Wednesday, June 8, 2011

Pendidikan : Tuntut Ilmu atau Score Exam?

Tajuk di atas menjadi satu isu hangat semasa sessi melepak 3 hari lepas bersama rakan2 hometown Shah Alam. Kitorang lepak kat McD Sunway Mentari. Dah lama tak jumpa sebab masing2 bz kan dengan hal masing2. So bila dapat berjumpa sekali sekala, macam2 topik yang diborakkan. Cuma aku suka nak ulas pasal tajuk di atas sebab masa berborak tu, berlaku percanggahan pendapat dan kita debate isu ni secara ilmiah.

Seingat2 aku, rasanya dah pernah aku tulis pasal benda ni kat post2 yang lepas tapi aku malas nak semak balik. So tulis je la balik kan. Aku kesian kat pelajar2 zaman sekarang. Kena paksa belajar rajin2. Bawak buku berat2. Disuap dengan pelbagai subjek yang kadang2 kita pun tertanya apa relevannya dengan kehidupan seharian.

Dah jadi trend juga pada masa kini. Kalau tak masuk tuition, macam tak sah. Kelas tuition dah jadi satu benda wajib. Iklan2 kelas tuition pon banyak yang tulis " Pelajar kami mencapai 20A" bla bla bla. Seingat aku dulu, masa aku jadi pelajar, kelas tuition ni benda yang luxury je. Kalau tak masuk tuition pun tade masalah sebab apa yang diberi di sekolah sudah memadai. Pelajar2 zaman sekarang dah terbeban dengan senario sebegini. Ibubapa pula tidak begitu menggalakkan anak2 mereka untuk berkokurikulum dan terlibat dengan aktiviti2 sosial sebab takut nanti tak score exam. Kenapa jadi begitu ye? Mari kita kupas...(jangan lupa kos tuition anak2 juga menjadi satu perbelanjaan tambahan kepada budget keluarga)

Untuk apa score exam? Penting sangat ke exam berbanding dengan objektif pembelajaran iaitu untuk menimba ilmu yang bermanfaat? Dari apa yang aku faham, sepatutnya sistem exam ni diguna untuk menilai pencapaian pelajar bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka. Dan bila dah tahu benda tu, pelajar tu boleh improvekan keadaan mereka. Malangnya, sistem exam ni dah jadi alat untuk membanding2kan pelajar. Semangat "KIASU" dah mula meresap dalam sistem pendidikan kita. Pelajar2 dipaksa belajar bertungkus lumus untuk mengejar keputusan exam yang bagus. Bila dapat good result, boleh belajar lebih tinggi. Pastu kena kerah lagi untuk score. Then bila dah jadi pelajar terbaik, senang nak apply BIASISWA atau Pinjaman Pelajaran. Bila direnung2 balik, motif utama para ibubapa memaksa anak2 mereka belajar untuk score rupanya berkait dengan kewangan juga.

Apa jadi bila kita sebagai ibubapa dapat atasi isu kewangan tu pada peringkat awal lagi. Kalau takut anak kita tak dapat biasiswa, kita sediakan budget pendidikan mereka di peringkat awal ( tak kisah la cara cemana pun, saving ke, investment ke etc etc janji diorang tade masalah kewangan bila nak melanjutkan pelajaran nanti). So bila kita tekel benda ni, anak2 kita dapat belajar dengan lebih tenang dan kembali kepada objektif asal iaitu menuntut ilmu. Malah kita boleh galakkan mereka untuk buat atau belajar apa yang mereka suka dan bukan sebab belajar untuk exam. Sudah pasti ilmu yang mereka dapat tu lebih bermanfaat dan bukan dilupakan sejurus lepas exam tamat seperti yang banyak berlaku pada para pelajar kita pada masa kini.

Aku utarakan isu ini sebab aku sebagai parent nak lihat anak aku membesar dalam keadaan yang sihat dan baik sama seperti yang diinginkan oleh semua parent lain. Dan pada aku membesar dalam keadaan tertekan nak score exam ni bukan cara yang sihat. Malah menghasilkan para2 pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tapi tade kualiti bila tiba di alam pekerjaan nanti. Kan pernah jadi kes dulu di mana graduan2 kita tidak diterima di pasaran kerjaya sebab mereka tiada kualiti yang diperlukan majikan gara2 terlalu taksub nak score exam. Kerajaan siap kena campur tangan dan kasi pendidikan tambahan untuk pengganggur2 ni supaya dapat develop skill yang bersesuaian. Ish ish ish...di mana silapnya?

Apa yang aku harapkan, adalah supaya anak2 kita suma bila besar nanti dapat buat apa yang mereka suka. Bukan buat benda2 / kerja2 yang mereka tak suka tapi terpaksa buat sebab tiada pilihan. Untuk memastikan perkara ini, kita lah sebagai parent yang perlu memberi ruang pada anak2 kita untuk memilih apa yang mereka suka buat. Biar mereka explore pilihan yang mereka ada. Kita hanya perlu guide dan pastikan mereka tidak tersasar sahaja dan untuk itu, kita perlu kuatkan kedudukan kewangan kita supaya bila tiba anak2 kita belajar nanti, mereka belajar untuk ilmu dan bukan belajar untuk exam (aka belajar sebab takut tak dapat kerja bila dah besar nanti)....

(Hanya sekadar coretan pendapat dari someone yang pernah gila2 belajar untuk exam satu ketika dahulu...)

3 comments:

Peacefulmind Homestay said...

salam bro izwan. tulisan yang bagus untuk renungan parents semua. aku kadang2 pun tak paham dengan tuisyen2 ni... budak2 asrama penuh tak pi tuisyen pun memang skor habis... lagi satu kita sbg parents kena paham bukan semua anak2 dilahirkan sama... anak yang bijak dan ada yang kurang... ikut kemampuan merekalahh... bagi aku, yang penting utk anak2 : 1st) ilmu agama - untuk akhirat, 2) ilmu kewangan - untuk dunia. kerja bagus, otak pandai, hutang bertimbun pun nak buat apa :)

mdizone said...

thanks for the comment...ko pun nampak apa yang aku cuba sampaikan... score bagai nak rak tapi bila tiba real life, haprak... apa benda pun taktau sbb cuma tau score exam je... life is not about paper qualification only...

askrool said...

aku sorang pendidik....imho sistem pendidikan kita memang untuk exam...bukan lagi pasal ilmu yg bermanfaat....