Friday, March 2, 2012

Bravo to Bank Negara!


Baru2 ini, ada keluar berita tentang usaha persatuan-persatuan automotif untuk melobi bank negara agar melonggarkan syarat baru pembiayaan yang baru diperkenalkan awal tahun ini. Syarat baru ini menetapkan pemohon pinjaman perlu dinilai dari segi gaji bersih dan bukan gaji kasar yang diamalkan sebelum ini.

Antara kesan ketara adalah peratusan jualan kereta merosot dengan sungguh mendadak. Ini mengakibatkan persatuan automotif seperti Perodua dan Proton melobi kepada bank negara agar melonggarkan syarat pinjaman. Namun setelah perbincangan dilakukan, bank negara tetap berpegang teguh dengan syarat tersebut dan menyatakan syarat tersebut tidak akan menghalang bakal peminjam yang layak dan dinilai mampu untuk membuat pembelian. Syabas diucapkan!

Berita sebegini yang kita perlu elakkan...
( sumber : http://beritasemasa.com/pinjaman-kereta-vs-hutang-isi-rumah-malaysia)

Usaha bank negara ini perlu dilihat dari sudut yang positif. Ianya bertujuan untuk mengekang kadar pinjaman yang semakin tinggi dan dilihat boleh merosakkan sistem ekonomi jika tidak dibendung dari awal. Saya sememangnya amat bersetuju dengan langkah tersebut.

Kalau kita mampu dan layak untuk beli kereta, tiada apa yang perlu dirisaukan. Kalau gaji kecil, janganlah berhasrat besar. Ukut baju di badan sendiri. Kalau gaji bersih kita memang cukup, tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman. Kalau bank tolak permohonan kita, lihat balik penyata kewangan kita di mana yang kurang. Mungkin kita boleh belajar sesuatu di situ.

Jika diperhatikan, yang melobi merupakan pengeluar kereta tempatan. Bukannya syarikat besar seperti Honda, Toyota, BMW, Mercedes etc. Ini satu petanda ramai pembeli yang membeli kereta tempatan sebenarnya tidak 'mampu' dari pandangan kaca mata bank negara. Sesuatu yang perlu direnungkan. Kalau nak beli kereta tapi terpaksa buat ansuran selama 9 tahun sebab tak boleh nak bayar ansuran yang lebih tinggi, tu bukan mampu la namanya tu. Elok fikirkan kenderaan alternatif yang lebih mampu dimiliki atau tingkatkan kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Apa2 pun, syabas sekali lagi kepada bank negara.



4 comments:

Rohaniah Noor said...

harga kereta malaysia di malaysia pun terlalu mahal. rakyat pulak terbiasa mengukur status kewangan melalui kereta apa yg dia pakai. kereta mesti yang besar..

sourplum said...

beli second hand je.

Matjoe said...

Aku respek dgn ketegasan bank negara. Tp biasala, ada pihak yg akan suffer, nak tgk harga kereta turun turun dan turun lagi

mdizone said...

rohaniah : memang betul...harga kereta terlalu mahal di malaysia...kita bayar lebih untuk nilai yang kurang...konpem orang marah :)

sourplum : kereta second pun effected dengan tindakan bank negara ni...

matjoe : agak2 harga kereta turun ke? kalau turun mmg best la...boleh pasang niat nak tukar kete baru hehe