...

ade gak yang cabut dok oversea...cemane tu??

AsrulSaniMdNinggal said...

dulu masa aku kat U....ada member dapat pinjaman JPA....selamba je dia cakap pinjaman nie tak perlu bayar..... kerajaan memang bertanggungjawab untuk biaya pendidikan rakyatnya.....masa blajar dah ada mentaliti cam tu...tak tau la sekarang....

mdizone said...

wah ada juga orang yang berfikiran macam tu ye? sentiasa anggap orang lain bertanggungjawab ke atas diri mereka..harap2 sekarang dia dah ubah mentaliti la...