Tuesday, May 24, 2011

Menara U, Seksyen 13 Shah Alam

Last week aku ada jumpa dengan seorang agent hartanah. Kitorang lepak kat TTDI. Mulanya, agent ni nak beli rumah yang aku advertise, tup2 boleh jadi member then dia nak mintak tolong aku war2 kan satu project baru residential kat seksyen 13 Shah Alam. Dia kata projek ni dah hampir sold out. Unit untuk non bumi dah habis. Tinggal bumi lot je. Dia mintak tolong aku share pada client2 aku kot2 ada yang berminat.

Actually sapa yang tak kenal seksyen 13 kan. Area hot. Banyak kolej swasta kat situ. Ada PTPL, MSU n Politeknik. Hypermarket pun ada dua (Tesco n Giant).

Ni info sedikit sebanyak pasal projek ni :

Nama : Menara U
Developer : HR Group ( the same developer yang buat Persanda apartment)
Konsep : Service Apartment , commercial
Jumlah unit : 531 unit
Size : Type A (622sf) , Type B (527sf)
Harga : RM 450 - RM 480 psf / RM 240k - RM 290k
Tenure : Leasehold (date 30/10/2100)
Lokasi : Terletak bersebelahan dengan projek baru komersial Qube, apartment Persanda. Walking distance dalam 5 minit ke Kolej MSU dan Tesco.
Kemudahan : Sekuriti 24 jam ( 2 tier sekuriti), Gym, Sauna, Swimming Pool, Badminton court etc
Diskaun : 7% untuk bumi buyer

Lokasi
Layout

Interior concept


Personal Opinion :

Aku tak pandai sebenarnya nak menilai projek baru sebab pengalaman yang tidak banyak. Aku tak pernah beli projek baru so tak sure nak nilai macam mana.

Cuma dari segi pandangan kasar, projek ni terletak di lokasi yang strategik. Boleh jalan kaki je pergi MSU. Developer pula adalah developer yang bangunkan apartment Persanda yang fames tu. So rasanya developer ni ok kot. MSU pun sekarang ni sedang pesat dibangunkan. Aku di beritahu , kalau full capacity, MSU ni boleh tempatkan 10 ribu pelajar dalam satu masa. Banyak tu. MSU ni plak bukan kolej biasa. Private kolej. So tau2 la macam mana style budak2 private kolej ni kan. Geng2 dari famili banyak duit. So Apartment Persanda dan Menara U bakal jadi pilihan utama sebagai tempat tinggal oleh student2 MSU ni nanti. Yang lebih2 tu baru la tempias kat tempat2 lain macam apartment Perdana etc. Pada masa ni, setahu aku sewa di Apt Persanda dah cecah RM 2k sebulan ( sewa kat student). Harga pula dah naik sehingga RM 250k kalau tak silap.

Menara U ni boleh dikatakan akan cater untuk student2 kaya yang nakkan privacy. Kemudahan pun banyak dan high end. Selain dari tu, pusat komersial Qube pun sedang dibangunkan dan ini juga boleh menyumbang kepada pool tenant untuk Menara U ni nanti.

Cuma part harga tu la yang pada aku agak mahal. Dengan starting price rm240k, sewa yang perlu diletakkan adalah dalam sekitar rm1500 baru berbaloi. Tambahan pula ini hanya unit studio so tak ramai student boleh dimuatkan. Teknik penyewaan kena berbeza berbanding Persanda yang style sumbat student ramai2. Dulu pun aku pernah sebut pasal projek Suria Jelutong. Aku pernah cakap mahal dan tak logik orang beli tup2 dalam 2 bulan, dah nak hampir habis orang booking. So mahal murah satu2 hartanah ni relatif pada setiap individu. Kena pula time2 sekarang ni harga hartanah melambung2, maybe harga yang kita anggap mahal sebelum ini mungkin dah jadi berpatutan pada ketika ini.

Ok so kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal projek ni ( aku pun tak sure bape banyak lagi unit yang tinggal sebab listing update tade kat aku. Aku pun kena refer balik pada agent yang intro kat aku projek ni), boleh la set appointment ngan aku (call / email : izwan@satusolution.com). Nanti aku kenalkan kat agent tu n korang tanya la puas2 kat agent tu nanti apa yang korang nak tau.

Oh ya, projek Suria Jelutong boleh dikatakan dah habis dibooking. Yang tinggal cuma unit2 yang besar sahaja ( rm480k ke atas). Yang dah habis tu tower B, Tower A belum start jual lagi. Kalau dah start bukak untuk booking nanti , aku update lagi.

8 comments:

Mr MY Power Tools said...

thanks bro... yg murah tu rupanya studio.. kecik pulak tu... dah x jadi aku nk beli.. kasi kat ikan besar lain la beli...

mdizone said...

Sekarang ni dah memang trend orang buat studio unit tapi harga macam beli unit biasa. Suria Jelutong tu pun dalam rm230k utk 450sf punya unit. The selling point cuma unit2 tu berkonsep high end. Bukan middle level.

Tu la, pandangan masing2. Ada orang kata mahal, ada orang kata patut. Aku pun tak sure nak stand kata mana..hehe...

sourplum said...

pergh. dah masuk line projek baru plak

gud2..

Matjoe said...

tu la pasal. HR ni yang buat apartment Suriamas sebelah menrtari court tu. reputable companya, tp ROI aku tak tau la boleh achieve ke tak

mdizone said...

sekarang ni harga hartanah sungguh caca merba...takleh nak define berapa real intrinsic value...nak buat kira2 roi ngan cocr pun pening...

Matjoe said...

ntah laa, developer sumer nk untuk besar, tapi kalau utk sewakan mmg x untong laa

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.