Tuesday, February 21, 2012

Masalah rumah lelong

Suasana di lelongan awam CIMB yang diadakan baru2 ini

Selalunya kita dengar ramai orang yang buat duit dengan pelaburan hartanah lelong. Bila dah banyak cerita sebegini, maka makin ramai orang yang berpusu2 untuk turut serta dalam pelaburan rumah lelong dengan harapan mereka juga dapat membuat keuntungan.

Kesannya maka terjadilah banyak kes di mana rumah lelong dibida sehingga hampir dengan harga pasaran. Malah ada juga yang naik melepasi harga pasaran.

Bila jadi macam ni, saya hanya mampu menggeleng kepala. Jika kita beli rumah lebih dari harga pasaran menerusi proses lelongan, apa tujuan kita beli rumah lelong? kan lebih baik beli rumah subsale sahaja?

Kemudian, jika terjadi kisah seperti yang di bawah ni, agak2 apa yang anda akan lakukan?



(sumber : forum bicarajutawan)

Assalamualaikum,

Nak cerita panjang aku tak reti..

Aku ada beli rumah lelong double story kat Bandar Tasik Puteri Rawang...
Developper maklum rumah belum ada title, dan minta proceed under assignment... Bila lawyer bank check title dah keluar... dan minta proceed under title and Loan dah approve...

Sekarang aku dah bayar duit deposit 10% RM6k, duit lawyer+others dekat2 RM6k... rumah aku dah masuk api dan air and touch up sikit...

Perkara nie dah setahun... sekarang baru dapat tahu Developer nie kena blacklist oleh pejabat tanah dan tak boleh buat transfer title dalam masa terdekat...

Bank Pelelong dah start minta aku bayar late disbursement/payment interest dalam RM4k..

Jika aku nak cancel, dia org takkan pulangkkan full coz mereka akan tolak duit late disbursement charges dan others related charges (aku xtahu lagie)Lawyer punya charges pun macam tue juga takkan dapat full...

Aku minta dia extend another 3 years until developer dapat pelepasan dari pejabat tanah... but Bank pelelong minta aku bayar dulu late disbursement charges.. baru dia org decide nak beri extension...

Sekarang apa right aku ya... coz sekarang late disbursement nie bukan salah aku... salah developer.. nak minta developper nie bayar... harem...

Rumah nie kosong, kalau aku sewakan pun mungkin boleh dapat 300 -400..

Apa right aku sekarang yg boleh dilakukan...

Tq atas khidmat nasihat...



4 comments:

sourplum said...

kata loan dah approve. jadi apa masalahnya?

mdizone said...

kalau tak silap, loan dah approve tapi tak boleh nak disburse...ada isu dengan title rumah tu...

sourplum said...

ouh. ok2. phm..
benda ni penah jadi kt kwn aku.
apt kt bangsar RM260k
lastly, die byr cash

sams bruns said...

bayar cash le.. buat personal loan.. harga rumah baru rm60k.. dah bayar rm6 k. tinggal lagi rm54k.. x pening kepala..

apsal dia x sewakan rumah tu.. dah setahun dah.. aku punya stail lepas menang je.. pulun repair rumah.. pastu terus sewa jer..