Aduh...
Pening kepala kalau dapat pasangan macam tu ya...
Tapi memang dalam Islam pun, adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan segala keperluan duniawi...
Cuma kalau kita bincang dalam konteks pelaburan hartanah, elok la kalau kita sama2 bermuafakat...Harta kita, Harta keluarga...
Apa yang saya nak kongsikan di sini, terutamanya kepada rakan2 yang dah berkahwin, buat la pelaburan hartanah bersama dengan pasangan anda...libatkan mereka..rangka matlamat pelaburan bersama2...jangan buat sorang2 sampai kan pasangan kita tak tahu apa yang kita buat...tau2 je untung, tau2 je rugi...penat buat sorang2 ni bro...
Kalau pasangan kita tu sama2 bekerja, boleh apply loan, lagi bagus...sama2 boleh beli hartanah dan apply loan...
Kita semua tahu, loan margin 90% hanya diberi untuk dua hartanah pertama sahaja...hartanah seterusnya, bank cuma kasi loan 70%...banyak tu deposit nak kena cekau...
So kepada pasangan yang dah berkahwin, utilize kan la ruang yang ada sebaiknya...
Husband boleh beli dua rumah dengan 90% loan, isteri pun boleh beli dua rumah dengan 90% loan...So total dah ada 4 buah rumah...
Untuk loan rumah ke 5 dan seterusnya, terpaksa la kumpul modal lebih atau lupuskan salah satu hartanah yang sebelumnya...ulang2 sampai lebam..
Rugi kalau kita beli rumah guna nama bersama....buat plak joint loan sama2...suami isteri sama2 rugi satu kuota untuk 90% loan....Memang la kononnya susah payah bersama...semua harta pun nak buat nama bersama...tapi dari konteks teknikal pelaburan hartanah, rugi bro! kita tak maximizekan return yang kita boleh buat...tu belum lagi kalau tiba2 ada isu rumahtangga, memang serabut kepala otak nak selesaikan isu harta yang ada dua nama...time tu baru la tahu sayang ke idak...hohoho...
Ada juga kes suami nak beli rumah guna nama isteri sebab nama suami dah full kuota...isteri tanak kasi sebab dia tak faham...So next time kalau pergi ke seminar2 hartanah tu, pergi la sama2...isteri pun takleh buat tak tahu...kononnya kerja cari harta tu kerja suami...nanti bila sama2 untung, isteri pun sengih manjang juga....kan kan...
Lagi cantik kalau buat site visit sama2... |
2 comments:
Teknik terkini utk beli rumah ke 5 dgn loan 90%..
Tambah "cawangan baru" :)
hahaha....komen win.....
sapa2 yang try teknik tu, semoga bertambah la rumah ya....jangan sampai kena halau rumah sudah....hohoho
Post a Comment