Saturday, February 4, 2012

Umur Baru 19 Tahun, tapi...

Pada 3 hari yang lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan salah seorang pengasas Majalah Niaga (MN) atas urusan kerja.

Anda kenal Majalah Niaga? Ianya merupakan satu portal / blog keusahawanan yang agak terkenal di kalangan usahawan di Malaysia. Antara kejayaan blog ini adalah sessi temuramah bersama tokoh-tokoh usahawan terkenal di Malaysia seperti Chef Li, Dr Shah Razali ( tokoh hartanah) dan Saiful Nang ( Tokoh Fotografi). Saya amat galakkan para pembaca untuk mengikuti blog ini.


Amat Terkejut!

Berbalik kepada perbincangan atas urusan kerja tadi, saya berkesempatan untuk mengenali pengasas MN dengan lebih mendalam. Apa yang mengejutkan saya, usia beliau baru menjejaki 19 tahun dan sudah memiliki perniagaan yang menjana pendapatan empat angka sebulan! Seingat saya, ketika berumur 19 tahun, saya masih lagi bergelumang dengan buku dan masih tidak jelas apa yang hendak saya lakukan ketika dewasa kelak.

Namun individu ini sudah pun mempunyai satu visi yang jelas apa yang ingin beliau capai. Bukan itu sahaja, beliau begitu berani untuk menongkah arus dan mengambil laluan yang bukan kebiasaan iaitu nekad untuk berhenti dari sambung belajar ( degree) dan fokus untuk membangunkan perniagaan sendiri.

Jangan salah faham ya! Beliau bukan sebarangan pelajar. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM dan mendapat tempat sebagai pelajar MARA Express di mana beliau tidak perlu menduduki kelas matrikulasi dan terus layak untuk mengambil subjek-subjek degree.

Terus terang saya katakan saya amat kagum dengan beliau. Walaupun baru berusia 19 tahun, gaya perwatakan dan pertuturan tidak menggambarkan umur semasa. Seolah-olah beliau sudah berumur dalam lingkungan 30-an jika dinilai dari segi kematangan. Kalau banding budak remaja yang lain, rasa-rasanya pada umur 19 tahun, ramai yang masih hanyut dengan dunia game, melepak bersama rakan2 dan masih mengharapkan ihsan ibubapa untuk menyara hidup.


Ambil Teladan

Saya tidak terkejut jika pada umur 25 tahun, beliau akan mencapai apa yang beliau inginkan seperti empayar perniagaan yang kukuh dan mencapai status kebebasan kewangan.

Jika seorang pelajar yang baru berusia 19 tahun sudah mempunyai wawasan sebegini, agaknya kita ni macam mana ye? Adakah kita menjalani kehidupan yang kita impikan atau kita sibuk menjayakan impian orang lain? Sesuatu yang boleh kita sama-sama renungkan di petang sabtu ini....

Oh ya! Anda boleh mengenali individu ini dengan lebih lanjut di sini




No comments: