Saturday, August 7, 2010

Balik kampung...ho ho ho ...Balik kampung...

Hari ni aku nak turun johor lagi...tapi takde la sampai JB, cuma sampai batu pahat je. Kampung sebelah mak aku. Ada kenduri sedikit sempena nak menyambut Ramadhan dan dah terlanjur tu, kira macam reunion sekejap la antara adik beradik pakcik makcik aku.

Balik ni pun tak lama, 2 hari 1 malam je. Over the weken kata orang. Cuma aku ni dalam menyelam tu, nak gak la minum air skit. Salah satu tujuan aku nak balik ni sebab nak hang out ngan pakcik2 aku. Ada sorang pakcik aku tu jadi usahawan. Dia bekalkan perabut dan siap ada kilang sendiri. Kira fall under SME la. Muda lagi, baru dalam 35 tahun. Tak banyak beza dengan aku.

Malam ni aku nak lepak2 ngeteh ngan pakcik aku tu. Nak menuntut ilmu sedikit. Dia dah siap ada pekerja2 kilang dan kontek rakan2 bisnes. Walaupun pakcik aku tu base kat batu pahat, client dia dah sampai JB ngan Putrajaya. Selalu gak dia datang kl ,tapi payah nk jumpa sebab jadual yang ketat.

Aku ni plak masih lagi 1 man show. Aku la bos, aku la kuli. Penat oo...ni baru je bape bulan. Kalau bertahun aku macam ni, bengkok gak beb. Tade leverage. So aku perlu merangka strategi untuk move to next level dalam bisnes. Create systems and let other people run the systems. Keje aku buat monitoring je. Time tu kalau aku nak huhahuha pon tak rasa bersalah sebab ada orang yang buatkan kerja untuk aku. Syiokknyer time tu hehe...

Ok la nak packing dah. Apa pun tak siap lagi. Barang2 tak banyak pun nak bawak, just baju untuk sampai esok je. Nanti kalau aku dapat tips2 menarik, aku sharekan kat sini...

Adioss....

No comments: